CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, March 2, 2010

AWANG ADEK BIADAB..


"FLAG OFF" LTDL: ADUN ANGGAP
AWANG ADEK BIADAB

KOTA BHARU, 2 Mac:
Perkataan biadab disebut beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) apabila isu Datuk Dr Awang Adek Hussin ‘merampas’ tempat Menteri Besar melakukan upacara pelepasan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) dibangkit pada persidangan Dun hari ini.

Hassan Mahmood (PAS-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku semalam kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan.


Datuk Omar Mohamed (PAS-Perupuk) pula menceritakan pernah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seorang pegawai Jabatan Penerangan meninggalkan majlis apabila dia enggan menghormati ketua kerajaan negeri.


Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan LTdL peringkat negeri telah menetapkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melakukan upacara pelepasan tersebut.


“Malah dalam surat-surat yang dihantar kepada ketua-ketua jabatan telah disebut dengan jelas flag off akan dilakukan Menteri Besar. Dan semua orang telah maklum perkara itu.


“Dalam mesyuarat sebelum itu hanya nama Menteri Besar dan Pemangku Raja sahaja yang disebut untuk melakukan pelepasan.


“Namun memikirkan majlis itu berlaku dalam tempoh singkat dan kesibukan Pemangku Raja maka telah diputuskan Menteri Besar melakukan flag off. Langsung tidak ada nama Awang Adek,” katanya ketika menjelaskan peristiwa semalam pada persidangan Dun.


Pada upacara pelepasan pelumba LTdL bagi peringkat pertama Kota Bharu ke Kuala Berang, Terengganu semalam difahamkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tiba-tiba meminta Awang Adek melakukan pelepasan sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di situ.


Lebih mendukacitakan lagi apabila Menteri Besar pada awalnya tidak dibenarkan menaiki pentas utama pelepasan setelah Awang Adek dan pengarah JPP lebih awal berada di atas.


Ekoran itu difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek.


“Namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek,” kata Abdul Fattah.


Menurut sumber lain, sabotaj itu difahamkan telah dirancang lebih awal oleh Umno yang berselindung di sebalik JPP bagi memalukan ketua kerajaan Kelantan.


Anggota Exco terbabit berkata, pada jam 9.15 pagi sebelum upacara pelepasan dilakukan tidak ada perubahan lagi dari segi protokol untuk melakukan flag off.









Namun katanya, ketika pelepasan mahu dilakukan tiba-tiba juruacara majlis menyebut nama Awang Adek, sedangkan Menteri Besar masih ada di situ.


(Gambar: Awang Adek flag off peserta LTdL dari Kota Bharu ke Kuala Berang, semalam)


“Ini sesuatu yang betul-betul memalukan tidak pernah berlaku sepanjang 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS.


“Malam tadi saya telah memaklumkan apa yang berlaku dalam facebook perdana menteri. Dan sekarang kerajaan negeri sedang mendrafkan surat untuk menghantar bantahan rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.


Beliau juga dimaklumkan pada petang sehari sebelum program berlangsung Ketua Umno Bachok terbabit meminta baju rasmi LTdL daripada pihak urusetia.


Menjelaskan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sifat malu hanya ada pada orang mukmin sahaja.


“Tetapi orang yang kulit muka tebal seperti menggunakan kulit tapak kaki kerana tidak akan ada perasaan malu,” katanya pada persidangan Dun terbabit.


Isu berkenaan ditimbulkan Wan Yusof Wan Mustafa (PAS-Gual Ipoh) ketika Abdul Fattah menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periuk).


Persidangan Dun Kelantan berakhir tengah hari tadi.


Sumber daripada: HARAKAH



PENGKHIANAT: LEPAS CURI WANG ROYALTI

AWANG ADEK CURI BENDERA LTDL


Semalam Harakahdaily dan beberapa akhbar arus perdana melaporkan berita yang saya anggap sebagai satu tindakan sabotaj dan pengkhianatan kepada rakyat Kelantan apabila Menteri Besarnya, YAB. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sepatutnya melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) diadakan di Dataran Rehal Kota Bharu dinafikan.

Kalau sebelum ini Awang Adek bersama dengan Mustafa Muhamaad telah melakukan satu rompakan dan mencuri wang Royalti minyak milik rakyat Kelantan, sekali ini dia melakukan kerja jahatnya dengan menncuri bendera untuk melepaskan pelumba LTdl dari seorang menteri besar yang juga milik rakyat kelantan.

Adakah Awang Adek tidak sedar dan sengaja tidah mahu sedar bahawa dia tidak ada apa di Kelantan. Pelantikannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan adalah atas dasar perlantikannya sebagai Sanator secara kontrak dua tahun sekali. Dari segi piliharaya dia kalah pada semua kerusi yang dipertandingkan, dan bermakna dia bukanlah wakil rakyat di Parlimen atau DUN di Kelantan.

Mengikut maklumat yang saya terima dia menunjukkan sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati Menteri besar Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar kesayangan rakyat itu.

Perlu saya tegaskan kalau Awang Adek tidak menghormati MB kelantan yang juga seorang Ulama yang dihormati , yang menjadi busuk adalah Awang Adek, kini orang tahu itu perangai dan hati budinya. Adakah kebencian Awang Adik melebihi dari segalanya kerana paling kurang Tok Guru perlu dihormati kerana ketuaannya dan kedudukan Tok Guru diiktiraf sebagai Ulama.

Ataupun Awang Adek sangat kecewa dengan Tok Guru kerana gagal dengan usahanya untuk jadi MB Kelantan dalam projek UMNO tawan kelantan pada tahun 2008 lepas.Semacam kerusinya telah dirampas. Ternyata dia adalah bekas menteri besar yang tidak berbekas bila k alah dalam pilihanraya tersebut.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km. Kerana itulah sewajarnya Tok Gurulah yang melepaskan perlumbaan ini seperti tahun-tahun yanglepas.

Apalah lebihnya Awang Adek "merampas" bendera pelepasan dalam keadaan orang lebih layak berada bersamanya. Tok Guru yang berada dalam majlis itu saya rasakan sangat tinggi maruahnya atas nama Menteri Besar Rakyat yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Sedangkan Awang Adek semacam "lalat" yang berada dalam majlis ditambah pula merampas hak Tok Guru.

Inilah masanya dan sudah kira sudah ada keputusannya dari seluruh rakyat Kelantan untuk menghukum sehukumnya kepada penghinat rakyat Kelantan ini dengan memastikan Awang adek dikalahkan dalam mana-mana kerusi yang beliau bertanding pada masa akan datang.

Awang Adek bukan seorang pemimpin yang tidak ada maruan dan "tidak reti basa" dengan menghina rakyat Kelantan dengan mencuri wang royalti menjadi wang Ehsan dan dialah yang dilantik untuk menjadi pengagihnya. Sesudah itu disahkan dia benar-benar khinat bila mencuri bendera yang sepatutnya dilepaskan oleh Menteri Mesar yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Bagi saya sinar politik Awang Adek sudah malap dan hampir padam sudah. Saya sebagai seorang anak kelahiran Bachok sangat malu mempunyai seorang sepertinya. Kerana itu saya jangkakan hayat politiknya sudah hampir kepenghujungnya.

Sumber daripada:http://idhamlim.blogspot.com

1 comments:

Na'im Nikmat said...

Budak ni memang xsedar diri,sudahlah dulu2 blum lagi menang Pilihanraya tapi mengaku MB Kelantan,sekarang dengan muka xmalu 'CURI BENDERA LTDL' hu hu..dasar muka xmalu.....

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute