CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, June 1, 2010

KELANTAN BURU KEMENANGAN KE-13 MALAM INI





LWN








KOTA BHARU - Di atas kertas kelebihan tetap berpihak kepada Kelantan tetapi bagi Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan, beliau mempunyai retorik tersendiri apabila menganggap pertemuan menentang Perak malam ini sesuatu yang sukar bagi The Red Warriors.


B Sathianathan berkata, perlawanan menentang Perak menuntut anak-anak buahnya mempamerkan komitmen yang tinggi memandangkan skuad Seladang itu pernah mengikat Kelantan pada perlawanan pusingan pertama.

Pada perlawanan pusingan pertama Liga Super, Perak berjaya memaksa Kelantan berkongsi mata setelah seri tanpa jaringan di Ipoh pada 26 Januari lalu.

“Apa yang penting, pemain Kelantan harus mengekalkan rentak permainan sebagaimana yang ditunjukkan pada pertemuan dengan Pulau Pinang tempoh hari untuk mengutip tiga mata malam ini,” katanya sewaktu dihubungi :Sinar Harian: semalam.

“Kita tidak boleh memandang mudah pertemuan dengan Perak. Dalam banyak perlawanan kita bermain di gelanggang luar, saya kira pertemuan dengan Perak merupakan perlawanan yang paling sengit pernah kita hadapi.

“Perak bukan pasukan yang lemah walaupun dibarisi pemain-pemain muda.

“Pemain mereka banyak memberi masalah kepada kita malahan tidak memberi langsung ruang kepada kita sewaktu pertemuan lalu.

“Pemain muda mereka cukup rajin dan berdisiplin di atas padang. Ini yang saya katakan sukar apabila berhadapan dengan pasukan seperti ini.

“Persembahan mereka meningkat dalam setiap perlawanan walaupun kedudukan mereka dalam carta liga tidak begitu memberangsangkan.

Musim ini, skuad Seladang yang dilatih oleh Raja Azlan Shah Raja So’ib hanya membariskan dua tonggak veteran iaitu K Nanthakumar dan Mohd Fauzzi Kassim di samping menggabungkan beberapa pemain muda yang cukup merbahaya seperti Razali Umar Kandasamy, Mohd Saufi Sa’aidi dan Muhammad Nazri Kamal.

Dalam pada itu, Sathianathan turut berkata, pemain Kelantan harus membuang tanggapan bahawa setiap perlawanan adalah untuk mengejar kedudukan Selangor semata-mata.

“Jangan fikirkan tentang pasukan Selangor. Mereka tidak boleh mendabik dada mengatakan kejuaraan liga sudah dalam genggaman mereka.

“Kelantan pula tidak boleh mengatakan sudah mengaku kalah dalam perjuangan ini (memburu kejuaraan liga). Saya mahu semua pemain saya berfikiran positif dalam hal ini.

“Saya mahu pemain saya hanya memberi fokus kepada perlawanan ini di samping mencari tiga mata pada baki perlawanan liga selepas ini.

“Dengan berbaki tujuh perlawanan lagi, kita tidak boleh tercicir walaupun satu mata,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan pasukan, B Sathianathan berkata, Kelantan akan kehilangan khidmat bekas ketua pasukan Perak musim lalu, S Subramaniam kerana menjalani penggantungan satu perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

“Subra (S Subramaniam) akan diketepikan dan tempat dia akan diisi oleh Mohd Rizal Fahmi (Ab Rosid).

“Ini peluang terbaik kepada beliau (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid) untuk membuktikan keupayaannya.

Sementara itu, pemain paling berpengaruh, Indra Putra Mahayuddin akan kembali mengetuai jentera tengah setelah selesai menjalani penggantungan perlawanan tempoh hari.

“Semua pemain bebas daripada kecederaan dan senarai pemain yang akan berada di dalam kesebelasan utama akan ditentukan pada sesi latihan terakhir,” katanya.

Sumber daripada: Sinar Harian


0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute