CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, January 23, 2009

Hii.. Macam-macam....Parti Keadilan Rakyat(PKR) pula dituduh guna dana kerajaan Selangor

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan pebggunaa kerajaan Selangor untuk membeli 6 ekor lembu korban untuk surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razakseperti mana yang didakwa Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi dalam laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Satu persatu berita yang timbul untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Selangor. Bukan kerajaan Selangor sahaja yang kena, malah semua negeri di bawah pemerintahan pembangkan.
Menurut Menteri Besar Selangor, lembu korban itu hasil derma 6 anak syarikat dan syarikat
bersekutu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS).

Syarikat-syarikat tersebut telah menaja peruntukan membeli lembu korban bagi Bandar Tun Razak atas dasar tanggungjawab sosial syarikat koporat tanpa arahan dari mana-mana pihak diperingkat kerajaan negeri. Kita semua berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang adil supaya tidak dipengaruhi oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik yang tersembunyi yang ingin menjatuhkan kerajaan Selangor.

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute