CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, May 30, 2009

Kelantan Dapat 'Lampu Hijau' FAM

PENYOKONG Kelantan berpeluang untuk menyaksikan semula perlawanan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu.

SELEPAS tujuh minggu 'diharamkan' beraksi di gelanggang sendiri, Kelantan akhir- nya boleh menarik nafas lega.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi 'lampu hijau' kepada Kelantan untuk kembali beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang petang kelmarin telah membuat keputusan menarik balik penggan- tungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dibuat jawatankuasa berkenaan pada 9 April lalu.

"Keputusan ini dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan sebelum ini kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

"Bagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Kafa dalam masa yang terdekat.

"Ia akan dibuat sebelum Liga Super bersambung pada 16 Jun depan di mana Kelantan akan menentang UPB-MyTeam di Kota Bharu," katanya semalam.

Dalam insiden yang berlaku 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Kafa telah didenda sebanyak RM100,000 di atas kejadian rusuhan oleh penyokongnya.

Sepanjang tempoh tujuh minggu sejak penggantungan itu, Kelantan terlepas peluang beraksi di Kota Bharu apabila terpaksa mengharungi empat perlawanan tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pada empat perlawanan itu, Kelantan seri 1-1 dengan Selangor (11 April), tewas 1-2 kepada Johor FC (12 Mei), tewas 1-2 kepada Perlis (19 Mei) dan menang 1-0 ke atas KL Plus (26 Mei).

Dengan penarikan semula hukuman yang diumumkan FAM itu semalam, Kelantan akan mendapat semula kelebihan beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV apabila bertemu UPB-MyTeam (16 Jun), PDRM (23 Jun), Perak (27 Jun), Pahang (4 Julai) dan Kedah (21 Julai) untuk baki saingan Liga Super musim ini.

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute