ORANG YANG DIZALIMI
firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]
DAN PERAK ESOK...
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.
Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.
Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.
PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.
Sumber daripada; Harakah
MENUNTUT ROYALTI SUDAH DIPEROLEHI
"Seluruh rakyat Kelantan dan masyarakat awam dijemput hadir. Alhamdulillah baru dapat permit polis. Jadi, program Himpunan 100 ribu rakyat Kelantan tuntut royalti minyak di negeri ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua dijemput hadir.
"Permit polis itu, kami terima pada 3:18 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu," kata beliau.
Ekoran itu, tambah Mohd Hisyamuddin, Gegar telah menyusun beberapa program sebagai langkah persediaan menjelang esok.
"Kita adakan ceramah malam esok, termasuk program solat hajat dan ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah," kata belaiau.
sumber daripada; Rakyat Marhaen
KEPADA RAKYAT YANG BERADA DI LUAR KELANTAN, PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT MALAM INI BOLEH DIIKUTI MELALUI; http://www.mykelantan.tv/
3 comments:
wah...teringin nak tengok perhimpunan tu...tp sy kat ipoh..huhu..ade gambar masukkan la ye..:)
saya pn xblik Kelantan.. xblh nk cuti, ada dkat KL..apapun sama2kita sembahyang hajat xkira di mana..
Salam kijang,
Kita buat, jng tak buat. Tak dapat secara berjumaah kita buat seorang atau dng keluarga. Moha Allah kembalikan hak kita. Tadbir
Post a Comment