CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, June 9, 2009

Hargai Peluang Yang Diberi FAM

KOTA BHARU - Kebenaran menggunakan semula Stadium Sultan Muhammad ke-IV oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malam kelmarin, bagaikan tidak disyukuri oleh segelintir penyokong yang hadir menyaksikan perlawa-nan persahabatan Kelantan bertemu Proton FC malam kelmarin.

Ini kerana beberapa minit sebelum perlawanan tamat, masih ada penonton yang mengambil kesempatan membakar mercun, secara tidak langsung ini menunjukkan sikap mereka bagaikan tidak boleh diubah.

Bagaimanapun, perbuatan itu tidak disokong oleh peminat yang lain memandangkan sebelum ini, insiden membaling botol minuman dan penggunaan mercun dalam kawasan stadium menga-kibatkan FAM menggantung pasukan tuan rumah dari beraksi di stadium sendiri.

Selain itu, sikap fanatik peminat bola sepak pasukan negeri ini juga menjadi antara faktor yang merugikan pasukan Kelantan kerana tidak dapat beraksi di tempat sendiri sebelum ini.

Bagaimanapun, perla-wanan kelmarin berjalan lancar tanpa adanya adegan membaling botol minuman sebagaimana berlaku sebelum ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, seperti yang disaksikan, situasi seperti itu tidak dapat dialami di tempat lain.

“Hanya di Kelantan walaupun perlawanan per-sahabatan, beribu-ribu peminat datang ke stadium. Ini yang kita banggakan dan inilah suasana bola sepak yang kita ingin lihat hidup. Bukan hanya perlawanan tetapi juga melibatkan penonton dan sebagainya.

“Apa yang berlaku baru-baru ini, harapnya dijadikan iktibar agar peristiwa tersebut tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata, pihak KAFA akan menilai kembali aspek-aspek keselamatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dengan menyediakan ‘Telescopic Tunner’ supaya pemain tidak akan didedahkan kepada penonton dari bilik persalinan pemain ke padang.

“Selain itu, tempat penjualan tiket turut dipa-gari dengan pagar kese-lamatan bagi mening-katkan lagi tahap keselamatan buat laluan bas dan di pintu-pintu masuk.

“Pihak KAFA akan mempertingkatkan kese-lamatan dengan menambah pegawai keselamatan. Kalau dulu, kita hanya meng-gunakan khidmat dari 27 orang, kali ini kita akan mempertingkatkan kepada empat kali ganda.

“Segala aspek ini kita buat percubaan. Selepas perlawanan dengan Perlis, satu evolusi akan dilakukan oleh satu pasukan yang akan melihat apa lagi aspek yang boleh diperbaiki,” katanya.

Selepas ini, ‘The Red Warriors’ bakal beraksi di tempat sendiri bertemu Perlis pada 9 Jun ini.

Ditanya mengenai pres-tasi pasukan pimpinannya, Annuar Musa berkata, dari segi persembahan malam kel-marin adanya sedikit kelembapan kerja berpa-sukan, serangan yang tumpul dan tumpuan yang tidak begitu tajam.

“Harapnya jurulatih akan mengadakan latihan fizikal untuk mempertingkatkan kecergasan pemain serta mempertajamkan barisan serangan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute