CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, June 3, 2010

DUBUR SAIFOOOOOOOL DIROBEK BAGI MENCARI BUKTI

KIJANG: KES SAIFOOOOL SEMAKIN LUCU, LEPAS SATU2 RAHSIA SAIFOOOOOOOL TERBONGKAR..


DOKTOR HKL: TIADA KOYAK TAPI ADA TEMBUSAN



Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.


Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.


Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.


Pakar itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.


Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.


"Kedua-dua peralatan mesti disteril."


Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu.


Ini menyukarkan pihak pembelaan yang terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari Australia hari ini.


Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.


Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia


Karpal membangkitkan isu bahasa kerana pakar forensik pihak pembelaan, Dr Wells tidak dapat memahami keterangan saksi yang diberi dalam bahasa Melayu.


Pertikaman lidah berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.


Ia bersambu

ng semula pada jam 11.26 pagi dengan

Dr Razali menyambung keterangannya dalam bahasa Inggeris.


Katanya, dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.


Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.


"Saya perhatikan terdapat lembapan."


Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.


Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.


"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”


Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.


Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmal jabatan kimia.


Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.


Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.


Perbicaraan kes itu akhirnya ditangguhkan sehingga esok selepas mahkamah membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.


Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.


Sumber daripada: MK


1 comments:

Suara Pakatan Rakyat Sabah said...

Kes remeh temeh di besar besarkan, belum tahu lagi betul cedritanya, macam dram bersiri ke 2 saja ni, Kes yang UBN buat lagi banyak, tapi tak di ambil perhatian, di mana Demokrasi sebenar Malaysia,

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute