CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, October 30, 2009

Tok Guru Janji Beri Ganjaran Jika Kelantan Menang Piala Malaysia


KOTA BAHARU, 28 Okt - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak.

"Saya nak sebut Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang," katanya kepada pemberita selepas majlis sempena Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Semalam pasukan "The Red Warriors" berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini.

Beliau berkata sebagai komitmen pertama dalam penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan Kelantan, beliau sendiri telah memberikan RM5,000 kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Nik Abdul Aziz berkata sebuah stadium dengan keluasan tanah 10 hektar akan dibina di Tunjung, di sini.

"Cumanya kita sedang fikirkan sama ada kita nak bangunkan sendiri ataupun kita akan minta geran daripada kerajaan pusat," katanya.

Nik Aziz melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap penonton dan penyokong Kelantan yang melontar mercun serta mengibarkan bendera politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan melontar mercun itu membahayakan orang lain manakala sikap mengibarkan bendera parti politik itu tidak mencerminkan semangat kesukanan sebenar.

"Pergi sahaja tengok bola sudah la.. Kalau hendak pun kita takbir tidak payah buat perkara macam itu," katanya.

Beliau turut meminta pasukan Kelantan memantapkan stamina pemain di dalam perlawanan kerana daripada pemerhatiannya pemain Kelantan mudah terjatuh dan kurang bertenaga.

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute