CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, April 3, 2010

$$$$PROJEK TPM DI HULU SELANGOR$$$$



HULU SELANGOR DAPAT
EMPAT SEKOLAH BARU


Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.



Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa. Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.



Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.

"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.

"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.

Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan. Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat.

Sumber daripada: Malaysiakini



HULU SELANGOR: PROJEK POLITIK
TIMBALAN PERDANA MENTERI DIBIDAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor.

Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang.

Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.

Jelas, lawatan beliau adalah lawatan politik dan Muhyiddin pulun habis untuk umumkan semua projek yang sebenarnya diperlukan rakyat sejak zaman BN memerintah lagi.

Malangnya, dalam sibuk pulun semua isu rakyat di Hulu Selangor beliau dimalukan oleh Bernama dengan pendedahan kisah empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram, Sarawak termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit seluas 20 x 10 kaki dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah dibawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan ‘double standard’ Menteri Pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20×10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta dirumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana Kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram.

Pendedahan ini amat memalukan kerana guru-guru ini mengajar dikawasan Parlimen BN, yang mana ahli Parlimennya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini. Sewajar sebagai Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang.

PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil dari kudis-kudis yang ada dalam pengurusan Menteri Pelajaran dan Kerajaan BN. Diluar bandar sekarang masih banyak kawasan yang belum mendapat peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Jika inilah keadaannya, jangan harap guru-guru dari Semenanjung mahu dihantar bertugas disana.

Mereka bukan tidak mahu membantu masyarakat disana. Mereka mahu, tetapi dengan sikap ‘double standard’ Kerajaan BN mereka khuatir akan diabaikan. PAS mahu BN buktikan keikhlasan mereka dan membantu semua kawasan Parlimen tanpa perlu menunggu ahli Parlimen dikawasan itu meninggal dunia.

PAS yakin rakyat di Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan taktik projek politik BN ini. Yakinlah, rakyat di Hulu Selangor akan dapat bantuan yang lebih banyak jika terus mengundi Pakatan. BN akan tabur seberapa banyak yang mereka mahu untuk rampas kembali Hulu Selangor. Inilah peluangnya untuk rakyat Hulu Selangor menuntut hak mereka yang telah diabaikan sejak 50 tahun lalu.

Tetapi jangan sesekali tertipu dan undi BN lagi. Jika tidak, anda akan rugi untuk 50 tahun akan datang pula kerana bantuaan BN hanya datang kali ini sahaja.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber daripada: Harakah


0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute