CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, February 28, 2009

$$$$$TOL....TOL$$$$$




Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini. Demikian diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

$$$$$JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT$$$$$
$$$$$JANGAN BIARKAN RAKYAT MENDERITA$$$$$
$$$$$ORANG KAYA TIDAK RASA, ORANG MISKIN YANG MERANA$$$$$
$$$$$LU FIKIRLAH SENDIRI$$$$$$

Wednesday, February 11, 2009

BENTUK-BENTUK AL-HADIS & AL-SUNNAH dan KEDUDUKAN RASULULLAH DAN TUGASNYA TERHADAP MANUSIA





BENTUK-BENTUK AL-HADIS & AL-SUNNAH

1. Ucapan Rasulullah saw.Mengandungi berbagai-bagai bentuk pengajaran dan nasihat. Contoh: "Sesungguhnya amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkan.

2. Perbuatan Rasulullah saw. Megandungi jenis-jenis perbuatan/amalan yang dapat dilihat pada solat, puasa dan lain-lain ibadat yang dilakukan oleh Nabi saw sebagai menerangkan hukum dan diperhatikan oleh para sahabatnya.Contoh: solat.

3. Takrir
Mengandungi kebenaran Nabi saw dengan keadaan berdiam diri terhadap apa yang dibuat oleh sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta tidak pula menunjuk keredhaannya.

KEDUDUKAN RASULULLAH DAN TUGASNYA TERHADAP MANUSIA

1. Kewajiban mentaati Rasulullah saw.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa mentaati Rasul sesungguhnya ia mentaati Allah

2. Pentafsir Al-Quran.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Dan kami turunkan kepada engkau Al-Quran supaya kamu menjelaskan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka mudah-mudahan mereka berfikir." An-Nahl, 16:43.

3. Penggubal Undang-undang
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Mereka yang mengikuti Rasul, Nabi yang Ummi, yang mereka dapatinya tertulis disisi mereka dalam Injil dan Taurat. Dia menyuruh mereka dengan kebajikan dan melarang mereka membuat kemungkaran, dan menghalalkan untuk mereka barang-barang yang baik, dan mengharamkan atas mereka barang-barang yang buruk, dan menghilangkan dari mereka keberatan-keberatan dan belenggu-belenggu mereka yang membebankan. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya dan menolongnya, serta mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya, mereka itu orang-orang yang mendapat kemenangan. Katakanlah hai manusia sesunguhnya aku seorang utusan Allah kepada kamu semua, yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu maka berimanlah kepada Allah dan perintahNya dan ikutilah \tab dia mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk Al-A'raaf, 7:157-158.

4. Sumber Al-Quran dan Al-Sunnah.
Ayat suci Al-Quran yang bermaksud: "Dan tidaklah dia bercakap dari kemahuannya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan." An-Najm, 53:3-4.

DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA

Bersabda Rasulullah s.a.w

"Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga.




Golongan alim ulama di Negara ini mesti bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaludin, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka



KOTA BHARU, 6 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Bagi beliau, Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja."Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara," katanya dalam kenyataannya hari ini.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:


Raja dan demokrasi

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Tuesday, February 10, 2009

Gambar Pengebumian MP Bukit Gantang.


Sejarah pernah melakarkan ramainya orang yang hadir dalam majlis pengebumian Almarhum Ust.Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum Poko Sena suatu masa dulu. Kebetulan saya hadir sama dalam majlis itu. Lautan manusia dari seluruh negara menyaksikan seorang tokoh pemimpim Islam dipanggil kembali ke Rahmatullah.

Ramainya orang yang menziarahi, sembahyang dan pengebumian Almarhum Hj.Roslan Sharum pada petang kelmarin saya rasakan. Walaupun tidak seramai pada haripengebumian Ust. Fadzil namun kehadiran yang saya anggarkan menghampiri 10,000 orang itu menggambarkan betapa jasa dan pemergiannya di kenang. Saya sempat mengumpulkan koleksi gambar untuk tatapan dan kenangan pengunjung blog cina islam.







Monday, February 9, 2009

Isnin 09 Feb 09 Gerhana bulan malam ini, tingkatkan ibadat






KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra malam ini bermula 8.39 malam hingga 12.38 tengah malam.

Umat Islam digalakkan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat gerhana sambil memohon petunjuk ketika melihat kebesaran Allah s.w.t ini.

"Pada zaman Rasullah s.a.w, kebetulan berlaku gerhana ketika kematian anak lelakinya Ibrahim dan umat Islam mendakwa matahari ikut bersedih dengan peristiwa itu. Maka, Rasulullah s.a.w menolak pandangan itu lalu menggantikannya dengan solat gerhana dengan bersabda bahawa hal itu tiada kena-mengena dengan kelahiran dan kematian seseorang.

"Tambah Rasulullah s.a.w lagi, maka apabila kamu melihat gerhana itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang dan hilang gerhana tersebut," kata seorang ahli jawatankuasa masjid yang enggan namanya disiarkan.

Tambahnya, mengikut kepercayaan jahiliah, apabila berlaku gerhana matahari atau bulan, maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

"Jadi, ini tiadalah kaitan dengan kematian tokoh-tokoh politik di Perak atau gerhana politik di negeri itu. Sebaliknya hendaklah kita mencari segala peluang untuk meningkatkan ibadat," kata beliau.

Sementara itu, menurut maklumat daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana penumbra itu merupakan gerhana yang paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.

"Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 8.39 malam manakala gerhana maksimum pula berlaku pada 10.38 malam.

"Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (P4) pada pukul 12.38 tengah malam," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Angkasa akan menganjurkan program Pencerapan Gerhana Bulan Separa sempena gerhana bulan ini bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam di Planetarium Negara. _

Isnin, 2009 Februari 09 AL-FATIHAH : MP BUKIT GANTANG (PAS) MENINGGAL DUNIA - Malaysiakini



IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

Sembahyang jenazah jam 6.00 petang di Cangkat Larang, Batu Gajah.

Jam 1.45 PM : mayat masih di Hospital Batu Gajah.

Sunday, February 8, 2009

JIHAD FISABILILLAH......SAVE GAZA

Betapa gembiranya mereka yang mati syahid di jalan ALLAH...





JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute