CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, February 18, 2010

KELANTAN LWN KEDAH PIALA FA SABTU INI..

PENUHI STADIUM SULTAN MOHAMMAD KE-IV SABTU INI


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menghantar mesej cemas kepada penyokongnya, semalam menuntut mereka membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Sabtu ini menyemarak semangat pemain ketika berdepan saingan penentuan menentang Kedah dalam perlawanan kedua, pusingan kedua Piala FA.

Kegagalan pasukan bergelar Red Warriors itu meraih kemenangan ketika turun beraksi di gelanggang sendiri Sabtu ini, bermakna mereka terpaksa melupakan impian menggapai trofi kejuaraan itu, musim ini selepas kecewa tewas kepada Selangor dalam final, tahun lalu.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan hanya kemenangan yang menjadi penyambung hayat pasukan itu dalam saingan Piala FA musim ini, selepas sekadar seri 0-0 ketika berkunjung ke gelanggang lawan di Alor Setar, kelmarin.

"Perlawanan menentang Kedah amat kritikal bagi Kelantan. Kita mesti menang dalam saingan ini kerana ia adalah penentu kempen Piala FA 2010.

"Saya minta penyokong Kelantan membanjiri stadium. Jangan lupa pakai baju merah dan membawa sama bendera Kelantan serta sepanduk Red Warriors.

"Ayuh kita palukan gendang dan sorakan menggegar Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk pastikan Kelantan layak ke suku akhir musim ini," katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, semalam.

Malah, pesanan sama juga dihantar Annuar kepada penggerak penyokong setia Kelantan di seluruh negeri menerusi sistem pesanan ringkas (sms) daripada telefon bimbit peribadinya.- Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute