CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, February 10, 2010

UMNO KHIANAT AMANAH RAKYAT PERAK

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Sumber daripada: Harakah



MAHKAMAH DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB


PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak akan menumpukan kepada usaha pembangunan negeri itu dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan politik yang dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata sudah sampai masanya, semua pihak memberi tumpuan dan peluang kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menunjukkan kemampuannya bagi membela rakyat dan membangunkan negeri itu.

"Alhamdulillah, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi sekali dalam sistem kehakiman kita, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan bentuk kerajaan di Perak sudahpun muktamad.

"Saya berharap keputusan ini bererti isu ini sudah pun selesai sepenuhnya dan tidak wajar dan tidak patut sesiapa pun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung dengan kesahihan kerajaan Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corporation of China Limited untuk membangunkan kilang peleburan aluminium di Samalaju Industrial Park di Bintulu, Sarawak, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata semua pihak patut menerima hakikat berhubung keputusan mahkamah tertinggi itu walaupun mereka yang kalah mungkin mempunyai pandangan yang berlainan.

Najib berkata pada masa ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak hendak menumpukan kepada usaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata apa jua isu berkaitan pentadbiran kerajaan BN Perak boleh ditimbulkan apabila tiba pilihan raya umum akan datang.

"Apabila sampai pada masanya iaitu pilihan raya umum, rakyat boleh membuat penilaian yang sebenarnya. Sekarang bukan masa untuk kita berarak sana sini atau mengadakan perhimpunan di luar ke atau di bawah pokok atau di mana-mana pun... tidak perlu.

"Hanya tunggu masa pilihan raya umum nanti kalau rasa hendak buat apa-apa keputusan...pilihan raya masa yang sewajarnya," kata beliau.

-- BERNAMA

KIJANG: KALAU 3ORAMG KUDIS BUTA TIDAK BUAT KACAU DALAM PAKATAN RAKYAT SUDAH TENTU PAKATAN RAKYAT MERINTAH PERAK..DISEBABKAN KUDIS BUTA 3 ORANG INILAH YG MENYEBABKAN UMNO MENGAMBIL ALIH PERAK..KALAU 3 ORANG INI TIDAK PECAH AMANAH RAKYAT PERAK SUDAH TENTU NEGERI PERAK SUDAH AMAN DARIPADA KERAJAAN LANUN ZAMBRY..


MAHKAMAH DIPERKUDAKAN, BANYAK KES YANG MELIBATKAN PARTI PEMBANGKANG KALAH DI MAHKAMAH..INI DISEBABKAN SISTEM MAHKAMAH TELAH DIROGOL OLEH UMNO..SEKARANG ORANG YANG BUAT SALAH MENANG, ORANG YANG TIDAK BUAT SALAH KALAH, ITULAH MAHKAMAH MALAYSIA..TAK ADA GUNANYA KALAU MAHKAMAH DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN SESEBUAH PARTI..KALAU MACAM NI, RAMAILAH ORANG YANG TIDAK BERSALAH DIJATUHKAN HUKUMAN..


SEBAB ITU TOK GURU TIDAK MAHU BAWA KES ROYALTI KE MAHKAMAH KERANA TOK GURU TAHU MAHKAMAH AKAN MENYEBELAHI MEREKA..SISTEM MAHKAMAH TELAH DIPERKUDAKAN..

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute