CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, December 29, 2009

MALAYSIA NEGARA PERTAMA MEMILIKI JET PEJUANG TERBANG TANPA ENJIN

enjin jet Malaysia dibawa lari>>>>>>>>>>>

Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai jet pejuang tanpa menggunakan enjin. Mana tidaknya, jet belum diterbangkan tapi enjin dah ada dekat Argentina. Pelik tapi benarrrrr., hanya Malaysia sahaja yang pandai buat jet tanpa enjin.
Negara lain kalau nak belajar cara-cara membuat jet pejuang tanpa enjin mari belajar di Malaysia..

Ini baru enjin sahaja yang melancong, selepas ini tak tahu apa yang Kerajaan Malaysia kaji untuk membuat jet pejuang ini terbang lebih jauh lagi.


Malu lah dekat negara lain, Negara lain pun ada jet pejuang juga, tapi dia orang terbang menggunakan enjin, jet pejuang kita terbang tanpa menggunakan enjin..huhuhu macam tak percaya..


contoh enjin jet

Ini kalau bukan perbuatan orang dalam siapa lagi nak dipersalahkan. Ini bukan calang-calang orang yang boleh melarikan enjin macam ini, dengan kawalan ketat lagi di kem tak munasabah kalau orang dalam tidak terlibat dalm kes ini..

Dimana lagi nak lari...Ingat akhirat esok akan dibalas juga...


0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute