CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, February 9, 2010

ZAMBRY LANUN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH




Mahkamah Persekutuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah


PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah timbul tahun lepas setelah Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam dewan selepas dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional, dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian menitahkan agar Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar, dan pada Februari melantik Zambary sebagai Menteri Besar setelah berpuas hati bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar, 52, yang enggan meletak jawatan, mengambil tindakan undang-undang pada 13 Feb dengan memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, dan pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar kerana mendapati bahawa Barisan Nasional tidak mengadakan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.

Sumber daripada:BERNAMA




MAHKAMAH PERSEKUTUAN TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA ZAMBRY MENTERI BESAR PERAK YG SAH..KITA SEMUA DAH JANGKA YANG ZAMBRY AKAN MENANG..MANA TIDAKNYA SEMUA ORANG KERAJAAN NAJIB PEGANG TIDAK KIRA DIA HAKIM, POLIS, SPRM DLL SEMUA BWH DIA.. TIDAK HAIRANLAH KALAU KEPUTUSAN MEMIHAK KEPADA ZAMBRY, TUNGGULAH 2 TAHUN LAGI, RAKYAT AKAN TENTUKAN NASIB UMNO DI PERAK DALAM PRU SEKALI LAGI..

ZAMBRY, RAKYAT AKAN BALAS JASAMU 2 TAHUN LAGI DALAM PRU13..JASAMU ZAMBRY KEPADA RAKYAT TELAH BANYAK, KAU DAH RAMPAS PERAK DENGAN CARA LANUN, KAU DAH MENYAKITI HATI RAKYAT PERAK, KAU DAH BUAT PERAK KUCAR KACIR,KAU DAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT PERAK, KAU DAH KHIANAT KEADILAN DI PERAK DAN BERMACAM-MACAM KAU DAH BUAT DEKAT RAKYAT PERAK..KITA LIHATLAH NANTI UMNO BOLEH BERTAPAK LAGI ATAU TIDAK 2 TAHUN LAGI..

Hadis 07

Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.

H.R. Bukhari

SEMOGA PRU13 NANTI, PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG BESAR DI PERAK..KITA SAMA-SAMA DOAKAN SUPAYA PAKATAN RAKYAT AKAN MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA 2 TAHUN LAGI..

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute