CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, March 4, 2010

BETUL KE TUNANG SEPOL MENGANDUNG?


BERITA PENUH

Perkara 1: Pada 27 Feb. 2010 gua dah letupkan kisah Sepol Putus Tunang, dan gua simpan sedikit maklumat yang berkaitan sebab tidak mahu mangaibkan individu tertentu dan kesamaran kesahihan maklumat. Tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang penafian dari pihak mereka.

Perkara 2: Gua bukan nak promote blog yang buat kenyataan di bawah, kerana banyak sangat fitnah di dalamnya dan apa yang di sebutkan dalam blog beliau ada kebenarannya, ianya bukannya kerana Anwar tetapi kerana Sepol.

"Jika semasa Saiful Bukhari mangsa Liwat Anwar Al Juburi ini memberikan keterangan nya telah di Tutup oleh Mahkamah kerana tindakan Karpal yang tidak mahu Rakyat tahu kebenarannya yang berlaku di dalam Bilik itu. Maka apabila soal balas kelak kita akan tahu apakah yang berlaku selepas Saiful Bukhari keluar dari Bilik Air."


Peguam Karpal Singh memohon perbicaraan tertutup kerana tidak mahu memalukan Sepol, bukannya kerana takut memalukan Anwar seperti yang di dakwa oleh blogger tersebut. Bukankah Anwar sudah terlebih dari cukup untuk menanggung malu dengan isu fitnah yang keterlaluan ini.


Perkara 3: Seperti yang di maklumkan kepada gua, akibat dari tekanan isu liwat ini tunangnya si Sepol meminta di putuskan ikatan pertunangan (ini hanya alasan sampingan sahaja, kerana selama ini beliau mampu bertahan).


Sebab yang lebih berat dan serius adalah..., apabila kononnya bekas tunangnya itu sudah masuk 3 bulan tidak datang bulan (haid) dan di katakan mengandung. Dan lu orang boleh buat andaian sendiri... apabila dalam situasi tersebut apakah kemungkinan2 yang akan berlaku, apatah lagi dengan status glamor si Sepol sekarang ini.


Check and balance:

1) Gua cuba bersangka baik dengan beranggapan kemungkinan bekas tunang Sepol tu alami masalah sakit puan sahaja. Harapnya begitulah...


2) Gua juga tak terkejut dengan berita tersebut kerana... dalam ikatan pertunangan pun seluar dalam Sepol boleh berada di tepi mesin basuh rumah tunang dia, so apa ada hal... kan)

Wallahuaklam....


Perkara 4: Dengan maklumat tersebut, gua berharap ianya dapat di sampaikan kepada peguam Anwar untuk menjalankan siasatan akan kesahihan cerita tersebut dan ianya mampu memberi keraguan dalam mahkamah berkaitan kredibiliti diri dan sikap Sepol untuk sambungan perbicaraan yang akan datang. Selebihnya gua serahkan kepada lu orang semua untuk menilaikannya.... nak percaya boleh... tak nak percaya pun boleh juga... dan gua berharap supaya lu orang pun jangan percaya.


Bukan niat gua hendak mengaibkan individu yang tidak terlibat dalam kes ini dan gua mohon maaf kepada beliau, cuma gua mahukan semoga pendedahan ini dapat merungkai misteri konspirasi liwat 2. Dan gua berharap adanya penafian dari pihak terbabit jika ianya tidak benar.


Sumber daripada: IkutSukaAku, lagi sumber daripada Bujang Susah


USTAZ RABA LAPAN MURID

MUAR: Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah di sini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul empat murid perempuan berusia 10 tahun.



DIDAKWA …Samsul Bahri dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, semalam
Tertuduh, Samsul Bahri Saleh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, NorIza Mohamed.


Samsul menghadapi empat pertuduhan dengan niat ingin mencabul empat pelajarnya dan pertuduhan dibacakan secara berasingan.


Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa meraba paha dan bahagian sulit muridnya pada 1 Februari sehingga 5 Februari lalu antara jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari di sebuah kelas di sekolah tempat dia mengajar.


Manakala bagi tuduhan kedua, Samsul didakwa meraba bahagian sulit mangsa yang juga muridnya pada tahun lalu di dalam sebuah kelas antara jam 8 pagi sehingga jam 1 tengah hari.


Tuduhan ketiga pula, dia sekali lagi didakwa meraba alat sulit mangsa lain pada tahun lalu antara jam 1 tengah hari di dalam sebuah kelas.


Manakala pertuduhan keempat, tertuduh didakwa meramas buah dada mangsa seterusnya dengan niat ingin mencabul pada 8 Februari lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


NorIza menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai jumlah ikat jamin bagi setiap kesalahan dilakukan tertuduh.


Bagaimanapun, tertuduh meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia mempunyai ramai tanggungan.


Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi setiap kesalahan dengan seorang penjamin.


Semalam akhbar ini melaporkan tindakan ustaz yang didakwa mencabul kehormatan murid agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini, terbongkar apabila ibu bapa lapan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil.


Sumber daripada: BH

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute