CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, July 13, 2010

TINDAKAN AMBIL MUDAH PENGURUSAN STADIUM SELANGOR MEMBAWA PADAH


PENGURUSAN KAWASAN PENYOKONG LEMAH


Pengurusan stadium Selangor tidak belajar daripada pengalaman lepas dalam menyediakan tempat duduk penyokong apabila membiarkan kawasan penyokong Kelantan padat dengan penyokong dan duduk dikerusi basah sedangkan kawasan penyokong Selangor lengang daripada penyokongnya. Keadaan ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di kalangan penyokong Kelantan yang menyeru lebih banyak ruang tempat duduk dibuka untuk penyokong Kelantan dan ianya berjaya diredakan dengan kehadiran polis FRU.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung.


Tindakan ambil mudah pengurusan stadium membawa padah kepada penyokong Selangor sendiri apabila 2 insiden mendapat perhatian polis kerana ada penyokongnya memulakan provokasi dengan menendang penyokong Kelantan yang masuk daripada pintu masuk bersebelahan penyokongya dan ada penyokongnya cuba memprovokasi dengan berlari ke kawasan Kelantan sambil mengejek penyokong Kelantan beberapa kali sehingga berjaya ditangkap polis.


Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh pemain dan penyokong Kelantan dalam setiap ulasan langsungnya juga menimbulkan kemarahan dikalangan penonton Kelantan yang rata-rata tidak berpuashati dengan sikap pengulas ini. Sampai bila pengulas untuk terus bersikap demikian? berapa banyak info atau iklan nasihat dikeluarkan oleh pihak media bagi membantu menangani masalah penyokong liar ini? Sikap pengadil yang dilihat berat sebelah juga banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kelantan.


Namun ada juga penyokong Kelantan dari Kota Bharu tergamam dan terkejut dengan sikap penyokong Kelantan sendiri yang jauh berbeza dengan penyokong Kelantan di Kota Bharu yang lebih berdisplin seperti tidak bermain mercun dan sudah boleh mengawal emosi ketika hadir ke stadium. Insiden mencabut kerusi stadium, letupan mercun, pergaduhan kecil diluar stadium dan yang terburuk seupamanya telah kembali mencemar imej KAFA yang sentiasa berusaha mengurangkan insiden-insiden berlaku dari penyokong Kelantan. Ada penyokong Kelantan berpendapat mereka yang masih lagi bermain mercun dan menimbulkan kekecohan adalah golongan yang jarang ke stadium dan tidak mendapat info tentang perkembangan kesedaran penyokong Kelantan di Kota Bharu malah lebih menyakinkan pendapat ini apabila ada penyokong Selangor yang sanggup memotong jarinya memberi pendapat yang sama dan menganggap golongan yang sering ke stadium membawa masalah ialah golongan yang buta internet dan teknologi maklumat.


"Orang Kelantan ni kurang hiburan dan ada yang menganggap membelasah orang sebagai satu hiburan bagi mereka" keluh seorang penyokong Kelantan setelah melihat seorang remaja lembik dibelasah dan ada yang pecah cermin kereta akibat berlebihan menekan pedal minyak sehingga dianggap cuba memanaskan keadaan. Sikap ini mungkin sukar diubah dan memerlukan usaha seluruh penyokong untuk mengambil tanggungjawab bersama menasihati rakan-rakan yang terlalu emosional ini.


Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang telah berjaya membuktikan sokongan Kelantan lebih ramai di stadium Shah Alam sekaligus berjaya menundukkan keangkuhan penyokong Selangor yang sentiasa beranggapan sokongnya lebih ramai. Jangan lupa perlawanan sabtu ini menentang Kuala Lumpur juga penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Ayuh!! dari Shah Alam kita meramaikan stadium bolasepak Cheras pula. Ayuh teruskan gelora dan gelombang ombak merah putih di Kuala Lumpur pula.


GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA



Provokasi melampau- Gambar Abe yel


Sumber daripada: The Red Warriors



PENGURUSAN STADIUM SHAH ALAM KURANG CEKAP DALAM PEMBAHAGIAN TEMPAT DUDUK PENONTON..DISEBABKAN ITU ADA BEBERAPA INSIDEN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU..INI SEMUA SALAH PENGURUSAN STADIUM BUKAN PENONTON.. ADAKAH PATUT PENYOKONG KELANTAN YANG PADAT DIBERIKAN TEMPAT DUDUK BERBUMBUNG HANYA SUKU DARIPADA STADIUM SHAH ALAM, DAN SELEBIHNYA DUDUK DI TEMPAT YANG BASAH DENGAN HUJAN LEBATNYA PADA MALAM ITU, MANAKALA PENYOKONG SELANGOR DUDUK DI TEMPAT YANG SELESA..PENYOKONG KELANTAN JUGA BELI TIKET SAMA MACAM PENYOKONG SELANGOR, BUKANYA MAIN REMPUH MASUK JE DALAM STADIUM TAPI DIBERIKAN TEMPAT YANG BASAH.. DISEBABKAN ITU PENYOKONG KELANTAN TERPAKSA DUDUK DI TEMPAT PENYOKONG SELANGOR DAN BERMULALAH INSIDEN PROVOKASI YANG SENGAJA DICETUSKAN OLEH PENYOKONG SELANGOR..2 ORANG PENYOKONG SELANGOR DITANGKAP KERANA CUBA MENCETUSKAN KEMARAHAN PENYOKONG KELANTAN.. SEMUA INI TIDAK DITUNJUK OLEH MEDIA, MEREKA TAHU MEMBURUKKAN PENYOKONG KELANTAN TANPA DISELIDIK TERLEBIH DAHULU SIAPA YANG MEMULAKAN KEKECOHAN TERSEBUT..PERLAWANAN AKAN DATANG, DIHARAP PENGURUSAN STADIUM DAPAT MENGAMBIL LANGKAH YANG BIJAK DALAM MENANGGANI PEMBAHAGIAN TEMPAT DUDUK PENONTON SUPAYA TIDAK BERLAKU LAGI KEKECOHAN DI STADIUM..


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute