CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, February 2, 2010

POLIS BERI AMARAN KEPADA PENYOKONG ANUAR IBRAHIM

POLIS BERI AMARAN JANGAN SERTAI
PERHIMPUNAN HARAM ESOK


KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Polis hari Isnin memberi amaran kepada mana-mana pihak, khususnya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berniat mengadakan perhimpunan haram di sini esok, supaya melupakan hasrat mereka itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata minggu lepas polis menerima maklumat bahawa ada pihak yang mengajak orang ramai berkumpul, hadir dan mendengar perbicaraan kes yang membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.


"Setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan oleh mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang perhimpunan. Sekiranya ada perhimpunan esok, ia adalah satu perhimpunan haram sepertimana yang peruntukkan Seksyen 27 Akta Polis 1967, (kerana) ia tidak mendapat permit atau lesen untuk mengadakan perhimpunan orang ramai," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.


Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat atau menyertai perhimpunan itu.


Khamis lepas Anwar memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan esok, dan menurut peguamnya S.N.Nair mahkamah menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang akan menentukan sama ada perbicaraan itu akan diteruskan atau sebaliknya.


Muhammad Sabtu berkata perhimpunan haram itu pastinya akan menimbulkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan terbabit di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang awam.


"Saya harap orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu demi menegakkan proses keadilan mahkamah yang akan berjalan esok kerana sebarang bentuk perhimpunan merupakan unsur-unsur kepada tindakan untuk menghalang kelancaran dan kelicinan proses keadilan itu," katanya.


"Tolong dengar dan beri kerjasama, jangan libatkan diri (dengan perhimpunan) esok yang akan menyusahkan orang lain," tambahnya.

sumber daripada; BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute