CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, March 5, 2010

KELANTAN LWN T-TEAM SABTU INI

Sathia mahu penyerang gandakan usaha


KOTA BHARU - Tiada pilihan buat jurulatih Kelantan, B Sathianatan melainkan menterjemahkan aksi kemenangan dalam perlawanan menentang T-Team Sabtu ini.

Enggan dikecewakan lagi, Sathia mahu anak buahnya meningkat usaha khususnya bahagian serangan yang memerlukan sentuhan penyudah bagi mengembalikan semangat kemenangan.

Ketika ditemui selepas perlawanan bersahabatan menentang Balestier FC malam semalam, Sathia mengakui bahawa tiada guna bermain dengan cemerlang tetapi tidak mendapat keputusan yang baik.

“Sebagai jurulatih, saya boleh buat latihan untuk menyerang dan pelbagai taktik tetapi saya tidak boleh mengajar macam mana nak menjaring gol, itu inisiatif yang perlu diambil permain sendiri,” katanya mengulas rungutan penyokong Red Warriors terhadap aksi anak buahnya kebelakangan ini.

Satia berkata, kemungkinan kepada kegagalan menjaringkan gol itu berpunca dari faktor tekanan yang dihadapi beberapa pemainnya, namun bekas pemain kebangsaan itu percaya perkara itu dapat diatasi setelah pemainnya mengharungi beberapa perlawanan penting.

Mengulas mengenai perlawanan persahabatan yang berkesudahan 1-1 sama tersebut, Satia berkata, pihaknya berpuas hati dengan aksi pemain, namun keputusan tersebut tidak boleh menggambarkan secara keseluruhan aksi pemainnya.

“Ini cuma perlawanan persahabatan, sebelum ini kita berlawan dengan padang FC dan menang 2-0 , dan malam ini seri 1-1. Perlu di ingat, penyerang Nor Sharul Idlan Talaha dan S Chanturu tiada bersama kerana bermain untuk pasukan tambahan. bagaimanapun, saya puas hati dengan barisan pertahanan, selain itu barisan depan kita menguasai dengan baik,” katanya.

Dalam masa yang sama Satia berkata, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa memberi kepercayaan kepada beliau untuk meneruskan membimbing pasukan Kelantan musim ini.

Sumber daripada: SH


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute