CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, May 31, 2010

KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE SEMENANJUNG GAZA DI SERANG


12 RAKYAT MALAYSIA DI ATAS KAPAL YANG DISERANG ISRAEL


Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.


Sumber daripada: MK


Wednesday, May 26, 2010

MANUSIA KEMBALI KEPADA ZAMAN JAHILIAH: MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DITANAM

Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui ditanam berdekatan
Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin.




MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI DITANAM


SHAH ALAM - Dua lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.


Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk mengali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.


"Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.


"Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis," katanya di sini semalam.


Sumber daripada: KOSMO


KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 25/5/2010




KEDAH 0 vs 0 KELANTAN

K.LUMPUR 0 vs 0 JOHOR FC

KL PLUS 1 vs 1 N.SEMBILAN

PAHANG 2 vs 3 SELANGOR

TERENGGANU 1 vs 0 T-TEAM

PERLIS 3 vs 0 PERAK

JOHOR 1 vs 0 P.PINANG



Tuesday, May 25, 2010

SATHIA WASPADA ANCAMAN KEDAH

AZIZI (depan) akan tetap dipertanggungjawabkan mengemudi pertahanan
Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini



"JANGAN pandang mudah aksi menentang Kedah."


Demikian peringatan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang skuad Hijau Kuning itu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.


Menurut Sathianathan, Kedah pernah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammed IV pada perlawanan pusingan pertama awal Januari lalu.


Begitupun, dengan nada bersemangat, bekas jurulatih kebangsaan itu tetap mengidamkan tiga mata penuh dalam usahanya untuk menghambat Selangor yang kini selesa menerajui persada liga.


"Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting, saya harap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.


"Lupakan aksi lawan Perlis Sabtu lalu terutama aksi babak kedua. Pemain perlu sedar jika kesilapan lalu berulang ia pasti boleh mengundang padah buat pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.


Tambahnya, moral pemain sudah kembali ke tahap asal dan beliau berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan bagi memperkemaskan lagi pasukannya.


Dalam pada itu jelasnya, beliau tetap akan menggunakan khidmat pertahanan kental, Azizi Mat Rose untuk perlawanan ini.


"Azizi akan bermain seperti biasa. Saya yakin dia mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini).


"Khidmat Azizi sememangnya ditagih dan dia adalah salah seorang watak penting yang memperkuatkan barisan pertahanan," ujarnya.


Diminta mengulas mengenai seteru utamanya Selangor, Sathia menjejaskan, beliau tidak akan mengambil tahu perkembangan pasukan lawannya itu.


"Saya memberitahu pemain, mereka tidak perlu fikirkan pasal Selangor, main seperti biasa dan tumpukan pada perlawanan kita sahaja," katanya.


Sumber daripada: KOSMO


PERLAWANAN MALAM INI


Terengganu vs T.Team

Kuala Lumpur vs Johor FC

Johor vs Pulau Pinang

KL Plus vs Negeri Sembilan

Perlis vs Perak

Pahang vs Selangor

Kedah vs Kelantan


Sumber daripada: THE RED WARRIORS


ANWAR: TIADA LAGI LOMPAT PARTI



ANWAR: TIADA LAGI LOMPAT PARTI - SETAKAT INI

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat yang diketahuinya, tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat parti setakat ini.

"Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal," katanya menyifatkan 'pamitan ke sebelah sana' (Umno) sudah berlalu.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai sebuah parti baru, menjadi lumrah ia diserang kuat - pengalaman yang menurutnya dikongsi bersama oleh DAP dan PKR sebelum ini, termasuk Umno sendiri.

"Malah Umno sebelum ini menyaksikan penghijarahan pemimpin utama, (termasuk) presiden pertama, kedua dan keempatnya. Jadi dalam konteks kita (PKR), kalau (musuh) anggap tak boleh pukul saya secara langsung, (mereka) pukul kekuatan (lain) yang ada pada PKR," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini, berulang kali menegaskan bekas pemimpin PKR yang melompat "dibeli", Anwar mendedahkan pihaknya kini sudah bersedia dengan pita rakaman.

"Kita sekarang nasihati kawan-kawan kita buat pita rakaman (tawaran melompat parti)," katanya ketika dikunjungi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

"Rakaman (menunjukkan) kalau disogok dengan wang. Kita cuba dapatkan dengan (pita rakaman) itu. Kalau lapor pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) tak ada kesan.

"Maknanya, kalau kita ambil rakaman, kita boleh edar pada orang ramai. Saya tak yakin institusi pemerintah akan lakukan apa-apa, kerana ini arahan pimpinan negara."

Sumber daripada: MK

Saturday, May 22, 2010

KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 22/5/2010





LWN






KELANTAN= 2 PERLIS= 1


Info Terkini:

Separuh Masa Pertama

  • perlawanan bermula
  • 20' minit masih lagi 0-0
  • 36' minit Jaringan PenaltI Norshahrul Kel 1-0 Perlis
  • 38' minit jaringan gol Chanturu Kel 2-0 Perlis
  • 45' minit masih lg kel 2-0 perlis

--------------------------> <---------------------------

Separuh Masa Kedua

  • minit 46 brmula
  • 54 minit gol Perlis. Kel 2-1Perlis Wan Khairul Faiz
  • 69 minit masih lg Kel 2-1 Perlis
  • 72 minit ptukaran pemain Azizi tukar dengan Rizal Fahmi
  • 77 minit Akmal msk tukar dgn piya
  • 85 minit Hairudin msk tukar dgn Norshahrul
  • 89 minit masih lagi Kel 2-1 Perlis
  • 90 tambhan masa 3 minit
  • 90+2 kad kuning daudsu


Perak 2 : 0 Johor

Pulau Pinang 1 : 5 Terengganu

Selangor 2 : 1 KL Plus

Negeri Sembilan 1 : 2 Kuala Lumpur

T.Team 1 : 1 Pahang

Kelantan 2 : 1 Perlis

Johor FC 1 : 2 Kedah


Sumber daripada: theredwarriors


Friday, May 21, 2010

PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN BANTAH JUDI 3JULAI

LESEN JUDI: RAKYAT SELURUH NEGARA TERUS PROTES



Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpunan berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor


"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.

Sumber daripada: MK



JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute