CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, May 21, 2010

SEMUA SALAH NAJIB...

PEMERINTAHAN NAJIB MEMBAWA KEPADA
KEHANCURAN MALAYSIA


Selepas APCO, lesen judi timbul pula kes Sime Darby yang mengalami kerugian akibat nafsu duitan oleh puak-puak Najib. Sime Darby mengalami kerugian besar akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion. Ke mana perginya wang sebanyak itu, kalau bukan masuk kantong kroni masing-masing.


Baru-baru ini Kerajaan meluluskan lesen judi yang menyebabkan rakyat sangat marah dengan kepimpinan Najib. Kita sebagai Negara islam sanggup mengetepikan agama semata-mata ingin menguasai judi. mereka tahu yang judi boleh memberi mereka duit yang banyak tanpa memikirkan kemarahan rakyat. Agaknya, keuntungan judi ini Najib ingin menampung Sime Darby yg mengalami kerugian atau duit judi inilah yang akan dijadikan bonus kakitangan Kerajaan, alamaknya makan duit haramlah rakyat Malaysia.



Era pemerintahan Najib yang banyak sekali mengalami kerugian. Sebab itu kita tengok banyak syarikat yang mengalami kerugian. Hari ini Sime Darby, esok lusa syarikat mana yang akan mengalami kerugian. Kelalaian, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh kepimpinan Najib yang menyebabkan ini semua berlaku. Semua ini berlaku dalam pentadbiran Umno dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib.


Disebabkan kepentingan menguasai Umno dan juga Barisan Nasional. sebab itulah kita tengok rasuah dan salah guna kuasa banyak terjadi dikalangan Umno dan Barisan Nasional. Selepas ini, apa yang akan dirancang oleh Najib dan kroni-kroninya untuk memuaskan nafsu duitan mereka.


0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute