CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, March 6, 2010

DOA ZAID IBRAHIM KEPADA ZULKIFLI NOORDIN


APA NAK JADI DENGAN KAU ZULKIFLI NOORDIN, KAU PANDAI BERMAIN WAYANG UNTUK MENGELIRUKAN PAKATAN RAKYAT.. KALAU KAU NAK MELOMPAT PARTI CAKAPLAH AWAL-AWAL, JANGAN DUDUK TUNDING JARI DEKAT PAKATAN RAKYAT KATA ITU INI YANG KAU TIDAK PUAS HATI.. NAMPAK SANGAT YANG KAU NI DAH SOKONG UMNO/BN.. TAK PAYAH NAK BERDOLAK DALIH KATA KAU TAK SOKONG APA YANG PAKATAN RAKYAT BUAT.. LEBIH BAIK KAU TINGGALKAN SAJA PAKATAN RAKYAT, SELAGI KAU ADA DALAM PAKATAN RAKYAT IBARAT NANAH DALAM BISUL.. SELAGI KAU TIDAK KELUAR SELAGI ITULAH PAKATAN RAKYAT AKAN MENAGGUNG SEGALA KEBURUKAN YANG KAU LAKUKAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT..


SAYA DOA ZULKIFLI NOORDIN

TINGGALKAN PKR - ZAID


PETALING JAYA, 5 Mac: Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.


"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR," katanya disambut ketawa wartawan.


Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.


"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berhenti, munasabah,” ujarnya.


Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.


"Saya juga ada kalanya tidak bersetuju dengan pimpinan, jadi kena salurkanlah secara betul, PKR pada saya sangat terbuka," katanya.


Menjawab soalan wartawan pada sidang media di kediamannya hari ini, Zaid juga berkata pendirian Zulkifli tidak mengiktiraf panel bukan Islam dalam jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR hanya alasan semata-mata.


"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?


"Ini bukan soal fatwa hukum, ini soal disiplin parti, mana boleh lantik orang Islam sahaja," katanya.


Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.


Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.


Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.


Sumber daripada: HARAKAH




ZUL SEDIA BUAT KEPUTUSAN 3 HARI LAGI


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin sudah bersedia membuat keputusan susulan sama ada masih kekal dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau tidak setelah lembaga disiplin parti itu memutuskan tindakan terhadapnya, dijangka Selasa.

“Sekiranya keputusan tidak menyebelahi, saya akan mengambil tindakan sewajarnya dan buat masa ini beri peluang kepada parti untuk menyelesaikannya.

“Keputusan (bicara lembag displin) kemungkinan akan diputuskan Selasa depan, namun sekiranya masih dianggotai oleh orang bukan Islam saya akan mengambil keputusan sama ada keluar parti atau sebaliknya pada masa itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR disini, semalam.

Terdahulu, Zulkifli bertindak keluar daripada sidang lembaga disiplin yang membicarakan kesnya berhubung isu kalimah Allah, kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Beliau berkata, tindakan itu berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.

“Walaupun saya telah bersedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya.

“Oleh itu saya membuat walkout,” katanya selepas kira-kira 30 minit panel itu bersidang, di sini, semalam.

Zulkifli dihadapkan kepada lembaga disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari Pas, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkenaan isu kalimah Allah.

Zulkifli berkata, daripada empat anggota panel disiplin yang membicarakan kes beliau, hanya seorang beragama Islam iaitu Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku ketua panel, manakala dua lagi ialah aktivis Kristian iaitu Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke, serta seorang beragama Hindu iaitu T Kumar.

Zulkifli berkata, sewajarnya pihak parti menghormati permintaannya untuk dibicara barisan panel beragama Islam menerusi tiga notis yang dihantar sebelum ini.

“Saya telah menghantar sebanyak tiga surat kepada parti dan mereka tidak menjawab berhubung ahli panel harus dianggotai orang Islam.

“Saya amat terkejut apabila mengetahui ahli panel masih dianggotai orang bukan Islam kerana perkara ini membabitkan akidah dan syariat agama Islam.

“Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini (semalam),” katanya.

Menjawab soalan mengapa beliau tidak bersama-sama dengan 12 Ahli Parlimen PKR mengangkat sumpah setia kepada parti kelmarin, Zulkifli berkata, beliau bukan sahaja tidak dijemput tetapi juga tidak diberitahu mengenainya.

“Saya tidak dimaklumkan dan dijemput berhubung ikrar taat setia oleh 12 Ahli Parlimen PKR itu.

“Ini juga tindakan firaun terbabit untuk menjatuhkan dan memalukan saya agar keluar parti,” katanya.

Beliau turut menyelar parti yang tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen PKR yang lompat parti dengan mengadakan perbincangan untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka termasuk dirinya.

Sumber daripada: sedaka sejahtera

2 comments:

baginda® said...

kene pecat zulkulim nordin nih.. baru zul kulim sedar diri skit

hanes said...

KAWE SOKONG DEMO BAGINDA..
DIA INGAT OGHE NAK DENGAR CAKAP DIO JAH.. KALAU HOK MOLEK TAK POLAH, NI NAK JATUH PAKATAN RAKYAT.. PERANGAI MCM ZULKIFLI LAH YANG MEMBUATKAN PAKATAN RAKYAT KUCAR KACIR..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute