CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, January 22, 2010

DALANG DI SEBALIK KD INDERAPURA DI BAWA KE MAHKAMAH TENTERA




Kapal pengangkut terbesar Malaysia KD Inderapura telah pun 'bersemadi' di perairan Selat Melaka. Kapal ini terpaksa ditenggelamkan kerana kebakaran yang hampir memusnahkan kapal itu sama sekali. Kerugian dianggarkan puluhan juta ringgit.

Dalam Lima 2009 baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengumumkan hasil siasatan menunjukkan kebakaran kapal itu berpunca dari litar pintas. Bila sebut litar pintas ia boleh berlaku tanpa dijangka. Lebih-lebih lagi bagi kapal yang telah lanjut usia seperti KD Inderapura. Aspek penyelenggaraan dan pendawaian juga boleh menjadi punca litar pintas. Hal-hal pendawaian dan penyelenggaraan kapal pastinya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan. Pegawai Pemerintah kapal tidak ada kuasa untuk menentukan siapa yang diberi tender untuk melakukan kerja-kerja berkenaan.

Tetapi hari ini Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengumumkan bahawa Pegawai Pemerintah KD Inderapura akan dihadapkan ke mahkamah tentera atas kebakaran yang berlaku. Memanglah pegawai pemerintah bertanggungjawab penuh terhadap kapalnya tetapi dalam kes ini timbul kesangsian kerana Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa faktor fizikal kapal yang menjadi punca kebakaran dan bukan faktor kecuaian.

Sepatutnya yang disiasat ialah siapa yang melantik kontraktor terbabit. Adakah berlaku penyelewengan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan ? Saya bukan hendak membela pegawai pemerintah terbabit, tetapi apa yang dibimbangi pegawai itu sekadar menjadi 'kambing hitam' di sebalik kejadian yang berlaku. Dalam hal ini Panglima TLDM dan Menteri Pertahanan mempunyai tanggungjawab penuh atas segala yang berlaku.

http://angkasanuri.blogspot.com/



BACA SETERUSNYA........


Bekas pegawai memerintah KD Sri Inderapura

dihadapkan ke Mahkamah Tentera


LUMUT: Bekas pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera di sini pada Isnin ini berhubung kejadian kes kebakaran kapal logistik terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) pada 8 Oktober lalu.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata pegawai memerintah itu akanmenghadapi dua pertuduhan dan boleh melantik peguam untuk membela dirinya.


"Itu tradisi kita di TLDM bahawa kita sentiasa menunjukkan tanggungjawab
dalam menjaga aset negara. Ia tidak bermakna orang yang dituduh itu bersalah
tetapi beliau perlu membuat pembelaan, kerana seseorang itu tidak bersalah
sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas majlis
pelucutan tauliah KD Sri Inderapura dan Kapal Tunda Diraja (KTD) Sotong di
Pangkalan TLDM di sini hari ini.




Beliau berkata, tindakan membawa pihak yang bertanggungjawab itu adalah tradisi tentera di negara ini bahawa walau apa sekalipun, seseorang pegawai
memerintah itu bertanggungjawab terhadap segala perkara berkaitan kapal
terbabit.


"Buat masa ini hanya seorang sahaja (yang akan dihadapkan ke mahkamah),
seperti yang saya katakan seseorang pegawai memerintah bertanggungjawab
memastikan hak milik dan aset negara berada dalam keadaan selamat. Kita boleh mengalami kebakaran tetapi kita tidak boleh kehilangan sesebuah kapal," katanya.



Beliau berkata, pegawai terbabit sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan
bersedia menghadapi prosiding di mahkamah.



Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut dan terperinci berhubung kebakaran kapal
berkenaan masih diteruskan dan jika didapati ada pihak lain yang perlu
bertanggungjawab, TLDM bersedia untuk membawa mereka ke mahkamah.



Katanya, TLDM mengkaji laporan siasatan kes kebakaran KD Sri Inderapura dan
pihaknya telah mengambil beberapa langkah untuk menangani serta memperkemaskan tindakan terhadap beberapa kelemahan dan kelonggaran.



"Saya akui terdapat beberapa kelemahan dan ia telah diberikan penumpuan dan
telah diambil tindakan sewajarnya untuk menentukan aset dan hak milik kerajaan sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya.-Bernama


Harian Metro

1 comments:

ed shahir said...

bagus entry nie....harap kebenaran akan muncul nanti..insyaallah..:)

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute