CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, April 26, 2009

Syabas Buat Pasukan Kelantan


Biarpun tidak bergelar juara piala FA, tetapi semangat penyokong Kelantan yang datang ke Stadium Bukit jalil mengatasi penyokong Selangor. Dengan kehadiran 50,000 ribu penyokong kelantan dan 40,000 ribu penyokong Selangor membuatkan Stadium Bukit Jalil bergegar dengan tepukan dan sorakan. Biarpun tidak bergelar juara tetapi Pasukan Kelantan yang di kenali dengan gelaran The Red Warriors bermain dengan penuh semangat sehinggakan wisel penamat dibunyikan pada masa tambahan. Dengan kedudukan 1-1, Kelantan dan Selangor akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti.Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala 4 pemain Selangor berjaya membolos gol Kelantan. Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mempamerkan rentak yang menarik buat peminat yang datang dari dari jauh semata-mata ingin melihat pasukan mereka menang. Piala FA kita kalah, Piala Malaysia kita julang Insyaallah. GOMO KLATE GOMO.

Selangor Julang Piala FA


KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Selangor berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Seperti yang dijangka perlawanan Kelantan dan Selangor yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong 'Red Giants' dan 'The Red Warriors' berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pada babak pertama, Selangor yang mempertaruhkan gandingan Mohd Safee Sali dan Rudie Ramli di barisan serangan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan yang terhidang untuk menjaringkan gol.

Namun pujian juga seharusnya dihamburkan kepada penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang jelas mempamerkan kematangan di dalam permainannya walaupun merupakan penjaga pilihan kedua Kelantan pada awal musim.

Peluang terbaik Kelantan pula hadir pada minit ke-28 apabila percubaan luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin mengegar palang gol walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Hamsani Ahmad.

Bersambung babak kedua tanpa sebarang jaringan Kelantan terus mengatur gerakan dan hampir menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali namun tersasar.

Selangor yang terdesak untuk mencari gol memasukkan pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal dan mengeluarkan R. Surendran pada minit ke-57 namun gagal mengubah corak pemainanan skuad Red Giants yang terus di asak Kelantan.

Kelantan yang dilatih Peter James Butler terus dihidangkan dengan beberapa peluang untuk menggegar jaring lawan namun dihampakan dengan ketangkasan Hamsani.

Perlawanan bagaimanapun terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan sebenar.

Penguasaan Kelantan akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke-93 melalui tandukan Mohd Norfarhan Mohammad di sebelah kiri pintu gol Selangor setelah menerima hantaran Mohd Badri untuk menewaskan Mohd Hamsani di gawang gol.

Namun gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang juga dipilih pemain terbaik perlawanan menanduk masuk bola hantaran D.Surendren untuk menewaskan Mohd Shahrizan bagi menyamakan kedudukan.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 4-1.

Kemenangan ini membolehkan Selangor menjuara Piala FA sebanyak lima kali sejak mula dipertandingkan pada 1990.

-- BERNAMA

Thursday, April 23, 2009

TAHNIAH KEPADA PASUKAN THE RED WARRIORS


Wednesday, April 22, 2009

Habuan RM30,000 menanti Kelantan

Ditulis oleh Kosmo
WEDNESDAY, 22 APRIL 2009

PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA selepas skuad Wira Merah melangkah ke perlawanan akhir merebut piala idaman itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA.

Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

"Walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kami tetap menghargai kejayaan pasukan Wira Merah," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM '09) di Tanah Merah semalam.


PEMAIN Kelantan dijanji habuan lumayan jika berjaya menjuarai Piala FA musim ini.

Abdul Fatah berkata, beliau percaya pemain Kelantan mampu melakukan kejutan menjuarai Piala FA seterusnya mencipta sejarah bagi pasukan itu apabila pertama kali memenangi piala tersebut.

Jelasnya, walaupun pasukan Selangor merupakan antara pasukan yang kuat pada musim ini, namun beliau menaruh kepercayaan pemain Kelantan dapat menewaskan pasukan Gergasi Merah itu.

"Saya mengharapkan pemain Kelan- tan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membawa pulang Piala FA seterusnya mencipta sejarah pasukan Kelantan yang pertama dapat menjulang Piala FA," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Fatah juga mengharapkan penyokong Kelantan dapat memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain-pemain Kelantan.

Katanya, sokongan tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang pemain Kelantan sepanjang perlawanan itu berlangsung kelak.

Ribuan Penyokong Kelantan Ke Bukit Jalil



KOTA BHARU - Lebih 40,000 penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk bersama menyaksikan sejarah bola sepak negeri itu tercipta dalam perlawanan akhir bola sepak Piala FA pada Sabtu ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Haron Ali berkata, keghairahan rakyat Kelantan begitu memuncak dan begitu ramai yang akan memberi sokongan padu bagi menjadikan impian menjadi juara suatu kenyataan.

''Mereka bukan sahaja dari negeri ini tetapi juga yang berada di Kuala Lumpur serta negeri-negeri lain untuk sama-sama merasai bahang perlawanan, memberi sokongan dan meraikan kemenangan," ujarnya.

Katanya, pihak kelab sendiri berusaha menyediakan lebih 40 buah bas dari beberapa negeri untuk membawa para penyokong dengan begitu ramai membuat tempahan.

''Malangnya para pengusaha bas mula menaikkan harga sewaan sekitar RM2,600 hingga RM2,900 sehingga kami terpaksa membatalkan semua tempahan itu kerana ia membebankan penyokong.

''Kami meminta maaf kerana masalah ini. Pengusaha menaikkan harga dengan tiba-tiba sedangkan semasa perlawanan separuh akhir kedua di Negeri Sembilan, harga sewaan sekitar RM1,900 dan RM2,000 sahaja.

''Ini bermakna penyokong terpaksa membayar RM80 termasuk tiket berbanding RM60 sebelum ini. Kita batalkan tempahan semalam kerana bimbang akan dianggap cuba meraih keuntungan," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Mohd. Noor Yaacob ketika dihubungi kesal dengan tindakan para pengusaha bas itu.

''Ia akan turut menjejaskan persediaan KAFA untuk menarik seramai mungkin penyokong Kelantan Stadium Nasional sedangkan mereka sepatutnya turut bersama membantu dan bukannya mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih besar.

''Mereka seolah-olah tidak menunjukkan semangat untuk bersama-sama menjayakan harapan seluruh rakyat Kelantan dan kami berharap mereka akan mempertimbangkan semula kadar bayaran itu," katanya.

Menurut beliau, ini akan membolehkan lebih ramai penyokong Kelantan menyertai perjalanan yang membawa misi bersejarah dalam arena bola sepak negeri.

Sementara itu, Mohd Noor memberitahu, pejabat KAFA memperuntukkan 20,000 keping tiket menyaksikan perlawanan akhir itu yang boleh dibeli di Stadium Sultan Muhamad Keempat Kota Bharu, di Wisma KAFA dan Majlis Sukan neger

Tuesday, April 21, 2009

Gelagat Penyokong Kelantan dari Afrika

Sunday, April 19, 2009

The Red Warrior's Mara ke Final


Selangor Dan Kelantan Bertembung Dalam Perlawanan Akhir Piala FA

SHAH ALAM, 18 April (Bernama) -- Selangor dan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA edisi ke-20 setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua malam Sabtu.

Aksi di Stadium Shah Alam menyaksikan Selangor berjaya menafikan peluang Perlis ke perlawanan akhir apabila mencatatkan kemenangan 2-1 untuk mara dengan agregat 3-2.

Selangor yang turun selaku naib juara Piala FA musim lepas berpeluang membuka jaringan seawal minit ke-7 permainan namun Mohd Safee Sali yang tidak dikawal gagal menyudahkan hantaran bola lambung daripada Rudie Ramli.

Ketua pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah bagaimanapun mengamatkan stadium dengan sorakan hampir 25,000 peminat apabila membuka jaringan melalui tandukan yang berpunca dari hantaran Rudie pada minit ke-15 untuk menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Farizal Marlias.

Namun kegembiraan tuan rumah hanya bertahan dua minit apabila pemain tengah Perlis, Azi Shahril Azmi meledak gol penyamaan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Mohd Hamsani Ahmad untuk memberi kedudukan seri 1-1 di separuh masa.

Amri yang juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan mala ini sekali lagi meledak gol apabila menanduk masuk sepakan penjuru D. Surendran pada minit ke-90 untuk memberi keputusan 2-1 yang berpihak kepada Selangor.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, menyaksikan Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan peraturan gol ditempat lawan apabila menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Keputusan itu membolehkan skuad Wira Merah mengikat kedudukan agregat 2-2 setelah tewas 0-1 pada pusingan pertama 7 April lepas.

Pada aksi malam ini, anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan membuat kejutan awal bagi tuan rumah apabila Mohd Asyraf Al-Japri menyudahkan hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-5 perlawanan untuk kedudukan 1-0 di separuh masa.

Bersambung babak kedua, Kelantan akhirnya menyamakan kedudukan apabila Mohd Norfarhan Mohammad meledak dengan gol penyamaan pada minit ke-48 untuk menceriakan kira-kira 10,000 penyokong Kelantan.

Gol itu nyata membangkitkan semangat skuad bimbingan Peter James Butler apabila Indra Putra Mahayuddin meledak dengan gol kedua pada minit ke-52 sekaligus membolehkan Kelantan mara ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir antara Selangor dan Kelantan akan berlangsung Sabtu (25hb april) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KELANTAN MARA KE FINAL PIALA FA

Berlangsung di stadium paroi Negeri Sembnilan malam tadi, Kelantan menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1. Dengan krisis yang teruk melanda Kelantan sejak akhir-akhir ini tidak mematahkan semangat juang pasukan Kelantan dalam merebut piala FA. Terlebih dahulu pasukan pelawat yangmenjaringkan gol dan diikuti pasukan kelantan pada separuh masa ke2.Bermain di gelanggang lawan, langsung tidak menggugat pasukan the red warriors. Dengan kehadiran penonton yang ramai datang memberi sokongan kepada Kelantan, The Red Warriors nyata tidak menghampakan peminat. Marilah beramai-ramai datang ke Stadium Bukit jalil Darul Naim untuk memberi sokongan kepada skuad kelantan. Inilah kali pertama pasukan kelantan mara ke final. Kita jumpa di stadium bukit jalil. Gomo Kelate Gomo.........

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute