CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, February 27, 2010

IKRAR AWANG GUNDIK....


APABILA GUNDIK NAJIB MERAPU....


AWANG ADEK IKRAR AGIH SECARA TELUS



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein (bawah) berikrar untuk melaksanakan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan sebaik mungkin dan memastikan pengagihan
secara telus.


Menurutnya, beliau juga akan memastikan wang berjumlah RM20 juta itu disalur kepada golongan yang berhak menerimanya.


"Saya menyambut baik pelantikan itu dan akan cuba menyelesaikan segera pengagihan wang ehsan dengan setelusnya supaya tiada lagi isu yang berbangkit.



"Kita akan mengumpul dan memanggil semua anggota jawatankuasa dalam masa terdekat ini untuk mengagihkan dan menjalankan tugas masing-masing. Kita mahu rakyat mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mereka tidak akan bising lagi selepas ini," katanya ketika dihubungi




Sementara itu, mengulas mengenai Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang mempertikaikan tindakan pemimpin Umno Kelantan memberi penerangan berhubung isu royalti minyak, Awang Adek berkata maklumat yang disebarkan kepada rakyat Kelantan adalah mengikut penjelasan Petronas.



"Bukan Umno yang membuat keputusan terhadap wang ehsan di Kelantan, sebaliknya semuanya ditentukan oleh Kerajaan Pusat. Mereka (Kerajaan Negeri) perlu ingat, Datuk (Seri) Mustapa bercakap atas kapasiti Menteri dan saya Timbalan Menteri. Bukan Umno yang cakap.


"Jadi, tak ada sebab saya dan beliau (Mustapa) tidak boleh bercakap mengenai wang royalti memandangkan kami memegang jawatan dalam Kerajaan Pusat," katanya.


Kerajaan Kelantan yang diteraju PAS bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.


Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.


Perkara itu adalah seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.


- Bernama


KIJANG: KALAU AWANG GUNDIK NI AGIH WANG IHSAN, ALAMAKNYA HABIS DIKEBAS KUNCU2 MEREKA YANG LAIN..NANTI TENGOKLA KEMANA WANG IHSAN2 DIBAHAGIKAN..KAYA RAYALAH KRONI WANG GUNDIK SELEPAS NI..




AWANG ADEK KETUAI JK AGIHKAN
WANG IHSAN



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Awang Adek (
kiri), yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ehsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.


Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata, mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ehsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.


"Kerajaan Pusat sudah bersetuju dengan pelantikan Awang Adek untuk ketuai jawatankuasa ini.


"Agihan wang ehsan RM20 juta itu akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada April nanti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan dan sambutan Maulidur Rasul di Kota Bharu hari ini.

- Bernama

KIJANG: KETUA KEBAS WANG RAKYAT BOLEHLAH.. TAK PERLU JADI KETUALAH AWANG GUNDIK, KALAU SETAKAT NAK KIKIS HARTA RAKYAT KELANTAN.. WANG IHSAN YANG NAK GANTI ROYALTI ADALAH HASIL BUMI KELANTAN DAN HAK RAKYAT KELANTAN..KALAU SETAKAT NAK JADI JUARA RAKYAT DENGAN KELIRUKAN RAKYAT DENGAN WANG IHSAN TAK PERLULAH...RAKYAT KELANTAN TAK BODOH, RAKYAT TAK NAK WANG IHSAN, RAKYAT HANYA MAHUKAN ROYALTI..



AGIHAN WANG IHSAN,
KELANTAN TAK AMBIL PEDULI



Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (bawah).


Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.


"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).

"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.


Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.


Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.


Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.


- Bernama


KIJANG: KERAJAAN KELANTAN TAK AKAN AMBIL PEDULI DENGAN WANG IHSAN YG AKAN DISALURKAN OLEH NAJIB..KERAJAAN KELANTAN HANYA MAHUKAN ROYALTI, KERANA ROYALTI ITU HAK SEMUA RAKYAT KELANTAN..KALAU SETAKAT NAK BAGI WANG IHSAN BAGI MENGANTIKAN ROYALTI, TAK PERLULAH..DAHLAH MENCURI RUMAH ORANG, LEPAS2 DISEDEKAHKAN PULA HASIL CURI ITU KEPADA TUAN RUMAH..

5 comments:

Finaz said...

sangat setuju dengan kerajaan negeri Kelantan. Hak rakyat tetap hak rakyat. Semoga rakyat M'sia keseluruhannya nampak dgn jelas sikap negatif krjn pusat kita..

hanes said...

BETUL2 FINAZ..
DAH NAMPAK JELAS YANG ROYALTI ITU ADALAH HAK RAKYAT,BEKAS PEGERUSI PETRONAS KU LI SENDIRI YANG MEMBELA RAKYAT KELANTAN SUPAYA ROYALTI MINYAK DIBAGI KEPADA KERAJAAN KELANTAN..BETAPA HEBATNYA KU LI, BERANI MENYUARAKAN HAK RAKYAT, PADAHAL DIA ORANG UMNO.. TAPI KU LI XSEPERTI DATUK PA, AWANG ADEK YANG MANA RAKYAT KELANTAN ANGGAP MEREKA NI KELANTAN MURTAD KERANA TIDAK MEMBELA HAK RAKYAT KELANTAN

anakmuaallaf said...

Salam,
Akak tak percaya langsung puak-puak ni nguruskan bab-bab duit ni..Double standard pilih kroni n so on..
TGNA dah kata hak rakyat Kelantan kembalikan kepada rakyat Kelantan...

shameel Iskandar said...

saya jadi malu sebab setopa dgn awang adek tu org Bachok( satu daerah dgn sy) tapi jadi penipu an pengkhianat rakyat kelate. Awang adek nakjadi MB kelate tapi tak layak( nak jadi tok penghulu pun dia tak layak sebenanrya)

hanes said...

SALAM KEMBALI KEPADA KAKLEHA DAN JUGA SHAMEEL..
KAK LEHA> BETUL2 KAK, BAB DUIT TAK PAYAH NAK CAKAPLAH..UMNO DARI DAHULU LAGI GILA DUIT, SBB2 KRONI MEREKA KAYA RAYA..RASA2 TAK SAMPAI DKAT RAKYAT WANG RM20 JUTA, KALAU SAMPAI PN DALAN 2JUTA, ITU KALAU SAMPAI..YANG LAIN DIKEBAS DAN DIBAHAGIKAN PUAK2 MEREKA..

SHAMEEL> KAWE PN MALU JUGA SBB DIO ORNG KELATE 2OGHE, TAPI XSOKONG RAKYAT KELANTAN YG MEMINTA WANG ROYALTI, MEREKA DUA ORNG NI TAK SEPERTI KU LI YG SOKONG ROYALTI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN.. KAYO LAH MEREKA 2 ORANG NI..MAKAN DUIT HARAM..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute