CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, February 9, 2009

Isnin 09 Feb 09 Gerhana bulan malam ini, tingkatkan ibadat






KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra malam ini bermula 8.39 malam hingga 12.38 tengah malam.

Umat Islam digalakkan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat gerhana sambil memohon petunjuk ketika melihat kebesaran Allah s.w.t ini.

"Pada zaman Rasullah s.a.w, kebetulan berlaku gerhana ketika kematian anak lelakinya Ibrahim dan umat Islam mendakwa matahari ikut bersedih dengan peristiwa itu. Maka, Rasulullah s.a.w menolak pandangan itu lalu menggantikannya dengan solat gerhana dengan bersabda bahawa hal itu tiada kena-mengena dengan kelahiran dan kematian seseorang.

"Tambah Rasulullah s.a.w lagi, maka apabila kamu melihat gerhana itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang dan hilang gerhana tersebut," kata seorang ahli jawatankuasa masjid yang enggan namanya disiarkan.

Tambahnya, mengikut kepercayaan jahiliah, apabila berlaku gerhana matahari atau bulan, maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

"Jadi, ini tiadalah kaitan dengan kematian tokoh-tokoh politik di Perak atau gerhana politik di negeri itu. Sebaliknya hendaklah kita mencari segala peluang untuk meningkatkan ibadat," kata beliau.

Sementara itu, menurut maklumat daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana penumbra itu merupakan gerhana yang paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.

"Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 8.39 malam manakala gerhana maksimum pula berlaku pada 10.38 malam.

"Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (P4) pada pukul 12.38 tengah malam," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Angkasa akan menganjurkan program Pencerapan Gerhana Bulan Separa sempena gerhana bulan ini bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam di Planetarium Negara. _

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute