CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, June 2, 2010

GAJI 170 PEGAWAI LEBIH TINGGI DARIPADA PM


DAVID CAMERON

GAJI 170 PEGAWAI LEBIH TINGGI DARIPADA PM DIDEDAHKAN


LONDON - Nama lebih 170 pegawai kanan awam Britain yang memperoleh pendapatan melebihi gaji Perdana Menteri, David Cameron, didedahkan kepada umum kelmarin, lapor sebuah akhbar.


Gaji dan faedah pegawai kanan tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Pejabat Kabinet Britain bagi memenuhi janji kerajaan untuk mengamalkan pentadbiran jujur dan telus.


Secara keseluruhan, gaji dan faedah kewangan yang diterima oleh mereka mencecah kos £29 juta (RM140 juta) setahun.


Antara kakitangan kerajaan tersebut ialah John Fingleton yang merupakan ketua eksekutif agensi pemantauan pengguna Britain, Fair Trading.


Pada tahun lalu, beliau membawa pulang pendapatan antara £275,000 (RM1.3 juta) hingga £280,000 (RM1.35 juta), hampir sekali ganda melebihi gaji Cameron iaitu £142,500 (RM690,957).


Ketua Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang merupakan agensi kesihatan awam Britain, David Nicholson berada di tempat kedua dengan gaji dan faedah keseluruhan berjumlah £260,000 (RM1.2 juta) setahun.


Kakitangan awam paling kanan iaitu Setiausaha Kabinet, Gus O'Donell cuma berada di kedudukan kelima senarai tersebut dengan jumlah pendapatan tahunan sebanyak £240,000 (RM1.1 juta).


Senarai berkenaan melibatkan pegawai kanan kerajaan Britain dengan jumlah pendapatan tahunan melebihi £150,000 (RM727,036). - Agensi


Sumber daripada: KOSMO

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute