CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, February 28, 2010

ROYALTI: UNDANG-UNDANG BAWAH KETIAK UMNO/BN


UNDANG-UNDANG
IKUT KEPALA PEMIMPIN UMNO-BN


Memang dulu, kini dan selamanya apa yang dilakukan oleh Umno/BN mengikut undang-undang dan tidak pernah mereka melanggar undang-undang.

Tetapi undang-undang itu bukan undang-undang negara tetapi undang-undang mengikut kepala pemimpin Umno/BN. Apa yang mereka rasa baik mereka akan buat kerana mereka berkuasa melakukan apa sahaja. Sehingga orang lain tidak mahu menegur dan memperbetulkan apa yang batil.

Semua orang yang terlibat dengan undang-undang akan mencari jalan supaya tindakan yang mereka buat adalah mengikut undang-undang walaupun orang bodoh pun tahu ianya bercanggah dengan undang-undang.

Semalam pemimpin Umno sekali lagi mendakwa tindakan Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak adalah betul mengikut undang-undang.

Oleh itu Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, pendirian kerajaan dalam soal pemberian itu adalah jelas dan tetap akan memberikan peruntukan berkenaan. Sedangkan di dalam perjanjian petrolium dengan jelas menyebutnya royalti 5 % yang berhak diperolehi oleh kerajaan negeri.

Jika inilah sikap pemimpin pusat maka rakyat akan terus sangsi dan syak wasangkan tentang kejujuran kerajaan menggagaskan 1Malaysia yang antara lain mahukan rakyat bersatu padu walaupun berlainan ideologi perjuangan, agama, bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi tindakan kerajaan yang acapkali membelakangkan undang-undang menyebabkan negara luar semakin sangsi dengan sistem undang-undang dan kehakiman negara kita seperti yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Parlimen Australia baru-baru ini.

Sumber daripada: HARAKAH


Saturday, February 27, 2010

IKRAR AWANG GUNDIK....


APABILA GUNDIK NAJIB MERAPU....


AWANG ADEK IKRAR AGIH SECARA TELUS



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein (bawah) berikrar untuk melaksanakan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan sebaik mungkin dan memastikan pengagihan
secara telus.


Menurutnya, beliau juga akan memastikan wang berjumlah RM20 juta itu disalur kepada golongan yang berhak menerimanya.


"Saya menyambut baik pelantikan itu dan akan cuba menyelesaikan segera pengagihan wang ehsan dengan setelusnya supaya tiada lagi isu yang berbangkit.



"Kita akan mengumpul dan memanggil semua anggota jawatankuasa dalam masa terdekat ini untuk mengagihkan dan menjalankan tugas masing-masing. Kita mahu rakyat mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mereka tidak akan bising lagi selepas ini," katanya ketika dihubungi

Thursday, February 25, 2010

PEMAIN KELANTAN KE MEKAH


KELANTAN TUNAI JANJI BAWA RED WARRIORS UMRAH OGOS INI


KOTA BHARU, 25 Feb: Seramai 40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau ‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.
Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.

“Walaupun kita telah menghantar surat tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.
“Mungkin waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.Tahun lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.

Abdul Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di negeri ini.

APA NAK JADI DENGAN POLIS KITA......



AZMIN PERNAH DIUGUT POLIS SUPAYA
MENGAKU DILIWAT ANWAR

MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.


“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.


Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.


Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.


Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.


“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.


Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.


“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.


“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.


Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.


Sumber daripada: HARAKAH



KIJANG: POLIS DAH PANDAI UGUT ORANG SEKARANG NI.. ORANG TAK BUAT SALAH SURUH MENGAKU SALAH, ISSSSSSSH APA NAK JADI DENGAN POLIS KITA SEKARANG NI?

Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Bahagian Akhir:


Karamah: Antara Wali Allah dan wali Syaitan
Nukilan : Wared Imanuddin Saifullah


Syubhat dan Bantahannya

Ada beberapa kelompok yang mengingkari adanya Karomah. Mereka berdalilkan dengan syubhat-syubhat yang dilandasi dengan akal mereka yang rendah. Mereka mengatakan: ”Bahawa terjadinya Karamah itu hanya merupakan perkara yang akan menjadikan kesamaran antara nabi dengan para wali dan antara wali dengan Dajjal.”


Bantahan syubhat ini (secara ringkas) adalah:


Pertama: kita yakin dengan keyakinan yang penuh bahawa Karamah itu benar-benar ada berdasarkan dalil baik dari Al Qur’an mahupun As Sunnah dan kenyataan yang ada.


Kedua: ucapan mereka bahawa Karamah dapat menjadikan kesamaran antara wali dengan seorang Nabi, justeru tidaklah demikian kerana wali sama sekali tidak berkaitan dengan kenabian, dan apa yang terjadi dari Karomah itu kerana kuatnya keimanan dan ketakwaan dia kepada Allah Ta’ala dan disebabkan wara’nya.


Sedangkan kesamaan antara wali dengan Dajjal, maka sungguh dapat dilihat daripada kehidupan seseorang yang terjadi padanya keluarbiasaan itu. Kemudian dilihat daripada keadaan orang ini apakah dia seorang yang shalih atau seorang yang fasiq. Demikianlah timbangan yang benar didalam menghukumi seseorang yang terjadi padanya perkara-perkara yang di luar kebiasaan manusia.


Kelompok-kelompok Manusia di Dalam Menilai Masalah Karamah


Pertama: Orang-orang yang mengingkari adanya Karamah iaitu daripada kelompok ahli bid’ah seperti Mu’tazilah, Jahmiyyah, dan sebahagian daripada Asy’ariyah. Dengan alasan yang telah disebutkan diatas.


Kedua: Orang-orang yang bersikap ghuluw (berlebih-lebihan) dalam menetapkan Karamah iaitu daripada kalangan orang-orang “Sufi” dan para “Penyembah kubur”, yang menganggap segala keluarbiasaan itu sebagai Karamah, tanpa memperhatikan keadaan pelakunya atau pemiliknya.


Ketiga: Orang-orang yang mengimani serta membenarkan adanya Karamah dan mereka tetapkan Karamah tersebut sebagaimana yang terdapat dalam Al Quran dan As Sunnah. Mereka itu adalah Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
(Lihat syarah Al Aqidah Al Wasithiyah oleh As Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan hal: 207-208)


Wallahu A’lam bis Shawab.



(Dikutip dari Buletin Islam Al Ilmu Edisi 13/II/1425, diterbitkan Yayasan As Salafy Jember. Judul asli " Hakekat Karomah". Penulis Amin Albarabisy)

-TAMAT-

REHATKAN MINDA

Saja nak bagi anda rehatkan minda kejab,
Tengok lawak Pak Arab....



Wednesday, February 24, 2010

SAPO NOK TENGOK FILEM PERCUMA MARI KELATE..

KELANTAN KAJI TAYANG FILEM PERCUMA


KOTA BHARU, 24 Feb: Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang menayangkan filem-filem secara percuma yang memberi mesej pengajaran dan dakwah kepada rakyat.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, perkara itu masih dalam kajian kerajaan sebelum ia dilaksanakan.


“Kita menjangka dapat menayangkan setiap dua hingga tiga bulan sekali filem-filem yang membawa mesej baik untuk rakyat.


“Apa yang penting filem yang ditayang itu tidak bercanggah dengan Enakmen Kawalan Hiburan 1998,” katanya.


Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menayangkan filem dari Iran yang diarahkan Majid Majidi bertajuk Children Of Heaven.


Filem tersebut memenangi festival filem peringkat dunia yang memaparkan kisah menarik untuk tontotan masyarakat.


Pada 14 Februari lalu, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasikan daripada novel Ustaz Habiburahman El-Shirazy juga dipertontonkan kepada orang ramai.


“Kami mendapat maklmum balas daripada orang ramai selepas tayangan pertama yang begitu positif sekali. Ini menyebabkan tayangan kedua diadakan,” ujar Ahmad Baihaki.

ROYALTI: KERAJAAN PUSAT PUTAR BELIT

ROYALTI MINYAK RM2 BILION, BUKAN RM20 JUTA


KOTA BHARU, 23 Feb:
Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.


“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.


“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.


”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.


Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.


Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.


Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Bahagian Ketiga:


Karamah: Antara Wali Allah dan wali Syaitan
Nukilan : Wared Imanuddin Saifullah


Perbezaan Antara Karomah Dan Perbuatan Syaitan


• Ada sesuatu yang bukan mu’jizat dan juga bukan Karomah, ia adalah “Al Ahwal As Syaithoniyyah” (perbuatan syaitan). Inilah yang banyak menipu kaum muslimin, dengan anggapan bahawa ia adalah Karamah, padahal ia tidak ada kaitan dengan Karamah, kerana:


• Karomah datangnya dari Allah Ta’ala sedangkan ia jelas datangnya daripada syaitan. Sebagaimana yang terjadi kepada Musailamah Al Kadzdzab dan Al Aswad Al Ansyi (Dua orang pendusta di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam yang mengaku menjadi nabi) dan menyampaikan perkara-perkara yang ghaib, ini jelas merupakan perbuatan syaitan.


• Demikian pula Karamah para wali disebabkan kerana kuatnya keimanan dan ketaatan mereka kepada Allah Ta’ala. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: ”Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala maka ia pun menjadi wali Allah Ta’ala”. Sedangkan perbuatan syaitan ini adalah kerana kufurnya mereka kepada Allah Ta’ala dengan melakukan kesyirikan-kesyirikan serta kemaksiatan kepada Allah Ta’ala, dan syarat-syarat tertentu yang harus ia lakukan.


• Karamah merupakan suatu pemberian dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang shalih dengan tanpa susah payah darinya, berbeza dengan perbuatan syaitan, maka ini terjadi dengan susah payah setelah sebelumnya dia berbuat syirik kepada Allah Ta’ala.


• Karamah para wali tidak boleh disanggah atau dibatalkan dengan sesuatupun. Berbeza dengan perbuatan syaitan yang dapat dibatalkan dengan menyebut nama-nama Allah Ta’ala atau dibacakan ayat kursi atau yang semisalnya dari ayat-ayat Al Qur’an. Bahkan Syaikhul Islam menyebutkan bahawa ada seseorang yang terbang di atas udara kemudian datang seseorang dari Salafushshalih lalu dibacakan ayat kursi kepadanya maka seketika itu dia jatuh dan mati.


• Karamah itu tidaklah menjadikan seseorang sombong dan merasa bangga diri, justeru dengan adanya Karamah ini menjadikannya semakin bertaqwa kepada Allah dan semakin mensyukuri nikmat Allah Ta’ala. Adapun perbuatan syaitan boleh menjadikan seseorang bangga diri atau sombong dengan kemampuan yang dia miliki serta angkuh terhadap Allah Ta’ala, sehingga jelaslah bagi kita akan hakikat Karomah dan perbuatan syaitan.

Tunggu sambunganya esok..Insyaallah

Tuesday, February 23, 2010

PEMUDA UMNO KECUT PERUT


macam ni kah pemuda UMNO yang ingin berdebat...


KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.


Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.


"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.


"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.


Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.


Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

Monday, February 22, 2010

Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Bahagian Kedua:


Karamah: Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Nukilan : Wared Imanuddin Saifullah


Apakah wali Allah itu memiliki sifat-sifat tertentu?



Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan bahawa wali-wali Allah itu tidak memiliki sesuatu yang membezakan mereka dengan manusia lainnya daripada perkara-perkara zahir yang dijumpai sebagai ahli Al Qur’an, ilmu agama, jihad, pedagang,dan lain-lain.
(Majmu’ Fatawa 11/194)


Apakah wali Allah itu harus memiliki karamah? Lebih utama manakah antara wali yang memilikinya dengan yang tidak?


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan bahawa tidak setiap wali itu harus memiliki karamah. Bahkan, wali Allah yang tidak memiliki karamah boleh jadi lebih utama daripada yang memilikinya. Oleh kerana itu, karamah yang terjadi di kalangan para Tabi’in itu lebih banyak daripada di kalangan para Sahabat, padahal para Sahabat lebih tinggi darjatnya daripada para Tabi’in.
(Majmu’ Fatawa 11/283)


Apakah setiap yang di luar kebiasaan dinamakan dengan ‘Karamah’?


Asy Syaikh Abdul Aziz bin Nashir Ar Rasyid rahimahullah memberi kesimpulan bahawa sesuatu yang di luar kebiasaan itu ada tiga jenis:
• Mu’jizat yang terjadi pada para Rasul dan Nabi
• Karamah yang terjadi pada para wali Allah
• Tipu-daya syaitan yang terjadi pada wali-wali syaitan (At Tanbihaatus Saniyyah hal. 312-313).


Sedangkan untuk mengetahui apakah itu karamah atau tipu daya syaitan tentu saja dengan kita mengenali sejauh mana keimanan dan ketakwaan orang-orang yang mendapatkannya (wali) tersebut. Al Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata: “Apabila kalian melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka janganlah mempercayainya dan tertipu dengannya sehingga kalian mengetahui bagaimana dia dalam mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam.”
(A’lamus Sunnah Al Manshurah hal. 193)


Beberapa contoh Karamah

1. Allah Ta’ala berfirman (ertinya):
Maka ia (Maryam Yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya Dengan penerimaan Yang baik, dan dibesarkannya Dengan didikan Yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan Yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak dikira".
(al-Imran:37)


Asy Syaikh Abdurrahman As Sa’di berkata:
“Ayat ini merupakan dalil akan pentapan Karamah para wali yang keluar daripada kebiasaan manusia, sebagaimana yang telah mutawatir daripada hadits-hadits tentang permasalahan ini. Berbeza dengan orang-orang yang tidak meyakini tentang adanya Karamah ini.”
(Taisir Karimur Rahman)


2. Apa yang terjadi kepada “Ashhabul Kahfi” (penghuni gua). Suatu kisah agung yang terdapat di dalam surat Al Kahfi. Allah berfirman :

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan pada mereka petunjuk.”
(Al Kahfi: 13).

Mereka ini (Ashabul Kahfi) sebelumnya hidup di tengah-tengah masyarakat yang kafir (dengan pemerintahan yang kafir) lalu mereka lari dari masyarakat itu. Di dalam rangka menyelamatkan agama mereka, kemudian Allah melindungi mereka di dalam Al Kahfi (gua yang luas yang berada di gunung).
Tatkala Allah Ta’ala telah selamatkan mereka di dalam gua tersebut, lalu Allah tidurkan mereka dalam waktu yang sangat panjang, disebutkan dalam ayat (ertinya):
“Mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).”
(Al Kahfi:25).


3. Di antara Karamah para wali yang disebutkan dalam Al Qur’an adalah apa yang terjadi pada Dzul Qarnain yaitu seorang raja yang shalih yang Allah nyatakan (ertinya): “Sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepadanya di muka bumi dan kami telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai segala sesuatu”.
(Al Kahfi :84)


4. Di antara Karamah para wali juga apa yang terjadi kepada kedua orang tua seorang anak yang dibunuh oleh nabi Khidhir yang ketika itu nabi Musa AS mengatakan: ”Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih padahal dia tidak membunuh orang lain?“, yang kemudian Khidhir menjawabnya: “Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang yang mukmin dan kami khuatir bahawa dia akan menariknya kepada kesesatan dan kekafiran.”
(Al Kahfi:74)


5. Apa yang telah diriwayatkan secara mutawatir tentang berita Salafus Shalih daripada para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Tabi’in, Tabiut Tabi’in dan generasi setelah mereka tentang perkara Karamah yang terjadi pada diri mereka.

Tunggu sambunganya esok..Insyaallah

Sunday, February 21, 2010

Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Bahagian Pertama:


Karamah: Antara Wali Allah dan wali Syaitan

Nukilan : Wared Imanuddin Saifullah



Definisi Karamah

Di antara keyakinan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah meyakini adanya Karamah dan ia datang dari sisi Allah Ta’ala. Tahukah, apa yang dimaksudkan dengan Karamah?


Karamah adalah kejadian di luar kebiasaan (tabiat manusia) yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba tanpa disertai pengakuan (pemiliknya) sebagai seorang nabi, tidak memiliki pendahuluan tertentu berupa doa, bacaan, ataupun dzikir khusus, yang terjadi pada seorang hamba yang shalih, baik dia mengetahui terjadinya (karamah tersebut) ataupun tidak, di dalam rangka mengukuhkan hamba tersebut dan agamanya.
(Syarhu Ushulil I’tiqad 9/15 dan Syarhu Al Aqidah Al Wasithiyah 2/298 karya Asy Syaikh Ibnu Utsaimin)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Dan termasuk daripada prinsip Ahlus Sunnah wal Jama’ah menyakini wujudnya Karamah para wali dan apa-apa yang Allah perbuat dari keluarbiasaan melalui tangan-tangan mereka baik yang berkaitan dengan ilmu, mukasyafat (mengetahui hal-hal yang tersembunyi), bermacam-macam keluarbiasaan (kemampuan) atau pengaruh-pengaruh.” (Syarah Aqidah Al Wasithiyah hal.207).


Karamah ini tetap ada sehingga akhir zaman dan terjadi pada umat ini lebih banyak daripada umat-umat sebelumnya, yang demikian itu menunjukan keredhaan Allah Ta’ala terhadap hamba-Nya dan sebagai pertolongan baginya di dalam urusan dunianya atau agamanya. Namun, ia bukan bererti Allah Ta’ala benci terhadap orang-orang yang tidak kelihatan karomah padanya.
Perkara “Karamah” ini telah tsabit (tetap) secara nash baik dalam Al Qur’an maupun Sunnah bahkan juga secara kenyataan.


Kepada siapakah Karamah ini diberikan?

Karamah ini Allah Ta’ala berikan kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman serta bertaqwa kepada-Nya, yang disebut dengan wali Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman ketika menyebutkan tentang sifat-sifat wali-wali-Nya :
“Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati, iaitu orang-orang yang beriman dan mereka senantiasa bertaqwa”.
(Yunus: 62-63).


Di dalam ayat ini Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang keadaan wali-wali-Nya dan sifat-sifat mereka, iaitu: “Orang-orang yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya dan hari akhir serta beriman dengan takdir yang baik mahupun yang buruk.”


Kemudian mereka merealisasikan keimanan mereka dengan melakukan ketakwaan dengan cara melakukan segala perintah Allah Ta’ala dan meninggalkan segala larangan-Nya.
(Taisir Karimir Rahman karya As Sa’di hal, 368)

Tunggu sambunganya esok..Insyaallah

Saturday, February 20, 2010

KIJANG REBAH DI KANDANG SENDIRI

KIJANG REBAH DI KANDANG SENDIRI, KENARI TERBANG PULANG DENGAN GEMBIRA










KELANTAN 1 KEDAH1



KEDAH AKHIRNYA MARA KE PERLAWANAN SETERUSNYA. JARINGAN DI TEMPAT LAWAN MEMBOLEHKAN KENARI TERBANG UNTUK PERLAWANAN SETERUSNYA.. TAHNIAH KEPADA PASUKAN KEDAH KERANA MARA KE PERLAWANAN SETERUSNYA..


KELANTAN LAWAN KEDAH MALAM INI..












KELANTAN LWN KEDAH

STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4

KOTA BHARU KELANTAN


PERLAWANAN KELANTAN LAWAN KEDAH MALAM INI DISIARKAN LIVE DI TVI JAM 8.45 MALAM


GOMO KELATE GOMO


PAKAT GI BELAKO PENUH STADIUM. PADA HARI SELASA LEPAS KELANTAN HANYA SERI DGN KEDAH 0-0 BERMAIN DI TEMPAT LAWAN DI STADIUM ALOR STAR KEDAH.. MALAM INI ADALAH PERLAWANAN KE DUA BAGI KELANTAN DALAM PIALA FA MENENTANG KEDAH DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4. THE RED WARRIORS AKAN BERDEPAN DENGAN TUGAS YANG AMAT BERAT, KERANA DENGAN KEMENANGAN SAHAJA MELAYAKKAN KELANTAN KE PUSINGAN SETERUSNYA.. KITA HARAP PEMAIN KELANTAN AKAN TURUN BERAKSI DENGAN LEBIH SEMANGAT DAN TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PENYOKONG SETIA MEREKA...GOMO KELATE GOMO...

Friday, February 19, 2010

VIDEO TUAN GURU HJ HADI SELAMATKAN ORANG LEMAS

MARANG, 18 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari Kampung Pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas 14 Februari lepas.


Seorang jurukamera amatur telah merakamkan video ini dan disiarkan dalam laman web www.buletinonline.com.

Sumber daripada: Harakah




Thursday, February 18, 2010

KELANTAN LWN KEDAH PIALA FA SABTU INI..

PENUHI STADIUM SULTAN MOHAMMAD KE-IV SABTU INI


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menghantar mesej cemas kepada penyokongnya, semalam menuntut mereka membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Sabtu ini menyemarak semangat pemain ketika berdepan saingan penentuan menentang Kedah dalam perlawanan kedua, pusingan kedua Piala FA.

Wednesday, February 17, 2010

KELEBIHAN AYAT KURSI


Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Friday, February 12, 2010

RAKYAT KELANTAN TOLAK WANG IHSAN



80.8% RAKYAT KELANTAN TOLAK WANG IHSAN

KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Thursday, February 11, 2010

UMNO TIDAK FAHAM MAKSUD TOK GURU

RAMAI TIDAK FAHAM MAKSUD PERBINCANGAN PAS DENGAN UMNO



















KOTA BHARU, 11 Feb:
Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, akibat salah faham tersebut menyebabkan mereka mengulas di luar konteks sebenar sehingga terpesong jauh.


“Cadangan Menteri Besar Kelantan sebelum ini mahu mengadakan perbincangan dengan Umno berkaitan agama seperti PAS berdialog dengan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu.


“Maka tidak salah jika PAS turut berdialog dengan Umno atas dasar agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wednesday, February 10, 2010

BLOGGER HINA TOK GURU SERAH DIRI

JEFFRY MENATE CELAKO SERAH DIRI


JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.


Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

AWAS!! BLOG KIJANG TELAH DIGODAM


BLOG KIJANG TELAH DI CEROBOH... TAPI LUCU JUGA.. BACA DULU GAPO DIO TULIS DALAM SHOUTMIX KIJANG...

nuri: salam ziarah

na'im nikmat: ya akhi,ana nak umno,sebab Nizar tak jadi MB,BIASALAH POLITIK NI
na'im nikmat: HIDUP UMNO,
na'im nikmat: BYE NIZAR,JUMPA PRU13

IP SAMA, NAMA LAIN..SATU NAMA NAIM DAN SATU LAGI NURI LIHAT GAMBAR DI BAWAH;

UMNO KHIANAT AMANAH RAKYAT PERAK

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Tuesday, February 9, 2010

ZAMBRY LANUN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH




Mahkamah Persekutuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah


PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

JANJI NIZAR KEPADA RAKYAT


BUBAR DUN PERAK - NIZAR

Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.


Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.

Monday, February 8, 2010

BASO MENATE CELAKO!!!

JEFFRY MENATE CELAKO

KALI INI BAHASA YANG AKU GUNA KASAR SEDIKIT, BUKANYA APA AKU MEMANG TIDAK BOLEH TAHAN TENGOK ORANG YANG MENGHINA TOK GURU KAMI..BILA BUKA BLOG SI JEFFRY MENATE CELAKO NI, RASA NAK MARAH JUGA APABILA LIHAT GAMBAR PEMIMPIN KITA YANG KITA HORMATI, TOK GURU YANG GAMBARNYA DIAIBKAN DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..

SIAPA TENGOK BLOG NI MEMANG NAK MARAHLAH LIHAT GAMBAR TOK GURU DIBUAT MACAM NI. ORANG YANG BUAT NI KALAU PANGGIL MANUSIA TIDAK ADA GUNA SEBAB DIA TIDAK BERFIKIR DENGAN BETUL. ALLAH BAGI AKAL DEKAT MANUSIA SUPAYA BERFIKIR YANG MANA BURUK DAN YANG MANA BAIK..KALAU MACAM NI PERBUATAN JEFFRY BODOH NI LANGSUNG TIDAK BERCIRIKAN SEORANG MANUSIA..MENATE JEFFRY CELAKO HOK MOLEK DI PANGGIL..

Sunday, February 7, 2010

ASAL USUL API DI DUNIA..


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Saturday, February 6, 2010

ROYALTI: KU LI SEDIH

KU LI SEDIH AMANAH TUN ABDUL RAZAK DILUPAKAN


KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

Friday, February 5, 2010

AKIBAT MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH....



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Sakit jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

MESEJ KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA



Sempena Majlis Merai Ketua-Ketua Agama,12 Safar 1431 bersamaan 28 Januari 2010

Bismillahhir Rahmanir-Rahim, firman Allah yang bermaksud,

Rasul (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhan, demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya (mereka mengatakan), “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya”, dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa), “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kembali.

(Surah Al-Baqarah ayat 285 )

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan perkenan daripada Allah S.W.T jua, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim, mengambil langkah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari yang serba sederhana, pada hari yang sangat bersejarah ini.

Sesungguhnya budaya mengadakan jamuan makan minum, telah menjadi satu tabiat semulajadi manusia sejak zaman berzaman. Khasnya bila dapat nikmat Allah seperti dapat anak, dapat menantu, kerana menyambut hari raya dan hari-hari kesukaan yang tertentu. Seperti kesukaan dihari ini.

Hari ini Kerajaan Kelantan mengadakan jamuan, bertujuan untuk bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana tiada sebarang perselisihan faham di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di Kelantan. Selaras dengan agama Islam sendiri yang sememangnya adalah agama perdamaian, agama ketenangan dan agama kesejahteraan.

Thursday, February 4, 2010

PESURUHJAYA TINGGI GHANA KAGUMI TOK GURU












KOTA BHARU, 4 Feb:
Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.

Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.

“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.

“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.

“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.

Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.

Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.

Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai.

“Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.

“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.

Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak.

Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.

Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.

Sumber daripada; Harakah


ROYALTI; RAKYAT DIGESA KIBARKAN BENDERA


KOTA BHARU, 4 Feb: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) menggesa seluruh rakyat negeri ini dan di mana sahaja mengibarkan bendera Kelantan sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti.

Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan berkata, ianya juga sebagai komitmen dan keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada hak rakyat negeri itu.

"Gegar merayu dan memohon seluruh rakyat dan anak Kelantan di mana sekalipun mereka berada untuk Mengibarkan bendera negeri Kelantan di kereta, premis kediaman dan tempat yang sesuai sebagai tanda sokongan kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia di mana Kelantan adalah salah sebuah negeri yang mendokong Persekutuan," kata mereka.

Selain itu Gegar juga mahu rakyat terus memberi sokongan terhadap sebarang usaha memberi kesedaran rakyat dan meningkatkan perasaan bertanggungjawab untuk menyumbang dan membantu bagi memajukan Kelantan sebagai negeri yang aman, sejahtera dan maju dalam ekonomi, sosial dan politik.

Mereka juga kesal dengan kenyataan berterusan Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussein selaku anak kelantan yang menidakkan pemberian wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Bagi mereka, semua pihak perlu menghormati penjelasan Pengerusi PETRONAS Pertama, Tengku Razaleigh Hamzah yang terbabit secara langsung dalam perjanjian tahun 1975.

"GEGAR menganggap kecaman dan sindiran pihak tertentu terhadap YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah adalah amat tidak wajar kerana majlis tersebut adalah majlis penjelasan sebenar kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu mereka mengajak semua pemimpin dan penggerak politik tanpa mengira parti, pemimpin masyarakat, ulama dan cendekiawan, sasterawan, budayawan, pentadbir, petani, peniaga, peraih serta seluruh warga masyarakat untuk menuntut dan mempertahankan hak royalti minyak dan masa depan seluruh rakyat dan negeri Kelantan demi kebaikan rakyat dan generasi.

Sumber daripada; Harakah


Wednesday, February 3, 2010

ROYALTI: SIAPA YANG BODOH?

SIAPA BODOH DISEBALIK ISU ROYALTI


KOTA BHARU, 3 Feb: Siapa yang diperbodoh atau menjadi bodoh dalam isu tuntutan royalti minyak di Kelantan sama ada mereka yang mengikut lunas undang-undang atau kumpulan melanggar peraturan.

Ini kesimpulan mudah bagi menjelaskan pendirian pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah apabila diperlekehkan pemimpin Umno setelah menjelaskan perkara sebenar di sebalik Akta Kemajuan Petroleum 1974.


Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pemuda dan wanita Umno hendaklah menjelaskan siapa sebenarnya yang menjadi bodoh apabila menjelaskan perkara sebenar di sebalik undang-undang.


“Kemukakan bukti kalau betul kenyataan Ku Li di stadium baru-baru ini hanya untuk memperbodohkan rakyat.


“Jangan hanya mudah melatah sehingga mahu mendesak Ku Li letak jawatan, sedangkan apa yang diperkatakan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di sini.


Sebelum ini Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian mendesak Ku Li melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen BN ekoran berceramah isu royalti di Stadium Sultan Mohamad IV.


Anuar menyifatkan Ku Li memperbodohkan rakyat Kelantan kerana menjelas mengenai royalti minyak yang dituntut kerajaan negeri.


Selain itu Wanita dan Pemuda Umno Gua Musang juga dilaporkan kecewa dengan tindakan Ku Li menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik tuntutan royalti.


Abdul Latif mencabar pemimpin Umno mengambil tindakan ke atas Ku Li kerana sanggup memperkatakan perkara sebenar dalam isu tuntutan royalti.


“Menghukum perbuatan yang baik bukan sahaja manusia yang marah, bahkan Tuhan sendiri akan melaknati perbuatan begitu,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Latif juga memberitahu Pemuda PAS tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Umno yang mahu menukar royalti menjadi wang ihsan.


Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu wang ihsan sebanyak RM20 juta akan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan pada Mac depan.

Sumber daripada; Harakah

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute