CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, March 31, 2009

Hari penamaan calon Bukit Gantang

TOMOI...Kemenangan Berpihak Kepada Kelantan


Kejohanan TM-WMC Tomoi Antarabangsa Kelantan Piala Menteri Besar yang diadakan pada 26 Mac Lalu berakhir semalam. Ribuan peminat-peminat tomoi dari seluruh Kelantan membanjiri Stadium Mohd Ke-IV malam tadi bagi menyaksikan peninju-peninju berentap merebut kejohanan. Ternyata Kelantan mempunyai peninju-peninju yang hebat di arena sukan tomoi. Bertemu Abbas Ahmadi dari Kelab Boxx Warriors Kedah nyata bukan halangan bagi Fared dari Kelab M 150 Kota Bharu, Kelantan merebut kemenangan. Beliau menundukkan Abbas dalam lima pusingan dengan kelebihan kiraan mata.

Monday, March 30, 2009

DAULAT TUANKU............



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN KELANTAN PADA 30-31HB MAC 2009

Sunday, March 29, 2009

Memancing Bersama Gang BBAE-C Di Lukut Negeri Sembilan....

Hari Jumaat, 27 mac: Aku dan Gang BBAEC pergi memancing di kampung Lukut, Negeri Sembilan... Pada hari kami semua bertolak sempat jugak singgah rumah kawan(wan kuda)dekat area lukut. Pukul 9.00 pagi kami sampai di Taman Bunga Emas, rumah wan.
Gambar yang sempat diambil ketika memancing di Kampung Lukut..

depan rumah wan....

ustaz shahir sempat makan nasi dalam kereta ditemani nazri...

buat khemah tempat berteduh...




mirul sedang baca jampi serapah%#~*$#@....

wan n afzal...tangkapan pertama....kecil je

udang lipan...



selepas solat jumaat kami semua sempat makan di rumah wan.....

Malam Terakhir Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan: Piala Menteri Besar Kelantan


klik gambar untuk besarkan

Kota Bharu, 29 Mac: Hari kedua TM-WMC Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan, Piala Menteri Besar, menyaksikan Bedu dinobatkan sebagai juara. Beliau merupakan peninju yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat Tomoi Malaysia. Beliau yang mewakili Kedah merupakan seorang juara 5 wilayah Selatan Thailand 2001-2002, pernah bertarung dalam 70 perlawanan dengan memenangi 48 daripadanya dan seri dalam 3 perlawanan.

Malam yang bertuah bagi Bedu kerana berjaya menundukkan Wadi Sri Payong yang mewakili Kelantan yang merupakan Juara MFK dan pernah menang sebanyak 40 daripada 42 perlawanan dengan seri dua perlawanan. Sedikit kekecohan berlaku apabila pengurus Wadi Sri Payong tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan. Namun keadaan berjaya dikawal oleh penganjur.

Malam ini merupakan malam terakhir kejohanan dimana peninju-peninju akan merebut Piala Menteri Besar Kelantan. Antara peninju-peninju ternama yang akan berentap malam ini adalah Abbas Ahmadi, Mamat Lintar, Akhbar Hanafi dan ramai lagi. Semua dijemput beramai-ramai datang ke Stadium Mohammad Ke-IV pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan yang pasti mendebarkan.

Friday, March 27, 2009

Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz

ingat pesan tok guru...........


KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.
utusan

mingguan

berita harian

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.
Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar.




akhbar yang digantung KDN.....



harakah

suara keadilan

Thursday, March 26, 2009

Najib diisytiharkan sebagai Presiden UMNO yang baru


Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memeluk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas beliau selesai membuat ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka PWTC.


Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi didakap Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak selepas menyampaikan ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno, pagi tadi.


Sah Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO



Tan Sri Muhyiddin Yassin diisytiharkan menang Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada pemilihan pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin menang dengan memperoleh 1,575 undi sementara Muhammad mendapat 919 undi.

Keputusan diumumkan pada pukul 10.40 malam ini.

Pemilihan pucuk pimpinan parti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi diputuskan oleh 2,519 perwakilan.

Polis dengan kereta LUMBANYA.........Hati-hati beb.......

Kemunculan kereta baru polis yang baru dilancarkan menunjukkan kehebatan polis semakin menyerlah....Ini menunjukkan bahawa bukan jabatan lain sahaja yang boleh pakai kereta GAH macam2, Polis pun boleh pakai jugak beb....Tapi aku nak ingatkan dekat abang-abang polis ni janganlah pulak tunjuk lagak macam seorang pelumba kereta, yang penting jaga ketenteraman orang awam jangan dok lumba haram pulak.........


power beb........


duit lako-lako........


polis gah...rakyat tertindas.......


lajulah demo......


duit rakyat lako........

Dengan ada kereta baru aku harap abang-abang polis ni lebih perihatin dengan masaalah rakyat. semoga rakyat tidak tertindas........

Wednesday, March 25, 2009

Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.


Ketia-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Timbalan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Teo Nie Ching.

Mahfuz dalam ucapan ringkasnya mendesak agar dihapuskan kuasa Menteri Dalam Negeri menggantung atau menarik balik permit sesebuah akhbar.

"Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini tegas Mahfuz, perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Sementara itu, Tian Chua pula menegaskan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri ini dibuat ekoran daripada piliharaya kecil yang bakal diadakan di tiga tempat.

Tegas beliau, KDN hingga hari ini masih gagal membuktikan dimanakah kewajaran tindakan tersebut dibuat dan tidak dapat membuktikan berita atau rencana yang mana yang berunsur fitnah.

"KDN telah bertindak tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang mahu merayakan informasi dengan sebebas-bebasnya," tegas beliau.
Manakala Nie Ching pula mendesak agar KDN tidak lagi bertindak seperti hakim yang menghukum mana-mana akhbar yang tidak sehaluan dengan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan untuk menjaga kebebasan media.

"Tindakan KDN ini juga telah menyekat parti-parti pembangkang daripada menyalurkan informasi kepada ahli-ahlinya," tegas beliau.

Harakah dan Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PAS dan KeADILan yang digantung permitnya selama tiga bulan bermula 23 Mac lalu manakala DAP yang memiliki akhbar Roket pula tidak disambung permit penerbitan hingga ke hari ini.

Memorandum bantahan Pakatan Rakyat itu diterima oleh Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaffar.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Kamaruddin Jaffar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa, Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrain dan beberapa pimpinan lain.

Monday, March 23, 2009

Selangor kekal pendahulu, Kelantan terus ekori rapat


PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad (tengah) menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Super bertemu Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd ke-1V, malam tadi.





SELANGOR mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza 2-1 di Stadium Darulaman biarpun diikuti rapat oleh Kelantan yang menjinakkan Pulau Pinang 4-1, semalam.

Skuad Merah Kuning lebih banyak mengatur serangan pada babak pertama dengan peluang awal hadir seawal minit keempat apabila bek kanan, Razman Roslan meledakkan rembatan kencang dari jarak 25 meter yang terkena palang gol KM Naza.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali kerap menggugat benteng tuan rumah sepanjang babak pertama, namun dia gagal melakukan penyudah baik walaupun beberapa kali melepasi benteng lawan.

Pelawat terus mengasak pada babak kedua dan usaha mendapatkan gol pertama akhirnya berjaya pada minit ke-69 menerusi Rudie Ramli, selepas pantas melakukan tindakan susulan daripada bola muntah rembatan Safee yang dihalang benteng lawan.

KM Naza cuba mengimbangi perlawanan dengan memasukkan bekas penyerang utama kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua.

Namun Selangor mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua yang dijaringkan Azrul Hafiq Amran pada minit ke-80 sebelum KM Naza merapatkan kedudukan tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti Akmal selepas bola terkena tangan Khairul Anuar Baharom.

Di Kota Bharu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-22, menerusi jaringan Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran Ramzul Zahini Adnan.

Kelantan kemudian menambah gol menerusi Ramzul (m-36), Norfarhan (m-56) dan Mohd Badri (m-65) sebelum Mohd Norhaslan (m-90) mendapatkan gol sagu hati pelawat.

Dalam perlawanan lain, Polis tewas 0-2 kepada Kedah, Perlis seri 0-0 dengan Perak, KL Plus tewas 0-1 kepada Johor FC, MyTeam seri 1-1 dengan Negeri Sembilan manakala Terengganu menjinakkan Pahang 3-0.

Lagi Amukan Red Warrior

Norfarhan Mohamad menjaringkan 2 gol dalam perlawanan semalam

KOTA BHARU- Kelantan meneruskan tekanan ke atas pendahulu Liga Super Selangor apabila menjadikan Pasukan Harimau Kumbang sebagai mangsa amukan terbaru mereka selepas mencatat kemenangan besar 4-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Malam tadi.

Turun tanpa tonggak utamanya Zaiful Fitree, yang mengalami penggantungan Kelantan tampak bernafsu besar apabila bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan oleh Rosdi Shahrul.
Di bantu dengan sorakkan hampir 18 ribu peminat setia, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk berada dihadapan. Bekas tonggak pasukan kebangsaan Norfarhan Mohamad meledak dengan jaringan pertama tuan rumah apabila bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan Ramzul Zahini Adnan, untuk meletakkan Kelantan mendahului dengan jaringan 1-0 pada minit ke-23.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, pasukan Harimau Kumbang melalukan gerak-gerak menarik, namun nafikan oleh ketangkasan dan kecemerlangan Mohd Halim Napi. di gawang gol Kelantan Penyerang muda yang sedang meningkat naik Ramzul Zahini Adenan, kembali menceriakan peminat setia The Red Worrios, apabila menaduk masuk bola hasil sepakan percuma Kapten Pasukan Mohd Badri di minit ke-36 untuk meletakkan Kelantan selesa mendahului dengan jaringan 2-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan kekal memihak kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0.

Aksi babak kedua menyaksikan red Worrios menguasai sepenuhnya permainan dan hasilnya pada minit ke-56 Nor Farhan sekali membuktikan ketajaman penyudah apabila menggegarkan jaring gol Pulau Pinang dengan jaringan kedua peribadinya.

Kapten Pasukan Kelantan Mohd Badri Radzhi melengkapkan malam gemilang Kelantan apabila menjaringkan gol ke-4 perlawanan di minit ke 65, untuk meletakkan Kelantan selesa dihadapan dengan kelebihan 4-0.

Selesa dengan jaringan tersebut, Kelantan muda memperlahankan tempo permainan, hasrat penyokong Kelantan untuk melihat Halim Napi kebal di benteng terakhir Kelantan berkecai, apabila Mohd Norhaslan menghukum kesilapan yang dilakukan oleh Sarudy Aziz untuk memberikan gol saguhati buat pasukanya di minit-minit akhir perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Kelantan meneruskan tekanan keatas pendahulu Liga Super, Selangor yang hanya dibezakan dengan jaringan gol sahaj

Monday, March 16, 2009

OGHE KLATE HEBAT SOKMO

Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan








Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.





Pelajar cemerlang SPM 2008 dapat rumah bernilai RM130,000


PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) - Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.



Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.Image

Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot dan rumah kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya tinggal dalam keadaan lebih selesa.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A.

Apa yang menggembirakan lot dan rumah bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya.

Menteri Besar ditemani Setiausaha Sulit Khasnya, Mohd Rusdi Abdullah mengunjungi rumah pelajar terbabit di Kampung Parang Punting, dekat Sabak.

Pada kunjungan tersebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga terbabit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Menteri Besar mengalu-alukan pihak luar yang berhajat untuk membantu keluarga terbabit khususnya Nik Nur Madihah.

"Tak kiralah siapapun berhajat untuk memberi bantuan, bantulah," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan pelajar cemerlang berkenaan melanjut pengajian ke Timur Tengah bagi membolehkan menguasai bahasa Arab dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, ibu Nik Nur Madihah, Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka.

Katanya, walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.

"Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan," ujarnya

Thursday, March 12, 2009

GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL KETIKA DEMONTRASI PPSMI SEKITAR KUALA LUMPUR...

















JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute