CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, July 5, 2010

PENYOKONG BAJU KUNING AKAN TURUN SEKALI LAGI APABILA PARLIMEN DIBUBARKAN


HIMPUNAN BERSIH 2 SELEPAS PARLIMEN BUBAR


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dicadang supaya mengadakan himpunan kedua selepas parlimen dibubarkan.


Ini ekoran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pilihan raya ke-13 yang luar biasa.


Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kayat berkata, ucapan-ucapan terakhir itu telah memberi isyarat bahawa pilihan raya akan diadakan terlebih awal daripada waktu yang sepatutnya.


“Memandangkan bahawa pilihan raya di negara kita masih terlalu terdedah kepada manipulasi, maka saya mencadangkan bahawa Jawatankuasa Bersih perlu mengadakan Himpunan Bersih 2. Tarikh himpunan ini dicadangkan pada hari Sabtu terdekat selepas Perdana Menteri membubarkan parlimen,” tulis Suhaizan di dalam blognya.


Ini, tambahnya, Bersih belum lagi mencapai matlamatnya di mana pihak kerajaan mendiamkan diri berhubung tuntutannya pada himpunan pertama dahulu.


Katanya, jika pihak kerajaan tidak dapat memberi jaminan ketelusan dalam pilihan raya, maka rakyat akan berhimpun di Istana Negara pada tarikh yang ditetapkan.


Beliau berkata, jika kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di Istana Negara, maka kerajaan hendaklah membuang segala ruang manipulasi dalam undi pos, daftar pemilih dan pemalsuan pengundian.


Media mestilah memberi jaminan membuat liputan yang adil kepada semua pihak, katanya di samping pemerhati antarabangsa perlu dipanggil untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.


Menurutnya lagi, alasan tarikh cadangan himpunan Bersih 2 selepas pembubaran parlimen adalah kerana pertamanya bagi mempastikan pilihan raya ke-13 akan berlaku dalam keadaan demokrasi pilihan raya telah dipulihkan sepenuhnya.


Keduanya, kata beliau Perdana Menteri perlu membetulkan sistem pilihan raya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen, itulah yang dinamakan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.


“Ketiga, jika ada pihak yang mengatakan masa tersebut adalah masa yang terlalu sibuk maka suka saya nyatakan rakyat di negara ini boleh berhimpun di Istana Negara dengan notis 48 jam.


“Ini kerana rakyat telah 3 kali berhimpun secara besar-besaran. Lagi pun himpunan ini hanya memakan masa 3 jam sahaja dan ia boleh membangkitkan kesedaran seluruh negara untuk turun mengundi,” ujar yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.


Sumber daripada: Harakah

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute