CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, March 22, 2010

1MALAYSIA HANCUR..



SLOGAN 1MALAYSIA DIPERGUNAKAN UMNO/BN UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA.. 1MALAYSIA RAKYAT DITINDAS RASUAH DIUTAMAKAN.. BN MENUJU KE ARAH PERPECAHAN?

APA GUNA 1MALAYSIA SEDANGKAN

BN MENUJU KEHANCURAN


KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.


Menurutnya lagi, MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini hampir terbenam ekoran sikap kepimpinannya sendiri yang rakus serta ego.


"Kalau mahu membina Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, kita harus ada kekuatan dalaman terutama parti yang menjadi teras BN. MCA, Gerakan, MIC dan Umno telah hilang kewibawaan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kerana rakyat tidak lagi menaruh harapan terhadap parti itu," tegasnya ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Terbuka Hock Teik, Jalan Satu di sini, petang semalam.


Baginya, BN umpama sebuah kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora.


“Bila karam semuanya rosak termasuk enjin serta anak kapal," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pulau Pinang dengan kerjasama DAP Kepala Batas.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri resah dengan perkembangan politik kerabat BN terutamanya MCA yang dilihat makin kurang sokongan.
Sampai kini, MCA gagal mencari kepimpinan yang boleh menyelamatkan maruah parti tertua Cina itu.


"Rakyat terdiri daripada masyarakat Cina usah lagi bergantung harap pada MCA sebaliknya kena berani membuat perubahan dan memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah negeri," kata beliau.


Sementara itu, wakil masyarakat Cina Kepala Batas, Lai Hock Peng berharap iklim politik sekarang masih menyebelahi Pakatan Rakyat, tambahan lagi Parlimen Kepala Batas ditandingi orang baru, bukan lagi Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Katanya, pasti PAS yang bertanding berpeluang kali ini kerana lazimnya orang baru sebagai calon BN akan menghadapi masalah perebutan.


"Saya yakin bila PAS bertanding kelak pada pilihanraya umum ke-13 nanti, Pakatan Rakyat akan menang kerana dulu ia hanya bergantung pada nama Tun Abdullah yang terkenal dengan cucu tok guru," jelasnya.


Sumber daripada: HARAKAH

Monday, March 15, 2010

ANWAR KETUA PEMBANGKANG, PM



DAP, PAS SEPAKAT ANWAR

KETUA PEMBANGKANG, PM


KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PAS mengulangi pendirian tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen biarpun kerusi PKR kini hanya 26 iaitu kurang dua kerusi berbanding DAP (28).


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pihaknya langsung tiada keraguan untuk Anwar kekal menerajui pembangkang di Parlimen.


"Tidak ada apa-apa keraguan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kerusi PKR sekarang 26, DAP (28) dan PAS (23).


"Kami DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.


Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Anwar bukan sahaja diterima Pakatan rakyat sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai calon perdana menteri Malaysia.


"Kita Pakatan Rakyat bukan sahaja menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang malah Perdana Menteri Malaysia.


"Bukan baru sekarang, tapi sejak zaman (allahyarham) Datuk Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) lagi sewaktu dalam Barisan Alternatif," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


PKR sebelum ini mempunyai 31 ahli parlimen namun empat daripada mereka bertindak keluar parti manakala seorang telah dipecat manakala PAS pula masih kekal dengan 23 kerusi.


Hari ini merupakan istiadat perasmian pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan bermula esok sehingga 15 April ini.


Sumber daripada: HARAKAH

KETUA PEMUDA PENYOKONG PAS MATI DITEMBAK

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.


Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.


Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat.


Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.


Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.


Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.


Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.


Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.


Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.



"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu
kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.


Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu.


Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.


Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.


Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu.


Sumber daripada: HARAKAH

Friday, March 12, 2010

APA POLIS BUAT DI PEJABAT DATUK SERI ANWAR

POLIS "LAWAT" ANWAR DI PEJABAT PKR



Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.


Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.


Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu.


Siri ceramah itu diadakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR ketika Anwar berhadapan dengan perbicaraan kes liwat keduanya.


Pada siasatan polis hari ini, Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.



Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.


Selepas selesai merakamkan kenyataannya, Anwar berkata empat laporan polis dibuat ke atasnya berhubung ucapannya di beberapa ceramah sepanjang tempoh sambutan tahun baru Cina.


Anwar berkata siasatan mengikut Seksyen 112 Akta Polis itu dijalankan atas dakwaan fitnah, hasutan dan mengadakan perhimpunan haram.



"Tiga laporan polis daripada polis sendiri dan satu daripada orang awam," kata Anwar.


Siasatan polis adalah berdasarkan ucapan Anwar yang menyentuh tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian kontroversi dua kapal selam, skandal dua pesawat pejuang yang kehilangan enjin serta perbicaraan kes liwatnya.


"(Dalam majlis berkenaan) sememangnya kita ada menyebut mengenai pembunuhan Altantuya, kita sebut mengenai komisyen dan rasuah dalam pembelian kapal selam," katanya. Tiga daripada program berkenaan merupakan acara sambutan Tahun Baru Cina dan juga satu ceramah anjuran DAP.



Ucapan itu dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang - Kepala Batas di Seberang Jaya, Batu Maung di Bayan Baru, Kampung Padang Tembak di Bukit Bendera dan Kubang Semang di Permatang Pauh.


Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno lain menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang.


"Kami bantah sekeras-kerasnya siasatan ini. "Semua program ini kita jalankan dengan permit (polis). "(Saya seru) polis supaya jangan diperalatkan ahli politik dan beri tumpuan (membanteras) jenayah.



Ketika ditanya, Anwar berkata beliau tidak mengetahui dengan pasti mengapa polis mengambil tindakan ke atas program di Pulau Pinang sahaja. "Saya percaya ini disebabkan mereka mahu tunjukkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu anti Melayu dan Islam," katanya. Tambahnya, setakat ini 15 ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat telah disiasat polis atas perkara yang sama.

SUMBER

SEKOLAH AGAMA DI KELANTAN MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM

SPM: 2 PELAJAR MAAHAD
MUHAMMADI DAPAT 15A



TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENCATAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM.. PADA TAHUN INI, SEKOLAH AGAMA MAAHAD MUHAMMADI SEKALI LAGI MENCIPTA SEJARAH APABILA MENGUNGGULI PENCAPAIAN DALAM PEPERIKSAAN SPM 2009.. TAHNIAH KIJANG UCAPKAN KEPADA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG.. TIDAK LUPA JUGA, KIJANG INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANAK SAHABAT KITA AYID (MANJADA WAJADA) YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM..


KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.


Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.


Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).


Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.


Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.


Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.


Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.


Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).


Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.


Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).


Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.


“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.


“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.


Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.


Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.


Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.


“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.


Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

SUMBER

Wednesday, March 10, 2010

FILEM TOK GURU BAKAL DITERBITKAN

FILEM TOK GURU

1. 8.Mac 2010 ini saya telah di jemput oleh Pejabat Menteri Besar KelantanYB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


2. Pertemuan itu berpunca dari satu proposal filem yang telah saya hantar dua bulan lepas melalui Jurey Rosli pengarah/penerbit (Mind Evolution Sdn Bhd) yang juga adalah Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PPTVM).


3. Jurey Rosli pernah menyatakan pada saya keinginannya melahirkan sebuah filem Islam yang mempunyai tema universal. Dia meminta saya menghasilkan satu cerita yang boleh diangkat ke peringkat antarabangsa.


Gambar Lama Pelajar Pondok di Kelantan.


4. Tapi Jurey Rosli telah memberikan tajuknya terlebih dahulu pada saya iaitu TOK GURU.Terpulanglah pada saya bagaimana untuk menghasilkan story linenya. Dia mahu YB Tok Guru Nik Aziz memberi sokongan ke atas cadangan penerbitan filem ini.


5. Saya telah menghasilkan sebuah cerita seperti yang diharapkan oleh Jurey Rosli tersebut. TOK GURU pada saya adalah sebuah cerita epik yang berlatarkan zaman pada tahun 50 an ketika Malaya belum lagi mencapai kemerdekaannya dari British. Zaman itu juga adalah zaman di mana masyarakat melayu sedang menentang usaha British memperkenal dan melaksanakan Malayan Union di Malaya.

Penentangan masyarakat melayu terhadap Malayan Union


6. Synopsis – kisah seorang TOK GURU pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. TOK GURU di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. TOK GURU mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok TOK GURU. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan TOK GURU menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan.


Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok TOK GURU ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid TOK GURU untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.


TOK GURU bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. TOK GURU sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. TOK GURU mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union..


Victoria Institution di Kuala Lumpur.


7. Dapatkah TOK GURU menyatu dan menyakinkan tok guru-tok guru di pondok lain yang selama ini yang begitu skeptical terhadapnya?


8. Dapatkah para pelajar pondok yang hanya berkain pelekat,berkaki ayam dan tidak berpengalaman ini mengalahkan pasukan bolasepak VI yang lengkap berpakaian seragam sebagai satu team bola?


9. Saya belum mahu mendedahkan ending ceritanya di sini dan konflik-konflik sub plot yang lain.


10. Menurut kata Jurey Rosli, YB Tok Guru Nik Aziz begitu tertarik dengan story line filem ini apatah lagi hampir 90% lokasinya nanti akan dibuat di negeri Kelantan. Kerana itu YB Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menetapkan 8.Mac 2010 ini untuk bertemu saya dan Jurey Rosli.


11. Saya akan menulis lagi perkembangan mengenai cadangan menerbitkan filem ini selepas kembali dari menemui YB Tok Guru Nik Aziz nanti.


12. Doakan saya agar Allah permudahkan usaha menerbitkan filem Islam ini.

Sumber daripada: http://www.husammusa.com/


PENDUDUK GEMPAR PESAWAT TERHEMPAS



PENDUDUK GEMPAR PESAWAT
KECIL TERHEMPAS

BACHOK - Penerbangan sulung seorang pelatih juruterbang, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Mohamad Kamal hampir meragut nyawanya apabila pesawat ringan yang dikendalikan terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Tualang Salak, Jelawat di sini semalam.


PESAWAT ringan jenis Eagle 150B remuk setelah terhempas di
Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok semalam.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.40 petang ketika Tuan Ahmad Humaizi bersama Kapten M. Ramesh melakukan latihan penerbangan dengan menggunakan pesawat dua tempat duduk jenis Eagle 150B.


Kedua-dua mangsa berusia 29 tahun.Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan, Yahya Salleh berkata, pelatih itu yang pertama kali mengikuti latihan penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 3.30 petang.


Sumber daripada: Kosmo

AJK PAS PUSAT DITANGKAP POLIS

TAK HABIS-HABIS CERITA PASAL POLIS BUAT KACAU.. NAMPAK SANGAT YANG POLIS MALAYSIA ANTI PAKATAN RAKYAT, TAKUT SANGAT KE DENGAN PAKATAN RAKYAT.. BELUM REDA ISU POLIS BUAT KACAU DI PERHIMPUNAN ULANGTAHUN PAKATAN RAKYAT TIMBUL PULA BERITA YANG POLIS TANGKAP AJK PAS PUSAT DI RAUB.. INI SEMUA ARAHAN SIAPA KALAU BUKAN DARIPADA KERAJAAN NAJIB.. TAHNIAH POLIS MALAYSIA KERANA ANDA SUDAH MEMBUAT RAKYAT BENCI KEPADA UMNO/BN..

MAZLAN ALIMAN DITANGKAP DI RAUB


KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.


Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.


Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.


Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.


"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.


Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri.


Sumber daripada: HARAKAH

LIWAT II: PERANG VCD

LIWAT II: ANWAR BERPERANG VCD PULA


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terpaksa menggunakan rakaman VCD bagi membuktikan dakwaan kes liwat yang dilemparkan ke atasnya adalah saru konspirasi politik.



Namun taktik yang sama pula digunakan oleh kumpulan misteri yang mengedarkan VCD yang kononnya menujukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.


Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.


Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.


Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.


Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.


Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.


Seorang peniaga, Mohd Arshad Ishak, yang mendakwa salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, membuat laporan polis semalam.


"Saya tidak tahu siapa yang mengedarkan VCD itu tetapi pelik bagaimana rakaman itu boleh dibawa keluar dari penjara Sungai Buluh dan siapa yang bertanggung-jawab membawanya keluar,” katannya dalam laporan polis.

“Saya percaya orang yang membawa keluar rakaman itu telah melakukan pecah amanah sedangkan penjara adalah kawasan keselamatan.” kata Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI.



Beliau memberitahu wartawan kemungkinan gambar-gambar itu adalah dari rakaman kamera litar tertutup penjara berkenaan.


Selamatkan Islam



Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat bagaimana visual berkenaan boleh berada di internet dan VCD, mengenalpasti pegawai penjara yang terbabit dan menentukan ketulinan rakaman itu.



Sementara itu,kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.



Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.


Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.


Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.


VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.


Semasa pelancaran VCD itu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Al-Qardawi memaklumkan kepada beliau supaya menyebar mesej berkenaan demi menyelamatkan umat Islam.


"Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," tambah Anwar.


Sumber daripada: Malaysiakini

Tuesday, March 9, 2010

IBRAHIM KATAK: SAYA BUKAN RASIS!

RAKYAT TIDAK PERCAYA DAH KEPADA KAU KATAK. TIDAK PERLULAH KAU CAKAP NAK BELA MELAYU KE APA. JENIS ORANG MACAM KAU NI TAHU NAK PUTAR BELIT CERITA DAN MERAPU SAJA.. KAU CAKAP HANYA NAK AMBIL SIMPATI NAK SURUH RAKYAT SOKONG KAU, TAK PERLULAH KATAK KAU NI DARI DULU SAMPAI SEKARANG HANYA TAHU PUTAR BELIT CERITA.. TENGOKLAH NANTI PRU13, RAKYAT PASIR MAS AKAN TOLAK KAU KATAK.. KAU MENANG DAHULU PUN ATAS TIKET PAS, TAPI KUTUK PAS JENIS KACANG LUPAKAN KULIT..PERJUANGAN KAU DAH BERAKHIR KATAK, RAKYAT KELANTAN DAH TAK NAK TENGOK DAH MUKA KAU LEPAS PRU13 NANTI.. SELAMAT TINGGAL KATAK SI KATAK LOMPAT..



SAYA BUKAN RASIS!!


Sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang beliau cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini, Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sebaliknya menuduh mereka yang membuat dakwaan sedemikian adalah pengkhianat kerana menentang dasar-dasar yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.


Walaupun menganggap Malaysiakini sebagai 'nuisance', Ibrahim dalam bahagian kedua laporan ini berkata beliau melayan wawancara ini kerana bersikap terbuka.


Beliau turut menafikan dengan panjang lebar bahawa penglibatannya di dalam Perkasa adalah untuk meraih kesempatan politik dalam 'perjuangan Melayu' yang semakin jauh ditinggalkan oleh Umno.


Persoalan ini timbul memandangkan Perkasa dan MPM dilihat semakin galak mengambil haluan kanan yang agak estrem, manakala Umno pula semakin petah bercakap tentang 'middle ground' dan dasar-dasar yang lebih liberal dalam Model Ekonomi Baru.


Ibrahim turut mengambil peluang dalam wawancara minggu lalu berkenaan untuk membidas Malaysiakini yang dakwanya sering mensensasikan isu-isu melibatkan kaum dalam laporan.


Kenapa isu-isu Melayu perlu bawa dalam MPM?

AKSESORI SEKS DIJUAL TERBUKA


SEORANG pelajar sekolah yang masih berpakaian
seragam turut mengunjungi kedai seks.



AKSESORI SEKS DIJUAL TERBUKA..


KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.


Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.


Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.


Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.


Sumber daripada: KOSMO


SEKARANG INI KALAU KITA PERGI MANA-MANA PASTI AKAN TERSEREMPAK DENGAN PENJUAL AKSESORI SEKS DAN JUGA CD LUCAH.. MACAM TIDAK ADA PENGUATKUASAAN YANG KETAT KE ATAS MEREKA INI SEHINGGA MEREKA SANGGUP MENJUAL WALAUPUN DITEMPAT AWAM..AKIBAT BANYAK SANGAT AKSESORI SEKS DAN JUGA CD LUCAH DIJUAL SECARA TERBUKA, INILAH JADINYA:"



BUDAK LAPAN TAHUN DIPERKOSA 2 SEPUPU


Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.

“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.

“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.

Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.

INILAH AKIBATNYA JIKA PENGUATKUASAAN KE ATAS AKSESORI SEKS DAN CD LUCAH TIDAK DIKAWAL DENGAN KETAT OLEH PIHAK BERKUASA.. BUDAK UMUR 11TAHUN DAN 12TAHUN SUDAH PANDAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS AKIBAT TONTONAN VIDEO LUCAH.. JIKA AKSESORI SEKS DAN JUGA CD LUCAH TIDAK DIBANTERAS OLEH PIHAK BERKUASA, TIDAK TAHULAH APA AKAN TERJADI KEPADA NEGARA MALAYSIA INI..DUNIA, DUNIA, DUNIA..

Monday, March 8, 2010

PERUTUSAN SEMPENA DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT




Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.


Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,


1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.


2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.


3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

VIDEO DAN GAMBAR POLIS GEMPUR ULANGTAHUN PAKATAN

INILAH YANG DIKATAKAN JUARA RAKYAT OLEH UMNO/BN..










Sumber daripada:http://malaysiaberih.blogspot.com/

POLIS GEMPUR SAMBUTAN ULANGTAHUN PAKATAN


POLIS "CEMARI" ULANGTAHUN PAKATAN


Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.



Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir.

Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.


Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.


Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.50 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.


Apabila melihat kehadiran polis, Azmin tidak membuang masa dan terus 'menyapa' mereka.


"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.


"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya.



Ceramahnya kemudian ditangguhkan ketika jawatankuasa "Majlis Ulangtahun Pakatan Rakyat' berbincang dengan pihak polis.


Pada masa yang sama dua trak FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.


Selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.


Pasukan polis dilaporkan terus berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan.


Azmin kemudiannya meneruskan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat.


Kira-kira jam 10.25 malam, Anwar tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.


Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis".


Sumber daripada: MALAYSIAKINI

Sunday, March 7, 2010

HARUSSANI MUFTI PUTAR BELIT

GAMBAR DIATAS HARUSSANI BERSAMA ZAMBRY, NAMPAK SANGAT KEMESRAAN ANTARA MEREKA BERDUA..

MUFTI HARUSSANI DAH BERUBAH DARIPADA SEORANG MUFTI KEPADA SEORANG LOYAR BURUK UMNO/BN.. BETUL SANGATLAH KATA TOK GURU KALAU HARUSSANI DIGELAR DENGAN NAMA MUFTA.. KALAU DAH RASA INGIN SANGAT NAK PEGANG JAWATAN DALAM POLITIK, JOM HARUSSANI KAU LETAK JAWATAN DAN BERTANDING DALAM PILIHANRAYA JIKA KAU ADA TELUR.. MUFTA HARUSSANI KAU JANGANLAH BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA MUFTI, SETAKAT PAKAI JUBAH DAN MENUNJUKKAN KEWARAKAN TIDAK BERMAKNA KAU NI SEORANG YANG KUAT BERPEGANG KEPADA AGAMA ISLAM, KAU SEBENARNYA ADALAH EJEN UMNO/BN YANG DIUPAH UNTUK MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT.. SUDAH HILANG KEMULIAAN KAU SEORANG MUFTI JIKA KAU MENJADI EJEN DAN BERSEKUTU DENGAN UMNO/BN..LEBIH BAIK KAU LETAK JAWATAN DAN BERTANDING SAJA DALAM PILIHANRAYA..



TOK GURU: HARUSSANI MUFTI KE MUFTA


Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.


Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

BERAKHIR SUDAH ZULKIFLI DALAM PKR


PADAN DENGAN MUKA KAU ZULKIFLI, KALAU KAU DUDUK DALAM PAKATAN RAKYAT PUN, KAU ASYIK MENGUTUK, MENGHINA DAN TIDAK SETUJU DENGAN PANDANGAN PAKATAN RAKYAT BAIK KAU DIPECAT.. BUAT APA PAKATAN RAKYAT NAK SIMPAN ORANG MACAM KAU, LEBIH BAIK PAKATAN RAKYAT PECAT KAU DULU DARIPADA KAU MEMBURUKKAN LAGI NAMA PAKATAN RAKYAT..(LINK)


ZULKIFLI: SAYA DIPECAT TANPA
PELUANG BELA DIRI


Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau dihukum tanpa diberi peluang membela diri.


Zulkifli, 48, berkata beliau menerima berita mengenai pemecatannya itu melalui rakan pemberita dan menyifatkan ia sebagai permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 Sept 1998 termasuk kejatuhan dan kehancuran PKR.


"Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.


"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," katanya dalam kenyataan menerusi blognya, malam semalam.


Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu.


Bagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya.



Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.


Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan memecat keanggotaan Zulkifli itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan termasuk meminta Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen itu. Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.


Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.


Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam. - Bernama


Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute