CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, October 31, 2009

TENTERA MERAH AKAN MENYERANG PERLIS MALAM INI...


Tahniah buat pasukan Kelantan kerana mara ke separuh akhir Piala Malaysia, semangat Gomo Kelate Gomo akan bergema di Negeri Perlis malam ini...
Pada hari selasa lepas, pasukan yang dikenali dengan The Red Worriors telah menumpaskan perlis di gelanggang sendiri 2-0. Semoga semangat ini akan dibawa ke Perlis malam ini. Semoga semangat Gomo Kelate Gomo akan berpanjangan sehingga ke final Piala malaysia..
Bersiap sedialah Perlis, kerana bala tentera merah yang dianggarkan hampir 10ribu orang dengan semangat tinggi akan menyerbu masuk Stadium anda malam ini... Dianggarkan 50 buah bas akan disewa bagi menggerakkan bala tentera merah esok.
Kita harap pasukan kelantan akan bermain dengan penuh semangat malam ini biarpun tanpa Indra Putra, Pasukan Kelantan harus turun dengan semangat anak jantan yang Gedebe tapi bukan dari segi gedebe gocoh tapi gedebe untuk mara ke piala Malaysia...
kami rakyat Kelantan akan terus memberi sokongan kepada pasukan Kelantan, malah Tok Guru kita sendiri telah turun padang memberi semangat ketika saingan pertama separuh akhir selasa lepas.. Semuga berkat Tok Guru kita akan berpanjangan ke Perlis bahkan ke final nanti. Insyaallah......... Takbirrrrrrrr.............


Gomo kelate Gomo

Friday, October 30, 2009

Tok Guru Janji Beri Ganjaran Jika Kelantan Menang Piala Malaysia


KOTA BAHARU, 28 Okt - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak.

"Saya nak sebut Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan sedikit sumbangan jika kita menang," katanya kepada pemberita selepas majlis sempena Aidilfitri di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Semalam pasukan "The Red Warriors" berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia di sini.

Beliau berkata sebagai komitmen pertama dalam penghargaan kerajaan negeri kepada pasukan Kelantan, beliau sendiri telah memberikan RM5,000 kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Nik Abdul Aziz berkata sebuah stadium dengan keluasan tanah 10 hektar akan dibina di Tunjung, di sini.

"Cumanya kita sedang fikirkan sama ada kita nak bangunkan sendiri ataupun kita akan minta geran daripada kerajaan pusat," katanya.

Nik Aziz melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap penonton dan penyokong Kelantan yang melontar mercun serta mengibarkan bendera politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan melontar mercun itu membahayakan orang lain manakala sikap mengibarkan bendera parti politik itu tidak mencerminkan semangat kesukanan sebenar.

"Pergi sahaja tengok bola sudah la.. Kalau hendak pun kita takbir tidak payah buat perkara macam itu," katanya.

Beliau turut meminta pasukan Kelantan memantapkan stamina pemain di dalam perlawanan kerana daripada pemerhatiannya pemain Kelantan mudah terjatuh dan kurang bertenaga.

TOK GURU TENGOK BOLA....TAKBIR....



KOTA BHARU, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Tuesday, October 27, 2009

KEPUTUSAN TERKINI PIALA MALAYSIA

KELANTAN 2 PERLIS 0

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute