CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, February 11, 2010

UMNO TIDAK FAHAM MAKSUD TOK GURU

RAMAI TIDAK FAHAM MAKSUD PERBINCANGAN PAS DENGAN UMNO



















KOTA BHARU, 11 Feb:
Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, akibat salah faham tersebut menyebabkan mereka mengulas di luar konteks sebenar sehingga terpesong jauh.


“Cadangan Menteri Besar Kelantan sebelum ini mahu mengadakan perbincangan dengan Umno berkaitan agama seperti PAS berdialog dengan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu.


“Maka tidak salah jika PAS turut berdialog dengan Umno atas dasar agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak Umno berbincang kenapa parti itu menolak Islam sebagai cara hidup dan bernegara, selain itu katanya di mana silap PAS memperjuangkan Islam.


Oleh itu, Abdul Latif berkata, kenyataan yang dibuat Ketua Dewan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan pihak-pihak lain dianggap tidak ada kena mengena dengan kenyataan awal Menteri Besar Kelantan.


Pemuda Umno dalam kenyataan hari ini menyebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz diminta membuat pertemuan dengan DAP lebih yang secara terang-terangan menolak Islam sebelum berniat mengadakan pertemuan dengan Umno.


Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemuda Umno begitu angkuh yang memperlihatkan parti itu tidak berminat berbincang untuk kebaikan agama.


“Apa yang Umno inginkan hanya menangguk keuntungan politik dari cadangan dibuat Mursyidul Am PAS,” ujarnya.


Malah, katanya juga, DAP sehingga kini tidak pernah membuat kenyataan menolak Islam secara terang-terangan seperti didakwa pemuda Umno.


Beliau berkata, Umno sering mengungkit DAP menolak Islam, sedangkan Umno dan parti kompenan lain Barisan Nasional secara jelas menentang pelaksanaan hudud.


Katanya, tahun lepas Gerakan memasang sepanduk bagi menyatakan penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud.


Sumber daripada; Harakah

KIJANG: MEMANG DASAR UMNO TIDAK BERUBAH DARI DULU SEHINGGA SEKARANG, HANYA TAHU MEMUTAR BELIT FAKTA YG SEBENAR.. TOK GURU KATA LAIN UMNO KATA LAIN, INI SEMUA HANYA PERMAINAN POLITIK YANG SENGAJA INGIN MENJATUH TOK GURU TERUTAMA PAKATAN RAKYAT.. UMNO HANYA INGIN RAKYAT MELIHAT DIALAH YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT, MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU TAPI NASIB KAUM LAIN DIABAIKAN..SEBAB ITULAH TOK GURU MENYARANKAN SUPAYA DIADAKAN PERBINCANGAN DENGAN UMNO UNTUK MENJAGA KEHARMONIAN KAUM LAIN, TAPI UMNO DISALAH ERTIKAN MAKSUD TOK GURU..


KITA SEMUA DICIPTA OLEH ALLAH TIDAK KIRA KETURUNAN MANA ,SEMUANYA BERASAL DARIPADA NABI ADAM..MANUSIA PERTAMA ALLAH LANTIK SEBAGAI NABI DAN BAPA SEKALIAN UMAT MANUSIA..INGATLAH KITA BAHAWA KITA SEMUA BERSAUDARA..



Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa’), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu.


KITA SEMUA BERASAL DICIPTA OLEH ALLAH DAN BAPA KEPADA MANUSIA NABI ADAM A.S DAN ISTERINYA HAWA..MAKA KITA KENA JAGALAH PERHUBUNGAN KITA DENGAN YANG LAIN, DAN SALING TOLONG MENOLONG, MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN..


WALAUPUN MANUSIA SUDAH BANYAK BERBEZA AGAMA, TAPI ALLAH S.W.T MELARANG UMAT ISLAM DARIPADA MEMUSUHI KAUM LAIN..
KITA HARAPKAN SEBAGAIMANA YANG TOK GURU CADANGKAN PERBINCANGAN DENGAN UMNO INI TIDAK AKAN DI SELEWENG PIHAK TERTENTU..

4 comments:

Unknown said...

Salam tuan tanah,
Bersetuju dalam sesuatu perkara tidak bermakna bersatu dalam politik.
Perbincangan dengan Umno bukan bermakna kita setuju dengan dasar Umno,sama juga dengan majlis dialog yang Tokguru buat dengan pemimpin agama hindu,budha dan kristian baru2 ini.

hanes said...

WKMSLM IJOKS..
MEMANG BETUL IJOKS..
TOK GURU CDGKAN PERBINCAHGAN DGN UMNO ATAS DASAR AGAMA, BKNNYA POLITIK..TPI ORNG UMNO SILAP FAHAM, MEREKA INGAT TOK GURU NK ADAKAN PERBINCANGAN DGN UMNO ATAS FAKTOR UTK BERSATU DLM UMNO..INILAH SILAP UMNO, TOK GURU XKAN BERSATU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DGN UMNO, TETAPI UNTUK DUDUK SEMEJA BERBINCANG MASALAH AGAMA, DAN KEHARMONIA KAUM DI MALAYSIA..TNGK KELANTAN SUDAH, PELBAGI KAUM HIDUP AMAN TANPA TERCETUSNYA RASA BENCI DI KALANGAN KAUM LAIN.. INI BERKATNYA KEPIMPINAN TOK GURU DI KELANTAN..SBB ITU TOK GURU ADAKAN PERJUMPAAN DGN KAUM LAIN BARU2 INI BERTUJUAN MENJAGA PERPADUAN DAN KEHARMONIAN DGN KAUM LAIN, TAPI TIDAK BERMAKNA TOK GURU SETUJU DENGAN DASAR MEREKA..

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi,
memang org UMNO ni tak faham makna 'Berbincang' dengan makna 'Bergabung'. Dan memang dasar media2 pro UMNO ni suka membuat propaganda kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Perumpaannya mana mungkin orng Mukmin ingin bergabung dengan org Munafik kerana org Munafik hanya suka berpura-pura tapi sebaliknya terdapat agenda jahat yng tersembunyi......

hanes said...

betul kata naim dgn ijoks..tok guru ajak berbincang dan duduk semeja xsemestinya tok guru setuju dgn dasar perjuangan umno..tok guru xkata pn nk bergabung parti..media umno kena faham jgn dok main putar belit untuk memburukkan tok guru..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute