PESANAN
WILAYAH 1
-
-
-
SUKA MUHONG8 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
MAKAN GAJI, ELAUN 'HARAM" ?3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Latest update config untuk SSHVPN8 years ago
-
-
-
-
-
nasihat kepada lidah8 years ago
-
-
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?9 years ago
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng9 years ago
-
-
-
-
Polemik Kalimah ALLAH10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Antara madet dan setan11 years ago
-
-
beritahairanon911 years ago
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita11 years ago
-
-
Raikan Cinta12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
banduan terlepas13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MENGHITUNG HARI DAN WAKTU
About Me
- hanes
- “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga(disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah……………" (at Taubah: 111)
Traffic map
Traffic
CATATAN SEBELUM INI
PENGIKUT SETIA
Sunday, November 29, 2009
Pengasas Pondok Geting tiada tauliah mengajar di masjid?
Malah kata mereka, guru pondok tersebut sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa.
Pemegang Amanah PPPB, Ustaz Mohamad Awang berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.
"Semua orang sudah tahu tauliahnya mengajar di masjid sudah lama ditarik Majlis Agama Islam Kelantan. Sekarang beliau hanya mengajar di pondoknya sahaja.
"Sebelum ini beliau pernah dikatakan menghalalkan cabutan premium yang dianjurkan sebuah bank, sedangkan jumhur ulama menolak kerana meragui kaedah yang dijalankan," katanya di sini.
Semalam sebuah akhbar melaporkan Haji Abdullah yang juga pengasas pondok Geting, Tumpat sebagai berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselumbungi takbur.
Malah katanya, Mursyidul Am PAS itu menafsirkan al Quran berdasar kepada kefahaman sendiri yang disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
Mohamad yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Machang mempersoalkan apa kriteria yang digunakan Haji Abdullah sehingga melabelkan begitu rupa kepada Menteri Besar Kelantan.
Menurutnya kalau hendak dikira dari segi ilmu sesetengah orientasi barat lebih banyak lagi ilmu mengenai Islam, namun tidak ada sifat zuhud bagi memimpin ummah seperti dimiliki Tuan Guru Nik Aziz.
Seorang lagi guru pondok yang enggan dikenali berkata, memorandum yang dikatakan dihantar Haji Abdullah kepada Menteri Besar tidak ada kaitan dengan PPPB.
Katanya, beliau difahamkan dokumen yang pernah dihantar kepada Tuan Guru Nik Aziz tahun lepas bukan memorandum sebaliknya sebagai satu surat mohon penjelasan terhadap sesuatu isu agama.
"Persatuan berkenaan dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan bukan ditolak mentah-mentah seperti didakwa Haji Abdullah. Isu tersebut kemudian senyap kerana mereka faham kedudukan sebenar," ujarnya ketika dihubungi di sini.
Beliau juga mengakui pengasas pondok Geting tersebut seorang guru agama yang kontroversi kerana suka menyanggah pendapat orang lain.
ORANG UMNO MENGGELABAH DENGAR DOA TOK GURU
PADA HARI RAYA AIDILADHA LEPAS, ITU BARU SAJA DOA TOK GURU, TIDAK KIRA LAGI DOA RIBUAN RAKYAT KELANTAN YANG MENUNTUT ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN KE KELANTAN.
TOK GURU TELAH BERDOA SUPAYA NAJIB MENGEMBALIKAN ROYALTI KEPADA RAKYAT KELANTAN DAN KALAU NAJIB TIDAK BAGI, TOK GURU MENYERU UMAT ISLAM KELANTAN BERDOA MENURUNKAN BALA. ITULAH DOA TOK GURU YANG DI DOAKAN SELEPAS HABIS KHUTBAH RAYA DI MASJID PULAU MELAKA.
HARI INI SATU PERSATU ORANG UMNO MENGHENTAM TOK GURU DISEBABKAN DOA KEPADA NAJIB. ORANG YANG MENGHENTAM TOK GURU TERMASUKLAH GURU PONDOK GENTING TUMPAT ABDULLAH SAMAAH YANG MAHUKAN TOK GURU LETAK JAWATAN. HARAP GURU PONDOK TAPI KURE ILMU AGAMA.
YANG TIDAK KURANG HEBAT JUGA, AHLI PARLIMEN PASIR MAS IBRAHIM ALI YANG MENGATAKAN TOKGURU TIDAK BOLEH DOAKAN KEPADA SESEORANG UNTUK TURUNKAN BALA KEPADA NYA. INI BUKAN SEBARANG DOA, INI DOA ORANG YANG DI ZALIMI. OARANG KELANTAN YANG JADI MANGSA.
INI TIDAK, WANG ROYALTI DITUKAR KEPADA WANG IHSAN. WANG IHSAN YANG DIKATAKAN NAJIB BUKANLAH DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SENDIRI UNTUK MENGURUSKAN, MALAH KRONI MEREKA JUGA YANG SENANG.
INGATLAH DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN DIMAKBULKAN ALLAH. INSYAALLAH BUKAN SAHAJA TOK GURU, RAKYAT KELANTAN MALAH RIBUAN RAKYAT MALAYSIA DI MAKKAH PUN BERDOA PERKARA YANG SAMA UNTUK MENGEMBALIKAN ROYALTI KEPADA KELANTAN. SEMUGA DOA TOK GURU DAN RAKYAT KELANTAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT. INSYAALLAH.
Thursday, November 26, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Tuesday, November 24, 2009
Saturday, November 21, 2009
Senarai Penuh Skuad Kelantan 2010
Penjaga Gol
1. Syed Adney Syed Hussein
2. Mohd Shahrizan Ismail
3. Mohd Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan
1. Ahmad Azlan Zainal
2. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
3. Mohd Farisham Ismail
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Zamri Ramli
6. S. Subramaniam
7. Sharudy Aziz
8. Azizi Mat Rose
Tengah
1. Mohd Badhri Muhd Radzi
2. Khairan Eroza Razali
3. Mohd NorFarhan Mohamad
4. Mohd Shakir Shaari
5. S. Chanturu
6. Wan Zaman Wan Mustapa
7. Mohd Daudsu Jamaludin
Penyerang
1. Norshahrul Idlan Talaha
2. Indra Putra Mahyuddin
3. Che Hishamuddin Hassan
4. Mohd Nizab Ayub
5. Akmal Rizal Ahmad Rakhli
6. Mohd Ramzul Zahini Adenan
7. Zul Yusri Che Haron
Jurulatih: B. SATHIANATHAN
Nama yang bertulisan merah ialah pemain baru yang dibawa masuk..
Info dari Webmaster KDN sebentar tadi..(SMS dari Pengurus Pasukan kepada Presiden kelate.net)
Mungkin ada beberapa pemain yang sedang dalam rundingan seperti K.Soley dan Nazru Erwan..
Pemain yang digugurkan ialah sebanyak 9 orang..
Gomo Kelate Gomo!
Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Wednesday, November 18, 2009
TAHUN 2009 TAHUN PILIHAN RAYA KECIL
KITA DIKEJUTKAN LAGI DENGAN BERITA DUN KOTA SEPUTEH KOSONG... LAGI SATU PILIHANRAYA AKAN DIADAKAN SELEPAS SATU PERSATU PILIHANRAYA KECIL DIADAKAN. SETAKAT INI 9 PILIHANRAYA KECIL TELAH DIADAKAN SELEPAS PRU12. YANG TERAKHIR PILIHANRAYA KECIL IALAH DI DUN BAGAN PINANG. SELEPAS INI DUN KOTA SEPUTEH AKAN DISERANG. SEMUGA PILIHANRAYA KECIL KALI INI BERSIH DARI FITNAH DAN PEMBOHONGAN TIDAK KIRA DARI MEDIA MASSA ATAU MEDIA ELEKTRONIK YANG DIKUASAI BN. SEMUGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN ISLAM KALI INI. INSYAALLAH...TAKBIR
Friday, November 13, 2009
Nik Aziz batal hasrat ke tanah suci
KOTA BHARU, 13 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.
Menurut laporan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.
Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.
Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.
PAS Kelantan sebelum ini mempertahan Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu.
Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik.
Tuan Guru berkata, pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.
Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.
"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.
redkijang: Akan terima bala dari ALLAH bagi sesiapa yang menfitnah...Terlalu banyak fitnah yang serang Tok Guru kita sekang ini.. Kami rakyat Kelantan akan sokong sepenuhnya Tok Guru..... Takbirrrrrrr
Wednesday, November 11, 2009
Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Kelantan - 'FAM kena bayar ganti rugi'
"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kena bayar. Mereka penyewa."
Demikian tegas Pengurus Besar Kompleks Sukan Negara, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim semalam berkenaan kerugian yang dialami Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Menurutnya, secara asasnya kerugian atas kerosakan di stadium berkenaan perlu dibayar oleh pihak penyewa bagi perlawanan tersebut iaitu FAM.
Jumlah kerugian kerosakan fasi- liti di Stadium Nasional akibat tinda- kan ganas dan tidak bertamadun penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu dianggarkan berjumlah RM214,000.
"Semalam (kelmarin) pihak stadium bersama wakil dari FAM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menilai segala kerosakan yang berlaku.
"Hari ini (semalam) pula kita telah mengadakan perbincangan dengan FAM dan menyatakan berapa jumlah kerugian yang mereka perlu bayar yang dianggarkan berjumlah RM214,000," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.
|
|
Namun, memandangkan sudah jelas dan nyata segala kerosakan itu dilakukan oleh penyokong Kelantan, maka FAM berkemungkinan besar akan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan jumlah RM214,000 itu bagi menampung kos ganti rugi kepada pihak stadium.
Ketika diminta menjelaskan secara terperinci kos untuk memperbaiki kerosakan-kerosakan itu, Wan Nor Azinah berkata, RM112,000 diperlukan untuk membeli 224 unit kerusi baru dengan harga setiap set bernilai RM500.
"Sebanyak 16 set kerusi terbakar, 205 set kerusi rosak manakala tiga set kerusi didapati telah tumbang.
"Bagi pagar stadium pula, kita memerlukan RM15,000 untuk memperbaiki Gate Kuning (RM5,000), Gate Merah (RM5,000) dan selak pagar yang patah (RM5,000).
"Lain-lain kos ialah sebanyak RM60,000 untuk memperbaiki trek yang terbakar akibat balingan mercun dan RM27,000 untuk memperbaiki tandas merangkumi kerosakan kepala paip, mangkuk tandas dan sinki," jelasnya.
|
|
Wan Nor Azinah menegaskan, penyokong Kelantan tidak sepatutnya menyalahkan kawalan keselamatan di stadium yang longgar sebagai punca kejadian tersebut memandangkan polis telah menempatkan sejumlah anggotanya yang ramai untuk perlawanan tersebut.
"Semua ini berbalik kepada budaya gemar menjahamankan harta benda awam. Ini tidak baik dan pe- nyokong sepatutnya perlu ada sema- ngat kesukanan. Menang atau kalah, kena terima seadanya.
"Saya harap kejadian seperti ini tidak berulang. Stadium ini harta rakyat, guna duit rakyat. Ini pertama kali kita terpaksa membaiki kerosakan sebegini teruk," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 semalam memberitahu bahawa Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bersidang petang ini bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima Kafa berhubung insiden tersebut.
Begitupun, beliau enggan mengulas mengenai pembayaran ke atas kerugian yang dialami Stadium Nasional.
Tuesday, November 10, 2009
Perlawanan Paling Nakal Piala Malaysia
Perlawanan antara Kelantan dan negeri Sembilan Dianggap paling nakal dalam Piala Malaysia. Apa tidaknya, Stadium Bukit Jalil pada malam itu seolah-olah berada di medan perang. 70peratus tempat duduk di dalam stadium dikuasai penonton Kelantan. Hanya lautan merah yang bersorak sakan pada malam itu, tapi menag sorak je.... Pada perlawanan itu macam-macam terjadi, tidak serik dengan pergantungan Stadium Sultan Muhammad gara-gara membakar trak polis hari itu di bawa pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Betul sangkaan sesetengah pihak bahawa kejadian membakar trak polis akan berulang kembali tetapi bukan trak polis yang jadi mangsa pada malam itu, yang jadi mangsanya Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana kerusi tempat duduk penonton dibakar, balingan botol air, mercun dan pelbagai objek yang dilontar penyokong Kelantan.
Perlawanan malam itu boleh dikatakan yang paling teruk Kelantan bermain. Pada final Piala FA Kelantan dikatakan bermain dengan semangat sekali biarpun kalah kepada Selangor dengan keputusan penalti, tetapi penyokong tidaklah memberontak seperti perlawanan Piala Malaysia. Pada final Piala Malaysia, penyokong Kelantan memenuhi segenap sudut Stadium pada separuh masa pertama malam itu, tetapi lain yang terjadi di separuh masa kedua, kebanyakkan penyokong Kelantan sudah meninggalkan stadium kerana tidak puas hati dengan corak permainan oleh pasukan Kelantan. Pada masa itulah terjadinya peperangan di dalam Stadium, tidak habis dengan bermain mercun ada yang sanggup membakar kerusi stadium pada malam itu.
Padahal anggota keselamatan malam itu dianggapkan seramai 1400 orang, tetapi apa yang kita lihat pelbagai mercun dibawa masuk ke dalam stadium. Memang betul lah kalau ditambah 10000 orang anggota keselamatam pun belum tentu dapat kawal penyokong Kelantan yang dianggap gedebe ini. Pagar Stadium pun dirempuh begitu saja sampai runtuh, kalau diletakkan pagar konkrit pun rasa-rasa menyembah bumi juga kalaulah sikap penyokong Kelantan begitu. Apa-apa pun kita patut berterima kasih kepada anggota keselamatan termasuk pasukan polis, bomba dan pelbagai agensi lain yang bertungkus lumus menjaga keselamatan penyokong kelantan.
Apa-apa pun penyokong Kelantan harus menerima hakikat kekalahan yang diterima,pada malam itu Kelantan-1 Negeri Sembilan-3. Kita pun sudah maklum bahawa Kelantan bukannya pasukan yang dianggap gah macam Selangor, Kedah dan pasukan elit lain yang sudah menjuarai Piala Malaysia. Kelantan boleh dianggap baru pandai belajar merangkak, kalau budak kecil belajar merangkak baru boleh berjalan. Biarlah apa orang luar nak kata kepada pasukan Kelantan mahupun penyokong Kelantan yang dituduh samseng, gedebe dan sebagainya oleh media hanya kerana segelintir penyokong Kelantan yang tidak puas hati pada perlawanan itu. Semua yang terjadi pada perlawanan itu patut menjadi pengajaran buat psukan Kelantan dan patut tingkat kan lagi permainan pada masa hadapan. Apa-apa pun kita harap tahun depan sebagai tahun kejayaan buat pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia bahkan ketiga-tiga Piala sekali. Aminn....
Friday, November 6, 2009
KELANTAN BERSIAP SEDIA MEMBAWA PULANG PIALA MALAYSIA MALAM ESOK
Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana mara ke final Piala Malaysia. Kita harap kali ini Kelantan akan bawa balik Piala Malaysia yang diidamkan selama ini, Insyaallah...
Thursday, November 5, 2009
KEROH BELAKO HOK MANO ADO, PAKAT G BUKIT JALIL SUMO...
Penyokong Kelate diminta berhati-hati memandu di jalan raya, kalau yang letih, mengantuk diminta berhenti dahulu dimana-mana bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. semuga semua penyokong sampai dengan selamat di Stadium Bukit jalil.
Pada hari ahad ini juga Kelate diumumkan cuti, Kerajaan Kelantan telah memberi cuti umum pada hari ahad ini sempena Kelantan masuk final Piala Malaysia.. Bertuah kita rakyat kelantan kerana Kerajaan Negeri kito yang dipimpin Tok Guru memberi cuti umum pada hari itu.
Penyokong Kelantan juga diingatkan jaga tingkah laku ketika berada di stadium pada hari itu. Dijangkakan kawalan masuk pada hari itu dikawal ketat oleh anggota polis pada perlawanan itu. semuga Kelantan pulang dengan Piala yang diidamkan. Gomo Kelate Gomo
Blog Archive
-
▼
2009
(112)
-
▼
November
(12)
- Pengasas Pondok Geting tiada tauliah mengajar di m...
- ORANG UMNO MENGGELABAH DENGAR DOA TOK GURU
- SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
- Pesta Air Di Kelantan
- Senarai Penuh Skuad Kelantan 2010
- Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia I...
- TAHUN 2009 TAHUN PILIHAN RAYA KECIL
- Nik Aziz batal hasrat ke tanah suci
- Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Ke...
- Perlawanan Paling Nakal Piala Malaysia
- KELANTAN BERSIAP SEDIA MEMBAWA PULANG PIALA MALAYS...
- KEROH BELAKO HOK MANO ADO, PAKAT G BUKIT JALIL SUM...
-
▼
November
(12)
DAULAT TUANKU
JOM JOIN
KLIK SEKALI JE..
WILAYAH 2
-
Suspek liwat dua remaja direman 3 hari9 minutes ago
-
-
-
-
PALESTINE4 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mukadimah (2)12 years ago
-
-
-
Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Bukanlah diriku...13 years ago
-
Semakin Maju?13 years ago
-
AL-FATIHA13 years ago
-
-
-
Selamat Tahun Baru Cina14 years ago
-
Chelsea ada ramuan juara14 years ago
-
-
-
Harap maaf !15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SIAPA LINK AMBO???
ShoutMix chat widget
KLIK DI SINI UNTUK PERGI KE BLOG PENGIKUT REDKIJANG: