CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, February 20, 2010

KELANTAN LAWAN KEDAH MALAM INI..












KELANTAN LWN KEDAH

STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4

KOTA BHARU KELANTAN


PERLAWANAN KELANTAN LAWAN KEDAH MALAM INI DISIARKAN LIVE DI TVI JAM 8.45 MALAM


GOMO KELATE GOMO


PAKAT GI BELAKO PENUH STADIUM. PADA HARI SELASA LEPAS KELANTAN HANYA SERI DGN KEDAH 0-0 BERMAIN DI TEMPAT LAWAN DI STADIUM ALOR STAR KEDAH.. MALAM INI ADALAH PERLAWANAN KE DUA BAGI KELANTAN DALAM PIALA FA MENENTANG KEDAH DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4. THE RED WARRIORS AKAN BERDEPAN DENGAN TUGAS YANG AMAT BERAT, KERANA DENGAN KEMENANGAN SAHAJA MELAYAKKAN KELANTAN KE PUSINGAN SETERUSNYA.. KITA HARAP PEMAIN KELANTAN AKAN TURUN BERAKSI DENGAN LEBIH SEMANGAT DAN TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PENYOKONG SETIA MEREKA...GOMO KELATE GOMO...


KOTA BHARU - Gusar dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi piala FA menentang Kedah malam kelmarin, Presiden Per-satuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa memberi penegasan yang jelas, hanya kemenangan pada perlawanan Sabtu ini membawa pasukan Red War-rios pada aksi seterusnya.



Sehubungan dengan itu, Annuar berkata, perlawanan di gelanggang sendiri Sabtu ini adalah kritikal dan menyeru kepada penyokong memberi sokongan padu kepada skuad Red Warrios yang berdepan cabaran sukar dari skuad Kenari.


“Keresahan ini timbul kerana The Red Warriors bakal berdepan dengan tugasan yang amat berat kerana hanya kemenangan sahaja yang akan melayakkan pasukan ke pusingan seterusnya. Perlawanan pada hari Sabtu ini adalah kritikal bagi pasukan Kelantan,” katanya.


Annuar berharap semua penyokong bersama-sama berdoa agar Red Warriors berjaya dengan tugasan ini selain bersedia menerima tekanan hebat penyokong sendiri dengan tenang dan penuh semangat kemenangan.



“Pertarungan mesti menang ini merupakan penentu bagi kempen TM Piala FA 2010. Saya minta semua penyokong The Red Warriors membanjiri stadium seramai mungkin dengan mengenakan pakaian berwarna merah, membawa bendera Kelantan serta bendera The Red Warriors.



“Pastikan paluan gendang dan sorakan para penyokong dapat menggegarkan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,” katanya.



Dalam pada itu, Annuar mengharapkan agar Red Warriors berjaya mara ke peringkat suku akhir piala tersebut sekali gus menyingkirkan Kedah yang juga juara pada tahun 2007 dan 2008.



Katanya, walau apa pun keputusan pada perlawanan itu , adalah perlu penyokong bertenang dan elakkan daripada menimbulkan situasi yang akan menyusahkan orang lain.



“Jadikan pengalaman salah seorang penyokong kita yang kehilangan penglihatan buat selamanya kerana tindakan kurang bijak segelintir penyokong yang bertindak agresif,” katanya.



Menurutnya, sekiranya keme-nangan berpihak kepada pasukan Kelantan, para penyokong dinasihatkan agar tidak mengutuk pasukan lawan dan sebaliknya jika kekalahan dialami Red Warriods, para penyokong juga dinasihatkan agar tidak menimbulkan pergaduhan dan provokasi.


9 comments:

Mohamadazhan.com said...

kenari terbang tinggi.hehehe.pulun kedah pulun.hehe

Unknown said...

Harap-harap gomo bola saja cukuplah jange bergomo sama-sama pemain.

jebat_berani said...

tok mene takpo asal jange kaloh sudoh....kito gomo kedoh male nih...jange gomo gojoh sudoh...

hanes said...

mohamadazhan..
kita sudah tahu yg kenari ni mmng susah nk ditewaskan sejak dulu lagi, tapi apa pun malam ni kenari akan ditanduk kijang dan rebah di gelanggang lawan..hahaha gomo kelate gomo..yg penting permainan mlm ni bersih dan xada pergaduhan atra pemain dan penyokong, sbb semua mlm ni nk menang utk meneruskan lg perlawanan seterusnya.

hanes said...

kepada ijoks dgn abg jebat...
ijoks, kita hrapkan permainan mlm ni bersih..xthulah kawe, semngat kelate lain ckit,kalu mene xpo, kalu kaloh sudahlah xthu nk kata..harap2 permainan mlm ni bersih dan xada pergaduhan..

abg jebat, kena mene juga mlm ni abg jebat, huhuhu.. permainan ada menang ada kalah, kita harapkan kelantan beraksi dgn penuh semangat mlm ni...kita harap permainan antara kelantan dan kedah mlm ni bermain dgn bersih dan xada pergaduhan..

Na'im Nikmat said...

Salam Sahabatku,
Dua-dua pasukan pun ana sokong sebab Kerajaan Pakatan Rakyat he he..

Ayid said...

Saya ambil sikap berkecuali. Perlawanan malam ini macam abang melawan adek. Harap pemain-pemain jangan mencemarkan Ukwah Pakatan Rakyat. Malam ini cubit peha kiri sakit peha kanan.Keekek keke Selamat nonton malam ini Kijang

hanes said...
This comment has been removed by the author.
hanes said...

salam kembali kepada shbtku naim dan ayid,
malam ni perlawanan antara negeri yg diperintah oleh pakatan rakyat, kelantan dan kedah..harap2 kedua pasukan bermain dengan baik dan penuh semangat..stadium sultan muhammad adalah penentu kpd kelantan atau kedah yg layak ke perlawanan seterusnya...

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute