CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, January 31, 2009

Erdogan disanjung




Syabas itu yang patut diucapkan kepada perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Disebabkan kemarahan Erdogan itu, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

Sesampai Erdogan ke Turki, beliau disambut beribu-ribu penduduk Turki sambil mengibarkan bendera Palestin.....Semoga negara-negara lain mencotohi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang sanggup meninggalkan Forum Ekonomi Dunia WEF.

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute