CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, June 4, 2010

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELEPAS SOLAT JUMAAT


KIJANG: HIMPUNAN SEJUTA UMAT AKAN DIADAKAN DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA HARI INI.. HIMPUNAN INI AKAN BERMULA SELEPAS SOLAT JUMAAT BERKUMPUL DI BANGUNAN TABUNG HAJI DAN BERGERAK KE KEDUTAAN AMERIKA.. AYUH KITA DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PENDUDUK GAZA YANG DITINDAS ISRAEL DAN SEKUTUNYA AMERIKA.. SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN INI, DISAKSIKAN SELURUH DUNIA YANG MANA SELURUH UMAT ISLAM BANGKIT MENGUTUK PERBUATAN JAHAT ISRAEL KE ATAS PENDUDUK PALESTIN DI SEMENANJUNG GAZA.. DIJANGKAKAN TUAN GURU HAJI HADI AWANG, DATO SERI ANWAR IBRAHIM DAN JUGA LIM KIT SIANG AKAN TURUT SERTA DALAM HIMPUNAN SEJUTA UMAH PADA PETANG INI..



DI KELANTAN, SOLAT HAJAT MENGUTUK TINDAKAN ISRAEL AKAN DIADAKAN DI PERKARANGAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4 PADA PAGI INI, SEKALI DENGAN KULIAH TOK GURU.. MARI KITO PAKAT GI BELAKO..


2 comments:

Pacifist said...

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute