CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, November 10, 2009

Perlawanan Paling Nakal Piala Malaysia




Perlawanan antara Kelantan dan negeri Sembilan Dianggap paling nakal dalam Piala Malaysia. Apa tidaknya, Stadium Bukit Jalil pada malam itu seolah-olah berada di medan perang. 70peratus tempat duduk di dalam stadium dikuasai penonton Kelantan. Hanya lautan merah yang bersorak sakan pada malam itu, tapi menag sorak je.... Pada perlawanan itu macam-macam terjadi, tidak serik dengan pergantungan Stadium Sultan Muhammad gara-gara membakar trak polis hari itu di bawa pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Betul sangkaan sesetengah pihak bahawa kejadian membakar trak polis akan berulang kembali tetapi bukan trak polis yang jadi mangsa pada malam itu, yang jadi mangsanya Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana kerusi tempat duduk penonton dibakar, balingan botol air, mercun dan pelbagai objek yang dilontar penyokong Kelantan.
Perlawanan malam itu boleh dikatakan yang paling teruk Kelantan bermain. Pada final Piala FA Kelantan dikatakan bermain dengan semangat sekali biarpun kalah kepada Selangor dengan keputusan penalti, tetapi penyokong tidaklah memberontak seperti perlawanan Piala Malaysia. Pada final Piala Malaysia, penyokong Kelantan memenuhi segenap sudut Stadium pada separuh masa pertama malam itu, tetapi lain yang terjadi di separuh masa kedua, kebanyakkan penyokong Kelantan sudah meninggalkan stadium kerana tidak puas hati dengan corak permainan oleh pasukan Kelantan. Pada masa itulah terjadinya peperangan di dalam Stadium, tidak habis dengan bermain mercun ada yang sanggup membakar kerusi stadium pada malam itu.
Padahal anggota keselamatan malam itu dianggapkan
seramai 1400 orang, tetapi apa yang kita lihat pelbagai mercun dibawa masuk ke dalam stadium. Memang betul lah kalau ditambah 10000 orang anggota keselamatam pun belum tentu dapat kawal penyokong Kelantan yang dianggap gedebe ini. Pagar Stadium pun dirempuh begitu saja sampai runtuh, kalau diletakkan pagar konkrit pun rasa-rasa menyembah bumi juga kalaulah sikap penyokong Kelantan begitu. Apa-apa pun kita patut berterima kasih kepada anggota keselamatan termasuk pasukan polis, bomba dan pelbagai agensi lain yang bertungkus lumus menjaga keselamatan penyokong kelantan.
Apa-apa pun penyokong Kelantan harus men
erima hakikat kekalahan yang diterima,pada malam itu Kelantan-1 Negeri Sembilan-3. Kita pun sudah maklum bahawa Kelantan bukannya pasukan yang dianggap gah macam Selangor, Kedah dan pasukan elit lain yang sudah menjuarai Piala Malaysia. Kelantan boleh dianggap baru pandai belajar merangkak, kalau budak kecil belajar merangkak baru boleh berjalan. Biarlah apa orang luar nak kata kepada pasukan Kelantan mahupun penyokong Kelantan yang dituduh samseng, gedebe dan sebagainya oleh media hanya kerana segelintir penyokong Kelantan yang tidak puas hati pada perlawanan itu. Semua yang terjadi pada perlawanan itu patut menjadi pengajaran buat psukan Kelantan dan patut tingkat kan lagi permainan pada masa hadapan. Apa-apa pun kita harap tahun depan sebagai tahun kejayaan buat pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia bahkan ketiga-tiga Piala sekali. Aminn....

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute