CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, July 10, 2010

'SOTONG PAUL' PILIH KELANTAN MENANG BERTEMU SELANGOR MALAM INI







LWN







IBARAT PERLAWANAN AKHIR



KOTA BHARU – Ibarat perlawanan akhir! Begitulah perumpamaan paling tepat mengenai pertemuan dua musuh tradisi bola sepak tempatan, Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.


Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan dalam nada merendah diri berkata, kelebihan tetap memihak kepada Selangor selaku tuan rumah, di samping berkelebihan lima mata di hadapan setakat ini.


“Kita tahu Selangor merupakan pasukan yang cukup kuat musim ini.


“Sehingga kini, mereka kekal sebagai peneraju takhta liga selama 25 minggu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebelum berlepas ke ibu negara petang semalam.


“Kekalahan tipis 0-1 kepada Perak dianggap sebagai nasib kurang baik kerana mereka turut mempunyai peluang yang banyak menjaringkan gol pada perlawanan itu.


“Sudah pasti mereka mahu bangkit mencipta kemenangan di tempat sendiri setelah tewas di Ipoh tempoh hari.


“Saya sempat menonton rakaman perlawanan Perak dengan Selangor sebanyak tiga kali, apa yang saya nampak persembahan Selangor tidak teruk, bahkan mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol,” katanya.


Sathianathan berkata, kekuatan Selangor bersandarkan kepada pengalaman pemain-pemain mereka yang telah bersama skuad Red Giant sejak tiga musim yang lalu.


“Untuk lima perlawanan akan datang (termasuk menentang Selangor malam ini), bagi saya semua perlawanan diibaratkan perlawanan akhir bagi Kelantan.


“Apa yang saya dan juga peminat harapkan, pemain Kelantan perlu menunjukkan persembahan yang baik pada perlawanan malam ini. Sekiranya itu berlaku, sudah pasti keputusan yang baik memihak kepada kita.


“Saya percaya pemain Kelantan kini sudah bersedia memberi lebih daripada 100 peratus komitmen pada perlawanan malam ini.


“Mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kerana lawan yang akan ditentang pada malam ini merupakan sebuah pasukan bergelar juara,” katanya.


Dalam pada itu, Sathianathan turut menarik nafas lega setelah penyerang terbilang, Norshahrul Idlan Talaha disahkan hampir pulih daripada kecederaan dan bersedia diturunkan pada perlawanan malam ini.


“Norshahrul (Idlan Talaha) mungkin disenaraikan dalam perlawanan malam ini.


“Kita juga bakal diperkuatkan kembali dengan kemasukan semula Azizi Matt Rose setelah beliau selesai menjalani penggantungan satu perlawanan,” katanya.


Dalam pada itu, Sathianathan turut minta penyokong setia Kelantan yang berada di Lembah Klang hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Kelantan malam ini.


“Saya minta penyokong setia Kelantan hadir beramai-ramai membanjiri Stadium Shah Alam malam ini.


“Tunjukkan bahawa kita (penyokong Kelantan) merupakan satu-satu penyokong paling fanatik tetapi berdisiplin di negara ini.


“Buktikan kepada orang luar bahawa bola sepak di Malaysia tidak mati, dan kemeriahan bola sepak kita sebenarnya dimulakan penyokong setia Kelantan,” katanya.


Sumber daripada: SH



JOM PAKAT GI RAMAI-RAMAI STADIUM SHAH ALAM..
GOMO KELATE GOMO


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute