CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, February 10, 2010

BLOGGER HINA TOK GURU SERAH DIRI

JEFFRY MENATE CELAKO SERAH DIRI


JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.


Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.


"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.


"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.


Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.


Beliau berkata, tindakan penulis blog itu tidak bertanggungjawab dan pihaknya menuntut polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog tersebut kerana bertindak di luar batasan.


Suspek merupakan blogger kedua yang ditahan gara-gara isu kontroversi melampau selepas Aduka Taruna.


Aduka atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani dari Rumah Rakyat Pancor di Paroi, Negeri Sembilan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 29 Januari lalu kerana menghina kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Sumber daripada; Utsn

9 comments:

Unknown said...

Laa umur sudah 44 tahun tapi cara penulisan macam budak ting.3 haha..
Molek la serah ko polis Kelate,kurung sekalinge Aduka kena timbuk ko Aduka la dio.

Polis Kelate ni tak kira parti mana mereka cukup hormat Tokguru,masuk lokap Kelate make penampar tawarla menate tu.

hanes said...

betul2 ijoks..tua dah jeffry ni, tpi xpandai nk fikir mna baik, dan yg mna buruk..

kawe rasoh kena nampar polis kelate kecing jeffry..dio ingt polis kelate supo polis luar,puak polis kelate dio hormat tok guru..

boleh sain dgn aduka teruna lah dio pah ni..nasib baik ado aduka..

shameel Iskandar said...

Orang Siam pun tak berani tak hina tok guru tapi makhluk sekor ni (Jefry) pandai2 jh hina tok guru.

hanes said...

betul shameel..di kelantan semua kaum hormat tok guru tidak kira siam, india, china, budha semua hormat tok guru...ini berkatnya tok guru memerintah kelantan krn semua kaum dapat hak sama rata..

tapi jeffry menate celako ni lain ckit..dio tidak tahu hukum mengaibkan orang lebih2 lagi ulamak..berdosa besarlah mu jeffry selagi mu xg mita maaf dgn tok guru..

Unknown said...

Jange sampai aduka kena liwat ko Jefry dlm lokap sudah la.hahaha..

hanes said...

kawe xthu lah ijoks..pandai2 lah aduka jaga diri dalam lokap..jeffry2 suko bnar liwat ore..xleh kiro nyo liwat aduka dlm lokap...huhuhu

Mohamadazhan.com said...

hehe, mcm2...tak boleh duduk satu lokap lah :)

hanes said...

xboleh duduk..nanti kena liwat..hahaha..

Na'im Nikmat said...

Akhirnya blogger pencacai UMNGOK ni menyerah diri gak,ingatkan mudo lagi rupanyer udah 44thn tapi perangai macam budak-budak. Seharusnya kita sayangkan ulama' mcm TGNA bukan menghina beliau, jeffry..jeffry apa nak jd ngan kau ni...

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute