CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, January 30, 2010

KU LI; JANGAN JADI PAK TURUT, PEMIMPIN MESTI BERANI BERCAKAP BENAR

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.


Beliau mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.


Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.


Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.


Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.


Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Harakah)



UMNO teliti kenyataan Razaleigh

KUALA LUMPUR 29 Jan. – UMNO akan meneliti terlebih dahulu kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sebelum menentukan adakah ia melanggar disiplin parti.

“Kita sedang meneliti dan belum mendapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh. Jadi bagi tempoh masa untuk kita dapatkan laporan ucapan dan sebagainya.


“Parti kita punya pendirian, kita mesti patuh pada disiplin parti… tetapi macam mana pun nanti kita akan bincang perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Tengku Razaleigh selepas menyertai Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu semalam untuk mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.



Saya berhak bersuara – Tengku Razaleigh

KOTA BHARU 29 Jan. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.


Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.


“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.


“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.(Utusan Malaysia)

Putera Kelantan sedang meresahkan UMNO. Gema suara rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di Kota Bharu membuatkan UMNO tidak lena tidur. Satu stadium dipenuhi “semangat minyak” Kelantan. RM2 bilion bukan sedikit. Kerana hak dinafikan, Kelantan terus kekal miskin. Kini usaha membangunkan rakyat Kelantan yang sedang lena dibuai mimpi selepas diberi makan “jambatan” dan “jalan tar” giat dilakukan oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PAS. Apabila semua rakyat Kelantan bangun, maka sisa UMNO-BN yang berlumut di bumi Kelantan akan dibersihkan kesemuanya.


Lantas UMNO terpaksa meneliti kenyataan Ku Li. Jikalau melanggar disiplin parti akan diambil tindakan. Agak-agak berapa lama masa diambil untuk “menyiasat” Ku Li? Sekiranya Ku Li didapati bersalah melanggar disiplin, beranikah UMNO mengambil tindakan ke atas beliau? Walaupun hanya satu kerusi Parlimen, tetapi ia begitu penting kepada UMNO. UMNO tentu tidak mahu kehilangan Ku Li dalam suasana politik negara yang tidak menentu begini. Sebarang tindakan ke atas Ku Li bakal mempercepatkan impian Zaid Ibrahim untuk membawa Ku Li ke dalam PKR.


Ku Li hanya menjelaskan kedudukan royalti minyak Kelantan kepada rakyat Kelantan. Beliau tidak kritik UMNO atau pemimpinnya. Sedangkan Tun Mahathir kritik parti dan pemimpin tertinggi UMNO, tetapi tidak pernah timbul soal disiplin. Malah kritikan Tun diterima sebagai nasihat bapa kepada anak-anak. Sekali bapa mengaum, menikus anak-anak sehingga ada yang terkencing dalam seluar.


Kenapakah kenyataan Ku Li tidak boleh dijadikan sebagai panduan kepada parti apabila hendak melakukan sesuatu dasar agar adil kepada semua negeri?


Walaupun kerajaan mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan, tetapi istilah “wang ihsan” itu seakan-akan satu penghinaan kepada rakyat Kelantan. Kedengarannya seperti Kelantan meminta sedekah dan merayu belas kasihan daripada kerajaan pusat, lantas diberikan wang ihsan untuk sara hidup. Padahal Kelantan tidak “merayu” kepada sesiapa, sebaliknya menuntut hak yang dinafikan oleh Petronas.


Ku Li selaku anak Kelantan yang tidak sanggup derhaka kepada bumi ibunda, cuma mendedahkan kebenaran agar rakyat Kelantan yang masih belum celik akan celik. Soal melanggar disiplin sepatutnya tidak timbul. Kalau memberitahu kebenaran kepada rakyat dianggap melanggar peraturan parti, maka parti itu seharusnya meneliti semula peraturannya.


Sebagaimana ditegaskan Ku Li bahawa beliau bukan pak turut. Pemimpin Kelantan sepatutnya mengikut jejak Ku Li iaitu tidak jadi pak turut sesiapa dalam soal royalti minyak ini. Bahkan dalam hal-hal lain yang berangkutan dengan kepentingan rakyat, pemimpin tidak boleh jadi pak turut kepada sesiapa – parti, individu, atau institusi berkuasa yang lain.


Pemimpin hanya boleh jadi “pak turut” kepada rakyat kerana rakyat yang memilih mereka. Pendirian Ku Li patut menjadi kebanggaan rakyat Kelantan – berpadu tenaga demi bumi ibunda yang disayangi.


Slogan 1Kelantan, 1tuntutan patut dijadikan panduan dalam perjuangan menuntut royalti minyak ini. Rakyat Kelantan wajib bersatu hati tanpa mengira ideologi politik. Pemberian yang di dalamnya tersirat penghinaan mesti ditolak sama sekali.

Berdolak-dalik menafikan hak orang lain tidak akan menguntungkan sesiapa, melainkan dibenci oleh rakyat. Jangan jadi pemimpin lidah bercabang. Manusia bukan haiwan. Hanya haiwan lidah bercabang.


Seandainya Kelantan diperintah oleh BN, adakah royalti minyak akan jadi wang ihsan? Perkara ini patut diajukan kepada Awang Adek atau Mustafa Muhammad.


Berbalik kepada masalah disiplin, nampaknya kebanyakan parti politik kita sedang berhadapan dengan masalah disiplin para ahlinya. Dalam bahasa lain terdapat ahli yang sedang bertindak di luar kepompong parti kerana mereka tidak mahu jadi “pak turut” sebagimana yang dikatakan Ku Li. Pemimpin mesti berani bercakap benar.


sumber daripada; SATU MALAYSIA

1 comments:

abu muaz said...

Hidup niii kalau ikut peraturan kan mudah. Semuanya sudah tercatat dan jadi peraturan. Takkan Tun salleh abas tak tahu makna royalti dalam perjanjian itu. Cukuplah rakyat diperbodohkan.Berilah hak orang...lagi bermain politik , UMNO lagi nampak keburukannya.

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute