CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, June 21, 2009

Perlis Rampas Tahta Liga

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perlis merampas kedudukan teratas Liga Super apabila menang 1-0 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Gol Perlis hadir pada minit ke-11 melalui sepakan percuma yang disempurnakan Azi Shahril Azmi pada minit ke-11.

Bermula babak kedua perlawanan giliran Nizaruddin Yusof menjaringkan gol pada minit ke-55.

Nizaruddin selepas itu, sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu Mohd Shazwan Zainol menjaringkan gol ketiga pasukan Perlis pada minit ke-71.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi -- Selangor sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Negeri Sembilan untuk berpuashati di tangga kedua liga.

Bermain di gelanggang sendiri, Negeri Sembilan membuka jaringan melalui Shahruain Abu Samah pada minit ke-46.

Tidak mahu berputih mata, Selangor selepas itu mengandakan asakan. Hasilnya pada minit ke-63 Mohd Amri Yahyah menyamakan kedudukan.

Negeri Sembilan berada pada kedudukan ketiga liga, di belakang Kedah yang tidak mempunyai perlawanan hari ini.

Menghampiri di belakang Negeri Sembilan adalah skuad Kelantan yang menang 1-0 ke atas Kuala Muda NAZA melalui jaringan Akhmal Rizal Rakhli pada minit ke-72.



JOM BUAT DUIT...

0 comments:

Post a Comment

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute