CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, April 6, 2010

HASRAT TOK GURU KE MAKKAH TERCAPAI

HASRAT MENTERI BESAR
KE MAKKAH TERCAPAI



KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas kegagalannya menunaikan fardu haji musim lepas ekoran kontroversi isu tajaan haji oleh pihak tertentu yang bernilai RM65,000.


Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita kerana tidak dapat menunaikan haji pada musim lalu berikutan isu kontroversi itu.


“Hok yang lepas itu memang saya amat dukacita, tak apalah, kali ini saya dapat pergi juga walaupun untuk umrah.

“Itu tak betul, biarlah Tuhan balas ke atas mereka yang cuba mengkhianati niat saya itu,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan kontroversi tersebut sehingga membuatkan beliau gagal menunaikan fardu haji bersama keluarga musim lepas, namun ia dapat ditebus kembali apabila beliau dapat memenuhi hasrat untuk ke Tanah Suci pada kali ini walaupun sekadar mengerjakan umrah.


Pada 10 November tahun lepas, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.


Bagaimanapun ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun depan.

Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Besar membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

Ketika diminta meng-ulas sama ada pemergiannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah kali ini mendapat tajaan daripada mana-mana pihak atau ditanggung sendiri, berapa pegawai yang mengiringinya menyekat daripada Nik Aziz menjawab soalan wartawan itu.


Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, mula berlepas ke Makkah semalam bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Yahya dan Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi serta beberapa pegawainya.


Turut sama mengiringi rombongan Nik Abdul Aziz di lapangan terbang itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, beberapa anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri.


Menurut sumber Kerajaan Negeri, sepanjang percutiannya, jawatan Menteri Besar tidak akan dipangku oleh Timbalannya, kerana mengikut peraturan jawatan tidak perlu diganti oleh pemangku kerana pemergian Nik Abdul Aziz tidak lebih daripada sebulan.

Sumber daripada: SH


1 comments:

ijoks2009 said...

Alhamdulillah,tercapai juga hajat tokguru.Semoga doa Tokguru di sana untuk kesejahteraan rakyat Kelate dan Malaysia di makbulkan .

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute