CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, May 26, 2010

MANUSIA KEMBALI KEPADA ZAMAN JAHILIAH: MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DITANAM

Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui ditanam berdekatan
Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin.




MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DITANAM


SHAH ALAM - Dua lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.


Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk mengali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.


"Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.


"Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis," katanya di sini semalam.


Sumber daripada: KOSMO


2 comments:

ADIB said...

Ya Allah, bile bace berita-berita macam nie,rasa sebak pulak. Banyak betul kes macam nie. Lambang kejahilan manusia. Semoga kejahilan ini akan diatasi dengan sebaiknya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita..aminn

hanes said...

amin..

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute