CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, February 23, 2010

PEMUDA UMNO KECUT PERUT


macam ni kah pemuda UMNO yang ingin berdebat...


KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.


Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.


"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.


"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.


Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.


Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.


"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.


Sumber daripada: HARAKAH

KIJANG: KALAU KECUT PERUT NAK BERDEBAT, JANGAN SAMPAI KOYAK SURAT.. HUHUHU NAMPAK SANGAT PEMUDA UMNO NI KECUT PERUT, KALAU BERANI DEBAT LA, TAK PERLU NAK BERDEBAT DENGAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUANG ENG. NAMPAK SANGAT YANG PEMUDA UMNO NI TAKUT.

3 comments:

eD's photography said...

hehehe...x tau nak komen saudara kijang...hope semuanya akan ok..aminn

hanes said...

xtahulah eD's..
harap2 mcm2 la..
t.kasih eD's krn sudi dtg blog kijang..

~UmmU SoLehah~ said...

amaT kasiHan pada mereKa yg x namPak jaLan teraNg T___T

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute