CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, February 1, 2010

MT UMNO TENTUKAN NASIB KU LI



JELI - Hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh membuat keputusan terhadap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas bekas Menteri Kewangan itu.

“Ianya bukan bidang kuasa UMNO Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada UMNO Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lepas yang mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Mustapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh itu.

Sebelum itu, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh yang dibuat di hadapan 40,000 orang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.



Sementara itu, pada majlis perjumpaan khas dengan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Pasir Puteh kelmarin, Mustapa berkata, UMNO Kelantan akan menemui Perdana Menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan d:ilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Mustapa berkata, pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

“Apabila tarikh diperoleh satu rombongan akan menemui Perdana Menteri yang turut disertai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional,” katanya.

Sumber daripada; Sinar Harian

2 comments:

redzuan said...

sokong ku li..
ku li jguh orng kelantan..
berani berckp psal isu royalti, wlaupn dia di pihak yg lain..

Tan Loo Ley said...

Janagan harap mt umno nak pecat Ku Li ...percayalah depa bukannya ada teluq....lebih-lebih lagi tongkat mereka MCA,GERAKAN,PPP,MIC semuanya bermasalah.

Kalau pecat Ku Li seluruh negeri Kelantan bertukar menjadi HIJAU.

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute