CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, July 12, 2009

Jangan Jatuhkan Kelantan



“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Wednesday, July 1, 2009

KELANTAN KECUNDANG DI STADIUM TERENGGANU.....

THE RED KECUNDANG DI TERENGGANU.... KELANTAN-0 TERENGGANU-2... KALAU DIBANDINGKAN DENGAN AKSI-AKSI 4PERLAWANAN YANG LEPAS, PERLAWANAN MALAM TADI ADALAH PERLAWANAN YANG MENDUKACITAKAN PEMAIN KELANTAN MAHU PUN PENYOKONG KELANTAN..... APA-APA PUN KAMI PENYOKONG SETIA KELANTAN INGIN LIHAT PEMAIN KELANTAN MEMPAMERKAN AKSI MENARIK TIDAK KIRA DI GELANGGANG LAWAN ATAUPUN DI GELANGGANG SENDIRI.... KAMI SEMUA MENGHARAPKAN KELANTAN DAPAT BERMAIN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK HABISKAN BAKI PERLAWANAN YANG TINGGAL BEBERAPA LAGI PERLAWANAN........... GOMO KELATE GOMO.......................


Amirulhadi selamatkan Selangor



PENYERANG Kedah, Farizal Rozali (tengah) diasak dua pemain pertahanan UPB-MyTeam pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

JARINGAN tunggal Amirul- hadi Zainal pada minit ke-77 menghadiahkan Selangor tiga mata penuh pada aksi menentang KL Plus di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor menang 1-0, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super.

Ketika saingan masih ada empat perlawanan lagi untuk diharungi, Selangor kini mengumpul 51 mata diikuti rapat Perlis di tangga kedua dengan 49 mata setelah mereka membelasah Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pada aksi malam tadi, Selangor dan KL Plus mempamerkan aksi yang agak hambar dan pastinya persembahan tersebut membosankan penyokong yang hadir.

Sebaik babak kedua bermula, jurulatih Selangor, K. Devan memasukkan D. Surendran menggantikan Raz- man Roslan dan lapan minit kemudian memasukkan Amirulhadi pula mengganti- kan Rudie Ramli.

Sebaliknya KL Plus pula hampir memecah kebuntuan pada minit ke-68 tetapi rembatan kencang bekas pemain Selangor, Safiq Rahim sekadar singgah di palang gol ketika Hamsani Ahmad sudah tertewas.

Seakan tersentak daripada lamunan, Selangor mula memperkemaskan serangan mereka dan dua minit selepas itu lambungan cantik Amirulhadi nyaris memerangkap penjaga gol KL Plus, Razi Effendi Suhit.

Selangor terus menggandakan asakan selepas itu dan pada minit ke-75, hantaran lintang Amri Yahyah ditanduk kemas C. Premnath tetapi singgah di palang gol KL Plus.

Akhirnya gol yang ditunggu-tunggu Selangor diperoleh pada minit ke-77 selepas Amirulhadi berjaya menolak masuk bola hantaran R. Surendren dari sebelah kiri untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.

Di Stadium Perak, tuan rumah hampa apabila tewas 0-2 kepada Johor FC.

Di Alor Setar, Kedah menewaskan UPB-MyTeam 1-0 sementara Terengganu mempertahankan maruah mereka apabila menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pahang pula menewaskan PDRM 3-1 di Kuantan, sementara Pulau Pinang garang di halaman sendiri dengan menewaskan Kuala Muda Naza 3-0. KOSMO




JOM BUAT DUIT...

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute