CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, March 5, 2010

ROYALTI: BANDARAYA KUALA LUMPUR AKAN DIGEGARKAN DENGAN SUARA RAKYAT..


KALAU KERAJAAN NAJIB TIDAK BAGI JUGA ROYALTI KEPADA KELANTAN, MAKA SEJARAH PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH AKAN BERULANG LAGI DI KUALA LUMPUR. DI KELANTAN, RAKYAT SUDAH PUN MEMBUAT BANTAHAN MELALUI PERHIMPUNAN SOLAT HAJAT MENUNTUT ROYALTI YANG DIHADIRI PULUHAN RIBU RAKYAT KELANTAN. AKAN TETAPI KERAJAAN NAJIB TETAP BERDIAM DIRI MALAH MEMPERSENDAKAN KERJAAN KELANTAN DENGAN MENYATAKAN ROYALTI, KELANTAN TIDAK BERHAK DAN PELBAGAI ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH DIBERIKAN. SEPERTI KATA YB SALAHUDDIN, KALAU KERAJAAN NAJIB TIDAK MENUNAIKAN HAK KELANTAN UNTUK MENDAPAT ROYALTI MINYAK MUNGKIN PERKARA ITU AKAN DIBAWA KE JALAN RAYA.. KITA AKAN SAMA-SAMA NANTIKAN SATU PERHIMPUNAN BESAR RAKYAT YANG AKAN MENGEJUTKAN KERAJAAN NAJIB..


GAMBAR PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT BERSIH, ADAKAH SEJARAH PERHIMPUNAN BERSIH AKAN BERULANG KEMBALI..




ISU ROYALTI MUNGKIN KE

JALAN RAYA - SALAHUDDIN

KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.
Justify Full
"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan kerajaan Najib supaya jangan menafikan kehendak rakyat dengan menolak royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengingatkan, pertikaian mengenai minyak telah mencetuskan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979.

"Ayatullah Khomeini berumur 91 tahun ketika beliau memimpin kebangkitan menentang Shah lebih 30 tahun lalu," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau mengaitkan revolusi itu dengan tindakan Mohammad Reza Pahlavi menyalahgunakan kekayaan minyak Iran.

Bagaimanapun, Razaleigh segera menafikan bahawa beliau mahu memimpin revolusi seperti itu.

Beliau juga menyifatkan kerajaan pusat berlagak seperti 'Godfather' apabila enggan membayar bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan berlagak seperti Godfather walaupun kuasa mereka datang dari 13 negeri," kata Razaleigh sambil menyamakan sikap menindas Putrajaya dengan sikap ketua penjenayah.

Sehingga kini, tidak ada tanda kerajaan pimpinan Najib mahu mematuhi perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Mei 1975.

Sumber daripada
: HARAKAH

KUALA LUMPUR AKAN BERGEMA KEMBALI DENGAN SUARA RAKYAT YANG MENUNTUT KEADILAN. KAMI RAKYAT KELANTAN AKAN MENYOKONG SEPENUHNYA KERAJAAN KELANTAN DALAM MENUNTUT ROYALTI.. KALAU KITA BUAT PERHIMPUNAN DI KELANTAN, PANDANGAN RAKYAT TIDAK AKAN SAMPAI SEPENUHNYA KEPADA KERAJAAN NAJIB, SEBAB ITULAH YB SALAHUDDIN MENCADANGKAN PERHIMPUNAN AKAN DIBUAT DI KUALA LUMPUR, BIAR SATU DUNIA LIHAT. BARULAH KERAJAAN NAJIB TIDAK SENANG DUDUK..

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute