CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, February 24, 2010

SAPO NOK TENGOK FILEM PERCUMA MARI KELATE..

KELANTAN KAJI TAYANG FILEM PERCUMA


KOTA BHARU, 24 Feb: Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang menayangkan filem-filem secara percuma yang memberi mesej pengajaran dan dakwah kepada rakyat.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, perkara itu masih dalam kajian kerajaan sebelum ia dilaksanakan.


“Kita menjangka dapat menayangkan setiap dua hingga tiga bulan sekali filem-filem yang membawa mesej baik untuk rakyat.


“Apa yang penting filem yang ditayang itu tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998,” katanya.


Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menayangkan filem dari Iran yang diarahkan Majid Majidi bertajuk Children Of Heaven.


Filem tersebut memenangi festival filem peringkat dunia yang memaparkan kisah menarik untuk tontotan masyarakat.


Pada 14 Februari lalu, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasikan daripada novel Ustaz Habiburahman El-Shirazy juga dipertontonkan kepada orang ramai.


“Kami mendapat maklmum balas daripada orang ramai selepas tayangan pertama yang begitu positif sekali. Ini menyebabkan tayangan kedua diadakan,” ujar Ahmad Baihaki.


Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan dan kebenaran dari pengarah bersama filem itu, Habiburahman untuk menanyangkan filem terbabit.


Tayangan itu akan diadakan di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam pada 28 Februari ini.


Sumber daripada: HARAKAH



TOK GURU TONTON WAYANG


KOTA BHARU, 22 Feb: Jarang kita mendengar ulama atau ustaz menonton wayang, namun lain pula bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila bersetuju hadir menyaksikan tayangan sebuah filem.


Sejarah itu akan tercatat pada 28 Febuari ini di Balai Islam, Lundang apabila Menteri Besar Kelantan dijangka hadir menonton filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi.


Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, tayangan filem berkenaan dijangka bermula jam 9 malam.


“Selain itu pihak penganjur turut menjemput pensyarah Jabatan Pengajian Media UM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengupas filem tersebut.


“Oleh itu, saya menjemput orang ramai hadir bersama-sama menonton filem bercorak kerohanian itu selain untuk berhibur, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya di sini.


Baru-baru ini, lebih 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ bahagian pertama yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC).


Tayangan filem tersebut diadakan sempena Hari Hiburan Islam yang turut menampilkan penulis asal cerita berkenaan, Habiburrahman yang didatangkan dari Indonesia.


Tayangan tersebut diadakan secara percuma dan ia merupakan box office di Indonesia 2009.


Sumber daripada: HARAKAH

4 comments:

Ayid said...

Salam kijang,

Ini film dakwah memang tok guru tengok. Film ini mesti manthop dari segi uslop dakwhnya

Anonymous said...

pernah dgr tajuk citer nih tapi xnah tgk. Mesti bagus filem ni.

hanes said...

SALAM KEMBALI KPD AYID DAN FINAZ........

AYID- BETUL2 AYID, FILEM ‘Ketika Cinta Bertasbih’ DALAH FILEM YG BERUNSURKAN DAKWAH.. SBB2 TOK GURU TNGOK..SEMOGA FILEM DAKWAH MCM NI AKAN DIPERBANYAKKAN TONTONAN KPD RAKYAT, SUPAYA RAKYAT DPAT MENGAMBIL IKHTIBAR TENTANG JALN CERITA YANG DITUNJUKKAN..

FINAZ- TNGOKLAH DULU, MESTI BEST CITER NI..HUHUHU RUGI XTENGOK..

Unknown said...

Bagus3x,kalau macam ni x lakulah pangung wayang ,semua nak tengok filem free.huhuhu..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute