CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, December 31, 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU OLEH REDKIJANG.BLOGSPOT.COM

http://www.filofax.co.uk/images/feature/departments/dept_2010diaries.jpg

Selamat tinggal tahun 2009.. Selamat tahun baru 2010...

Jangan kita lupa apa yang berlaku dalam tahun 2009, semuga apa yang buruk kita tinggalkan dan apa yang baik dari tahun 2009 kita ambil dan jadikan pedoman untuk tahun 2010..

Semuga tahun baru 2010 menjadikan kita orang yang bersyukur kerana dapat lagi kita menyambung kehidupan kita untuk tahun yang seterusnya.. perbanyakkan amal ibadat dan sentiasa mendekatkan diri kepada pencipta iaitu ALLAH S.W.T.. Semuga tahun depan kita dipanjangkan umur untuk menyambut tahun-tahun yang akan mendatang..Insyallah

Tahun 2009 banyak berlaku perkara yang menjatuhkan perjuangan politik Pakatan Rakyat terutama sekali PAS.. Apa pun perjuangan untuk menegakkan islam di bumi ini tidak mematahkan semangat PAS untuk membentuk sebuah Negara islam yang disegani di seluruh Dunia, Insyaallah. Apa pun tohmahan yang dilakukan ke atas Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangan amat kita rasai sekali. Apa pun pemimpin kita ini seorang yang cerdik pandai dan bersabar demi untuk memperjuangkan Pakatan Rakyat..

Semuga tahun 2010 ini pihak Pakatan Rakyat dapat mengukuhkan lagi perjuangan mereka untuk menawan bumi Malaysia, Insyaallah.. Selain itu, Royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan bagi memperjuangkan rakyat Kelantan mesti diteruskan sehingga dapat.. Dengan duit itu Insyaallah Kerajaan Kelantan dapat membela nasib rakyat kelantan yang dikatakan miskin oleh Kerajaan BN..Apa pun semua rakyat tidak kira duduk di Kelantan atau di luar Kelantan semuga memperbanyakkan doa seperti mana Tok Guru kita katakan supaya royalti rakyat Kelantan dapat di kembalikan..

Ingat, Kelantan miskin bukan disebabkan pentadbiran Kerajaaan Kelantan. Ini disebabkan Kerajaan Pusat yang banyak menyekat peruntukan ke Kelantan.. kalau dinilai dari segi pemerintahan umno dahulu jauh dibandingkan dengan pemerintahan PAS hari ini malah jauh lebih baik dari Negeri-negeri yang diperintah oleh umno hari ini. Kalau dinilai dari segi hutang dan sistem pentadbiran Kelantan jauh seperti langit dan bumi.. itu yang boleh aku bagi pendapat sebagaimana aku sendiri anak jati kelantan dan tahu erti susah payah Kerajaan Negeri kelantan untuk membangunkan Kelantan. Apa pun aku bersyukur apa yang Tok Guru buat dan memimpin Kelantan sehingga penduduknya bersyukur apa yang dikurniakan oleh ALLAH kepada Negeri Kelantan.. Ini adalah berkat doa kita rakyat Kelantan kepada Allah S.W.T.

Semuga tahun 2010 ini Kelantan bangkit dari Negeri-negeri lain dari segi pembangunan dan kemudahan kepada rakyat nya. Insyaallah.........


4 comments:

UstazCahaya said...

Salam Ziarah. Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

ijoks2009 said...

Tokguru Nik Aziz seorang yg wara' beliau sentiasa minta petunjuk dari Allah sebelum buat apa-apa keputusan.Insyaallah apa-apa keputusan dari Tokguru adalah terbaik untuk rakyat negeri Kelantan dan Pakatan Rakyat.
Allahuakbar!!

anak muallaf said...

salam ziarah Kijang,
Banyak ranjau dalam perjuangan PAS ini.TGNA menjadi bahan tohmahan UMNO.sesungguhnya kita berjuang bukan kerana individu tetapi kerana Allah..

NICK IRFAN said...

selamat tahun baru kawan!!! aku doakan segala impian ko tercapai!! selamat tahun bru!!!! er.. klu komen entry aku x reti nk komen entry ko? aku x minat sgt polilik2 ni..... heheehehe

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute