CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, July 12, 2010

PIALA DUNIA: SEPANYOL ATAU BELANDA?


TINGGAL LAGI 2JAM SEBELUM SEPAK MULA PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA ANTARA SEPANYOL DENGAN BELANDA..BERJUTA PEMINAT SELURUH DUNIA SEDANG MENANTI DENGAN PENUH DEBARAN SIAPAKAH YANG AKAN MENJULANG PIALA DUNIA PAGI INI..


SIAPAKAH YANG AKAN MENJULANG PIALA DUNIA?


POTCHEFSTROOM: Sepanyol bertekad untuk tidak dikenang seperti apa yang menimpa Belanda pada 1970-an yang ketika itu begitu dipuji dengan corak permainan menakjubkan tetapi hampa tanpa sebarang piala, kata pemain tengah, Xavi.


Menggunakan sepenuhnya taktik yang dikenali sebagai 'total football', Belanda mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974 dan 1978 tetapi tersungkur kepada skuad Jerman Barat pimpinan Franz Beckenbauer dan Argentina yang meraih gol kemenangan hasil jaringan Mario Kempes.


Pemain Belanda dengan baju serba oren dan gaya permainan menarik iaitu hantaran pantas dan penguasaan bola, akhirnya menyaksikan mereka digelar `clockwork orange’ (oren setepat jam) di Sepanyol tetapi Xavi berkata, Belanda diingati sekadar cara mereka bermain.


“Kami tidak mahu menjadi sama seperti `clockwork orange’, kami mahu menjadi juara,” katanya menjelang perlawanan akhir menentang Belanda di Johannesburg, awal pagi ini.


“Kami mahu menempa nama dalam sejarah sebagai pemain yang menjulang piala ini,” katanya. “Ia pasti amat bernilai berbanding sekadar corak permainan, bagus untuk sukan ini serta lebih penting, generasi pemain ketika ini berhak meraihnya.”


Pemain tengah, Sergio Busquets, yang beraksi bersama Xavi di Barcelona yang muncul juara Sepanyol berkata, Sepanyol amat terhutang budi kepada Belanda kerana banyak pengaruh negara itu dalam skuad Barca sejak beberapa tahun lalu.


Tujuh pemain Barcelona disenaraikan dalam kesebelasan utama Sepanyol ketika ini termasuk Xavi, Andres Iniesta dan Busquets, semuanya dididik jurulatih Belanda, Johan Cruyff, Louis van Gaal serta Frank Rijkaard.


Malah pengaruh Barca turut dirasai menerusi pembantu jurulatih, Frank de Boer dan Phillip Cocu serta kapten pasukan, Giovanni van Bronckhorst dan pemain tengah Mark van Bommel. – Reuters


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0tOJFU3aY


PERLAWANAN MALAM INI KIJANG PILIH SEPANYOL MENJUARAI PIALA DUNIA..


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute